FLAG OF THE TRUTH

1 Khilafah : Hukum Allah didahulukan,Sistem Islam yg sebenar diutamakan. “Menamatkan Kepungan Terhadap Gaza Bukanlah Dengan Kecaman Dan Kunjungan Ke PBB Tetapi Dengan Menggerakkan Tentera Mengelilingi Entiti Yahudi Umpama Gelang Yang Mengelilingi Tangan”

MELAKA 25 Sept: Seminar Siri Jelajah Malaysia 2010 [SEJAM] Hizbut Tahrir Malaysia yang bertemakan “Kembalikan Khilafah Selamatkan Dunia” peringkat negeri Melaka baru-baru ini telah mendapat sambutan hangat daripada pelbagai golongan masyarakat. Majlis yang dianjurkan bersama oleh HTM kawasan Melaka dan Muar itu berlangsungkan di Dewan Matahari, Hotel Straits Meridian bermula pada pukul 9:00 pagi sehingga pukul 1:00 petang. Majlis dibuka dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dari surah An Nuur ayat 51-57 yang telah dibacakan oleh Ustaz Farhan. Seminar kali ini menyaksikan pertambahan bilangan peserta daripada golongan muda yang amat ketara. Ini menunjukkan peningkatan kesedaran di kalangan golongan muda di dalam usaha menegakkan khilafah. Seperti seminar-seminar yang sebelumnya, HTM telah menghadirkan dua orang ahli panel utama iaitu Presiden Hizbut Tahrir Malaysia, Ustaz Abdul Hakim Othman dan Timbalan Presiden Hizbut Tahrir Malaysia, Ustaz Umar Hussein. Sebagai ahli panel pertama Umar Hussein telah membentangkan tajuk “Khilafah Adalah Suatu Kewajipan Dan Bukan Pilihan”.
Dalam pembentangan beliau, Umar Hussein telah menyentuh empat perkara penting yang perlu difokuskan oleh umat Islam; makna Khilafah dan dalil kewajipan menegakkannya, keadaan umat Islam hari ini, tentang kebencian kuffar dan kebimbangan dunia barat kepada idea dan penubuhan negara Khilafah. Selepas sesi pembentangan pertama, para peserta seminar telah dipertontonkan dengan tayangan video bertemakan penderitaan yang dialami oleh umat Islam selepas kejatuhan Daulah Khilafah semenjak 89 tahun hijrah yang lalu. Selepas itu Ustaz Abdul Hakim Othman selaku ahli panel kedua telah membentangkan tajuk “Bagaimana Menyelamatkan Dunia Dengan Khilafah”. Beliau telah menyentuh perihal penyakit “wahn” yang dihinggapi oleh kebanyakkan kaum muslimin pada ketika ini yang menjadi salah satu sebab mengapa umat Islam dihina dan dimalukan. Di dalam pembentangan itu juga Abdul Hakim Othman turut menyentuh sikap para pemimpin sekular umat Islam hari ini yang enggan berperanan sebagaimana seperti apa yang pernah ditunjukkan oleh Rasululllah SAW dan para pemimpin Islam yang terdahulu dalam melindungi maruah dan kehormatan umat Islam. Pemimpin umat Islam yang ada pada hari ini dilihat lebih taat dan patuh kepada kekuasaan Barat melebihi ketaatan mereka kepada Allah SWT.

Hakim menambah lagi dengan menghuraikan realiti umat Islam secara keseluruhan yang mempunyai potensi kekuatan ekonomi dan dianugerahkan oleh Allah SWT dengan kekayaan sumber bumi, sumber daya manusia termasuklah daripada aspek ketenteraan serta kedudukan geografi yang membuktikan umat Islam mempunyai kekuatan yang cukup luar biasa tetapi malangnya kesemua kekuatan yang ada itu tidak dapat dimanfaatkan oleh umat Islam hari ini kerana aqidah dan pemikiran mereka telah diresapi oleh pemahaman sekular, iaitu suatu pemikiran yang memisahkan agama dan urusan kehidupan. Menurutnya lagi, umat Islam pada hari ini tidak memiliki suatu “magnet” yang merupakan kekuatan yang telah sirna daripada kehidupan umat Islam hari ini. Maka dengan itu tidak ada cara lain yang dapat memberikan sinar dan cahaya yang mampu menyelamatkan dunia saat ini melainkan umat Islam bergerak untuk menegakkan kembali Khilafah, iaitu sistem pemerintahan yang telah terbukti sejarah kegemilangannya selama lebih 1400 tahun.


Majlis diteruskan dengan sesi soal jawab bersama kedua-dua ahli panel dan diakhiri dengan bacaan doa yang dibacakan oleh Ustaz Fahran. Majlis bersurai pada pukul 1:00 petang. Pihak penganjur SEJAM 2010 ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga ini adalah titik permulaan yang baik bagi dakwah Khilafah di negeri Melaka.

0 comments: