FLAG OF THE TRUTH

1 Khilafah : Hukum Allah didahulukan,Sistem Islam yg sebenar diutamakan. “Menamatkan Kepungan Terhadap Gaza Bukanlah Dengan Kecaman Dan Kunjungan Ke PBB Tetapi Dengan Menggerakkan Tentera Mengelilingi Entiti Yahudi Umpama Gelang Yang Mengelilingi Tangan”

Najib Puji Obama

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak memuji Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang mengambil "pendirian awam berani" dalam menangani Islamophobia, sambil menyatakan bahawa presiden itu berbuat demikian sekalipun sedar "ini mungkin menjadi taruhan dari segi politik beliau". Perdana Menteri bagaimanapun berkata, kini masanya bagi presiden AS itu mentadbir urus secara sederhana, yang turut melibatkan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan sosial agar semakin ramai orang dapat melihat betapa pentingnya mengambil pendirian sederhana. "Jika anda mengambil pendirian ekstremis atau ekstrem, maka anda akan memburukkan lagi keadaan sekarang," kata beliau semasa interbiu dengan Bloomberg pada Isnin di New York. Najib menjawab pertanyaan mengenai pendirian Obama terhadap seorang paderi di Florida yang merancang membakar Al-Quran sebagai mengingati serangan 11 September. Paderi itu kemudian membatalkan rancangannya di tengah-tengah beberapa kutukan, termasuk daripada Obama yang berkata ia hanya menguntungkan al-Qaeda tetapi membahayakan askar AS di Afghanistan dan Iraq. - BERNAMA

Sumber: mStar Online 28/09/10


Apakah Najib Telah Disihir Oleh Obama?

Lihatlah betapa rendahnya pemimpin umat Islam yang sanggup memuji Obama dengan mengatakan bahawa Obama telah mengambil "pendirian awam berani" dalam menangani Islamophobia. Lebih menyedihkan apabila Najib dilihat seolah-olah “mengiyakan” pendirian yang ditunjukkan oleh Obama berkenaan dengan sikap beliau terhadap seorang paderi di Florida yang merancang membakar Al-Quran sebagai mengingati serangan 11 September yang lalu. Persoalannya ialah, apakah begitu baik sikap Obama terhadap Islam? Sedangkan secara jelasnya telah terbukti fenomena Islamophobia yang berlaku di Amerika tetap terus berlaku walaupun Amerika berada di zaman kekuasaan Obama. Beberapa kejadian yang berlaku di Amerika yang menimpa masyarakat Islam di sana sudah cukup jelas menggambarkan betapa isu Islamophobia tetap subur di Amerika. Antaranya ialah: [Pemandu teksi Muslim kena tikam: Bharian online: 27/08/10

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Equal Employment Opportunity Commission (EEOC), pekerja-pekerja Muslim di AS telah mengajukan lebih dari 800 pengaduan diskriminasi sepanjang tahun ini. Laporan ini menunjukkan kenaikan 20 peratus jika dibandingkan dengan tempoh masa yang sama pada tahun 2008. Semasa zaman Obama jugalah beliau terus menambahkan jumlah tentera Amerika seramai 30,000 orang lagi di Afghanistan. Untuk apa tentera-tentera Amerika itu dihantar ke sana jika tidak tujuannya untuk membunuh umat Islam? Terlampau banyak sebenarnya catatan-catatan yang boleh menjadi bukti bahawa Obama adalah sebenarnya penerus agenda penjajahan Amerika sebagai kuasa Kapitalis dunia ke atas dunia Islam yang saat ini telah menukar rentak tarinya dari hard power kepada smart power bagi terus menipu dan memperbodohkan para pemimpin sekular umat Islam. Apakah Najib tidak faham ataupun buat-buat tak faham dengan peringatan Allah SWT seperti di bawah ini?

”Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)”.
[TMQ al-Baqarah (2) :120].

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya”.
[TMQ ali- ’Imraan (3) : 118].

”Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)”. [TMQ At-Taubah (9) : 32].

0 comments: