FLAG OF THE TRUTH

1 Khilafah : Hukum Allah didahulukan,Sistem Islam yg sebenar diutamakan. “Menamatkan Kepungan Terhadap Gaza Bukanlah Dengan Kecaman Dan Kunjungan Ke PBB Tetapi Dengan Menggerakkan Tentera Mengelilingi Entiti Yahudi Umpama Gelang Yang Mengelilingi Tangan”

Orang Melayu perlu pertahan perlembagaan

IPOH 17 Julai – Orang Melayu perlu bersatu dan menjadi kuat untuk mempertahankan Perlembagaan, kata Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam. Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Kajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu mengingatkan tanpa kuasa, orang Melayu tidak akan mampu menentukan kedudukan mereka di tanah air sendiri. ‘‘Saya melihat kedudukan orang Melayu sekarang sangat kritikal sebab rakyat Malaysia tidak lagi melihat hak-hak istimewa itu sebagai milik mereka termasuk orang Melayu sendiri terutama generasi muda,” katanya. Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Perlembagaan Persekutuan: Hak, Cabaran dan Peranan Orang Melayu sempena Perhimpunan Melayu Perak di sini hari ini. Perhimpunan anjuran Gagasan Melayu Perak (GMP) itu dirasmikan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Mengulas lanjut, Ramlah yang juga Pengerusi Biro Pendidikan Perkasa Malaysia berkata, beliau bimbang sekiranya tiada langkah-langkah tertentu diambil, orang Melayu akan semakin melupakan haknya sendiri. ‘‘Kita kena sedarkan mereka bahawa Perlembagaan adalah sesuatu yang sangat luhur dan tidak sepatutnya dibiarkan diganggu-gugat oleh orang politik yang mempunyai kepentingan peribadi,” katanya.

Dalam hal ini, beliau berkata, perpaduan di antara dua parti Melayu iaitu UMNO dan Pas adalah perkara yang patut direalisasikan. Jelas Ramlah, perpecahan yang menghantui orang Melayu bukan sahaja membabitkan ideologi politik tetapi juga berkaitan faktor sikap. Dalam perkembangan sama, tegas beliau, langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan gagasan 1Malaysia adalah untuk mencapai perpaduan kaum bukan sebagai saluran mendesak kesamarataan. ‘‘Keharmonian Barisan Nasional ketika era Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, malah Tun Dr. Mahathir Mohamad kini semakin hilang,” katanya.


Sumber : Utusan Malaysia 18/07/10

Mempertahankan Perlembagaan Kufur Adalah Haram

Seorang Islam hanya diperintahkan untuk tunduk dan patuh kepada hukum dan peraturan yang datang daripada al-Quran dan As-Sunnah dan bukan yang selain darinya. Firman Allah SWT: ”Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya”. [TMQ An-Nisa’ (4) : 65].

Allah SWT telah mengingatkan golongan yang mengaku dirinya beriman kepada Allah tetapi hakikatnya mereka tunduk dan patuh kepada sistem taghut dengan firmanNya: ”Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada taghut itu. Dan syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh." [TMQ An-Nisa’ (4) : 60].

Tetapi hari ini kita melihat ada di kalangan umat Islam yang telah terkeliru di dalam menentukan arah perjuangannya sehingga menganggap perjuangan untuk memperkasakan bangsa sebagai satu-satunya perjuangan yang wajib diperjuangkan. Sedangkan ianya adalah haram di sisi Islam. Lebih malang lagi apabila terdapat segelintir orang Melayu yang beragama Islam menyeru supaya perlembagaan ciptaan manusia dipertahankan. Perlembagaan Malaysia yang ada pada hari ini adalah perlembagaan kufur yang dicipta oleh Suruhanjaya Lord Reid. Apa ertinya kuasa pada orang Melayu jika ia digunakan untuk menerapkan perlembagaan kufur ciptaan manusia? Oleh itu, sebagai orang Islam, sudah tiba masanya mereka yang mempunyai kuasa itu menukar Perlembagaan kufur ciptaan manusia kepada Perlembagaan Islam sepenuhnya yang berdasarkan kepada Quran dan Sunnah yang telah dijamin oleh Allah SWT akan memberikan rahmat ke sekalian alam. ”Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”. [TMQ Al-Anbiyaa’ (21) : 107].

0 comments: