Mogadishu : Sekumpulan militan Islam memaksa penduduk melihat mereka merejam seorang lelaki sehingga mati kerana berzina di Somalia, lapor sebuah akhbar semalam.
Kumpulan itu turut membunuh seorang lelaki kerana didakwa sebagai pembunuh. Menurut beberapa saksi, hukuman itu mencetuskan pertempuran senjata antara kumpulan... tersebut dengan kumpulan lain dengan mengakibatkan tiga militan terbunuh. Kejadian berlaku di Afgoye, 32 kilometer dari Mogadishu.
"Tiga anggota pejuang kumpulan Hizbul Islam terbunuh dan lima lagi cedera apabila mereka saling bergaduh antara satu sama lain", kata seorang pekedai, Halima Osman."Sebahagian anggota kumpulan itu mahu menangguhkan hukuman manakala yang lain menentangnya. Anggota-anggota itu kemudian berbalas tembakan. Kumpulan yang menentang hukuman itu tewas dan kemudian melarikan diri," tambahnya.
Sebelum dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang syariah, Hakim Osman Siidow Hasan memberitahu penduduk, dua lelaki itu mengaku melakukan kesalahan selepas siasatan dilakukan. Seorang wanita yang mengaku melakukan hubungan seks di luar nikah turut dihukum 100 kali sebatan. "Ini merupakan hari penghakiman," kata Osman kepada orang ramai. "Kami telah melakukan siasatan dan mereka sudah mengaku," tambahnya.
Hukuman itu dibuat selepas pertempuran antara kumpulan yang menentang dan kumpulan yang mahu hukuman itu dilaksanakan dengan segera berakhir. Pesalah zina tersebut, Mohamed Abukar Ibrahim ditanam di dalam lubang sehingga ke dada dan direjam sehingga dia mati.
"Saya tidak sanggup untuk melihatnya," kata seorang lelaki, Ali Gabow. Menurutnya, seorang wanita yang mengaku berzina itu dihukum 100 kali sebatan kerana dia menyatakan dirinya masih belum berkahwin.


tentang diriku
- Shah Shukri
- Taiping, Perak, Malaysia
- "Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir"
Selamat Datang
islamic clock
switch blog
islamic calendar
jom chat...!!!
Facebook Badge
my Friends
Labels
- hudud (1)
my Ads
Followers
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah
S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit
Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa
sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah
kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang
di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan
mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah
mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan
mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan
akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya
bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan
masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan
melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa
seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi
Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam
hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap
sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik.
Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor
babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan.
Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih
sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa
agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
"Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata
Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah
ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar,
Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal
dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku
sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari
aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat
tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan
tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku
bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang
sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu
lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai
Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil
baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang
sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan
maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di
maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat
kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami
pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang
soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka
pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada
ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti
babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat
kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan
urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang
sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau
banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan
kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua
ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat
yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam
kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran
wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah
dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di
sisi Allah.
Zakaria ketika merasmikan Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gagasan Melayu Perak di Ipoh baru-baru ini. Kenyataan
itu dibimbangi menjadi realiti sekiranya UMNO dan PAS terus berdegil untuk tidak bersatu, terutamanya selepas piliharaya
umum ke-13 (PRU-13) yang akan datang. Rentetan dari kenyataan tersebut beberapa pemimpin parti yang terlibat turut
mula bersuara melalui media massa. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu haruslah
dijadikan iktibar kepada semua pihak supaya lebih mengutamakan perpaduan. [Utusan Online 19/7/2010]. Lain pula
halnya dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menolak sama sekali hasrat Ketua Dewan Pemuda
Pas, Nasrudin Hassan supaya UMNO dan parti itu segera menamatkan persengketaan melalui satu pelan damai demi
perpaduan umat Islam di negara ini. Beliau juga menyifatkan orang tengah yang cuba mendamaikan kedua-dua parti
politik terbesar itu sebagai ‘hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong’ kerana PAS tidak memerlukan pihak ketiga untuk
tujuan tersebut. Manakala Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, hanya dengan
kembali bersatu menurut ‘rukun ibadah’ sahaja yang berkesan untuk mewujudkan penyatuan umat Islam di negara ini dan
ia tidak perlu bergantung kepada parti politik semata-mata, tidak kira PAS ataupun UMNO. Persoalannya ialah apakah
susah sangat untuk umat Islam itu bersatu?
Umum mengenali UMNO merupakan sebuah parti politik yang memperjuangkan ketuanan Melayu; mendukung cita-cita
kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara [Fasal 3 Perlembagaan
UMNO]. Ia mengakui mempunyai jumlah ahli terkini seramai 3 186 850 orang dan merupakan parti Melayu yang terbesar
di Malaysia. Sedangkan PAS, yang asas penubuhannya berdasarkan Islam pula, memperjuangkan kewujudan sebuah
masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana didalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan
Allah [Fasal 5 Perlembagaan Pas]. Namun, berikutan dari kehilangan pengaruh UMNO-BN dalam pilihanraya ke-12
baru-baru ini, PAS dilihat sebagai salah satu alternatif UMNO untuk bergabung bagi mengembalikan kekuatannya. Dari
perspektif itulah, Nik Aziz menolak sebarang usaha untuk menyatukan kedua-dua parti Melayu tersebut kerana sejarah
hitam PAS sekitar 1978 melakar gurisan pedih yang menjadikannya serik untuk bergabung semula dengan UMNO. [Utusan
Online 26/7/2010]. Demikianlah warna-warni politik yang ada hari ini terutama di Malaysia, masing-masing memiliki
pendirian dan pandangan tertentu dalam persoalan penyatuan seluruh umat Islam di Malaysia. Tindakan mereka itu
menampakkan kepada umum seolah-olah umat Islam ini adalah umat yang sangat sukar untuk bersatu, sedangkan
hakikatnya mereka menyembah tuhan yang satu, nabi mereka satu, kiblat mereka pun satu dan al-quran mereka juga
satu. Namun begitu, sekalipun mereka menyeru untuk bersatu, kesatuan itu bukan secara global iaitu bersatunya seluruh
dunia umat Islam dibawah seorang khalifah yang memerintah dengan hukum al-quran dan as-sunnah. Bagi mereka cukup
bersatu pada asas negara bangsa, OIC, D8 dan seumpamanya Mereka tidak langsung menyelami permasalahan yang
berlaku dan hakikat penyelesaiannya. Mereka nampaknya lebih mengutamakan parti bahkan seolah-olah sedang mabuk
dirasuk sindrom gila kuasa!
Dalam beberapa siri pilihanraya kecil yang lepas, rata-rata ianya memihak kepada Pakatan Rakyat (PR). Para penganalisis politik melihat bahawa salah satu faktor kemenangan PR adalah kerana pengundi bukan melayu semakin menerima gagasan atau manifesto PR. Ada kebenarannya apabila statistik sokongan pengundi bukan Melayu terutama masyarakat Cina adalah sesuatu yang luar biasa jumlahnya berbanding dengan sebelumnya. Maka sejak itu, UMNO-BN berkempen untuk meraih semula pengaruh undi bukan Melayu namun masih belum berjaya. Salah satu alternatif lain, untuk kembali memperkasakan kedudukan Melayu dalam landskap politik tanah air, maka PAS dilihat sebagai tempat untuk ‘berpaut’ terutama
menjelang PRU-13 nanti. Dari itu, polemik penyatuan ini mula berkumandang disana-sini. Mengapa senario ini timbul? Tidak lain tidak bukan adalah kerana UMNO-BN ingin terus
berkuasa. Dipihak yang satu lagi pula, mengapa tawaran untuk bersatu itu ditolak oleh PAS? Jawapannya mungkin kerana ingin melihat UMNO-BN jatuh dari kekuasaannya. Jelas kita dapat melibat betapa sistem demokrasi yang ditunggangi oleh kedua-dua parti politik ini telah berjaya menghasilkan konfik sesama umat Islam. Apakah parti politik Melayu/Islam ini sedar bahawa dasar negara yang ada hari ini adalah merupakan satu masalah utama yang wajib ditukar kepada sistem Islam? Apakah kedua-dua golongan ini tidak menyedari nasionalisme dan patriotisme adalah asas yang tidak layak dijadikan sebagai pengikat antara sesama manusia! [Rujuk SN138-ASSABIYYAH dan WATHANIYYAH-Pencetus Malapetaka Dan Perpecahan]
Betapa tidak, UMNO sentiasa menyerukan agar kaum Melayu dipertuankan di Malaysia, ini membawa konotasi sebaliknya apabila kaum bukan Melayu seolah-olah dianak-tirikan.
Kaum Melayu mendapat hak istimewa dalam aspek pengagihan kekayaan dan kuasa, sedangkan kaum selainnya tidak. Jelas bagi kita ianya merupakan suatu idea rasis (perkauman) yang membahayakan kemakmuran hidup bernegara. Begitu pula sekiranya agenda perjuangan
hanya ditumpukan kepada suatu sempadan negara sahaja. Maka ia juga merupakan sesuatu yang mengundang kerosakan hidup bernegara kerana bagi pendatang luar, baik yang dibenarkan ataupun sebaliknya, jika tidak dapat dikawal jumlahnya boleh menyebabkan kerusuhan, porak peranda bahkan boleh jadi sampai keperingkat penjajahan. Semua ini merupakan manifestasi dari kegagalan nasionalisme dan patriotisme sebagai pengikat hubungan
antara sesama manusia. Ia sangat lemah, rendah nilainya serta bersifat sementara, tidak sesuai bagi kehidupan manusia! Lain pula bagi Islam sebagai suatu mabda, dimana pada
hakikatnya ia telah terbukti mampu mengikat hubungan antara sesama manusia dalam suatu wadah yang menyerlahkan keharmonian dan kesejahteraan [Rujuk
SN094 - HIDUP HARMONI HANYA DI BAWAH NAUNGAN ISLAM] bahkan jauh lebih dari itu, Islam pernah menyatukanseluruh bangsa yang wujud dari Andalusia mengunjur ke
Nusantara selama ribuan tahun! Ini suatu yang menakjubkan, inilah bukti sebenar kekuatan Islam yang mampu menjadi dasar penyatu seluruh umat manusia. Islam tidak
membenarkan ikatan yang berasaskan nasionalisme, patriotisme, manfaat serta ikatan-ikatan lain yang merosakkan kehidupan manusia.
SEJARAH PENYATUAN ISLAM Ketika di Mekkah, Rasulullah SAW mendakwahi Islam kepada
seluruh manusia agar memeluk deenullah itu, dan seterusnya membentuk kutlah (kelompok) Islam. Dengan kutlah itu, Islam disebar di tengah-tengah kehidupan masyarakat Arab Mekkah. Kaum muslimin menghadapi pelbagai ujian dan rintangan yang hebat dari masyarakat jahiliyyah, biarpun begitu Rasulullah SAW tetap terus melakukan dakwah sehingga datang perintah Allah SWT agar berhijrah ke Madinah. Namun begitu suatu hal yang perlu diperhatikan disini ialah Rasulullah SAW tidak pernah memerintahkan para sahabat untuk bersikap uzlah
(mengasingkan diri) dan membina kekerabatan tanpa mencampuri masyarakat, bahkan mereka tinggal bersama masyarakat dan mendakwahkan Islam; baik akidah mahupun syariatnya. Tatkala penghijrahan dilaksanakan, Rasulullah SAW mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar demi mencapai suatu sasaran yakni ukhuwwah Islamiyyah disamping membentuk ikatan akidah yang mantap dikalangan mereka. Selain itu, ikatan Islam tersebut membentuk kehidupan yang lebih kuat dalam erti kata persaudaraan dan bantuan kebendaan kerana golongan Ansar sangat bermurah hati. Rasulullah SAW mempersaudarakan dirinya dengan Ali bin Abi Talib, Hamzah dengan Zaid bin Haritsah, Abu Bakar dengan Kharijah bin Zaid. Baginda juga mempersaudarakan Umar Al-Khattab dengan ‘Atban bin Malik al-Khazra’iy, Thalhah bin ‘Ubaidillah dengan Abu Ayyub al-Ansariy, Abdul Rahman bin ‘Auf denganSaad bin Rabi’. Ketika berlaku perselisihan diantara kaumAnsar (puak Aus dan Khazraj) setelah mereka memeluk Islam, Allah SWT menurunkan beberapa firmanNya bagi mendamaikan keadaan tegang tersebut. Menurut Ibnu Ishaq dan Abu Asy-Syaikh yang bersumber dari Zaid bin Aslam
meriwayatkan bahawa turunnya ayat 99-103 surah Ali-Imran adalah bersabit dengan kejadian seorang yahudi bernama Syash bin Qais yang tampil ditengah-tengah kaum muslimin
serta melaga-lagakan sesama mereka hingga timbul perbalahan. Syash bin Qais dibantu seorang pemuda yang juga anak buahnya menggunakan isu perang Bu’ats untuk
melagakan kaum Aus dan Khazraj. Hasil pojokan si yahudiini, maka bangkit Aus bin Qaizhi serta Jabbar bin Sakhr yang masing-masing mengagung-agungkan kaum sendiri serta
berbalah hingga hampir bergelut, maka datang Rasulullah SAW mendamaikan semula keadaan dengan membacakan ayat-ayat Allah SWT tadi. Begitu jugalah dengan keadaan realiti hari ini, umat Islam yang dahulunya hidup bersatu dibawah naungan Khilafah selama 1300 tahun lamanya sebagai satu bangsa yang tidak mengenal warna kulit, asal-usul (keturunan), bahasa dan budaya; semuanya hidup bersatu dengan ikatan Islam. Suatu ikatan yang berjaya menambat hati-hati manusia kepada Allah baik yang tinggal di Andalusia (Sepanyol),
Maghribi, Mesir, Tanah Arab, Khurasan waimma diNusantara. Semuanya menikmati nikmatnya kesatuan akidah, masing-masing hidup damai dengan syariah. Namun setelah kehidupan umat Islam dilanda badai sekularisme yang mendukung idea-idea perpecahan seperti
nasionalisme dan patriotisme, maka kehidupan kaum muslimin terus berantakan dan berselerakkan. Masing-masing dijajah dan dipecah-belah menjadi serpihanserpihan
kecil. Negeri-negeri kecil kaum muslimin ini menjadi lemah dan dengan begitu mudahnya diratah oleh kuasakuasa kufar barat sepertimana yang kita saksikan hari ini.
Sistem pemerintahan demokrasi yang dipaksakan oleh kufur barat keatas kaum muslimin telah berjaya mengkucarkacirkan politik mereka. Mereka berbalah sesama sendiri,
berpecah menjadi simpang-siur dan hati-hati mereka terus bermusuhan, benci membenci, jatuh-menjatuh antara sesama mereka. Semua ini persis seperti kehidupan
jahiliyyah sebagaimana yang dikhabarkan kepada kita melalui nas-nas yang sahih. Malangnya, kita tetap tidak mengambil pengajaran dan iktibar darinya. Dengan nasionalisme dan patriotisme yang sedang mendarahdaging dalam tubuh umat Islam hari ini, kita tidak merasakan kesatuan dikalangan kaum muslimin. Bahkan wujud pula ditengah-tengah kehidupan ini undang-undang yang memisahkan hubungan sesama kaum muslimin. Di Malaysia, warga negara luar biarpun beragama Islam dilayan sebagai warganegara asing walaupun mereka seaqidah dengan kita. Hak dan keistimewaan adalah berbeza menurut peruntukan undang-undang thagut ciptaan manusia. Ini membuktikan bahawa nasionalisme dan patriotisme merupakan ideologi kufur yang membeza-bezakan individu muslim antara sesamanya. Inilah penyakit masyarakat yang melanda dunia hari ini dimana nilai kemanusiaan telah tersingkir dari
kehidupan dan kemuliaan Islam.
Khatimah
Sedarlah wahai kaum muslimin. Bahawa sesungguhnya nasionalisme dan patriotisme merupakan racun berbisa yang menghancurkan kesatuan umat Islam, baik dahulu mahupun sampai bila-bila. Ia pernah menghancurkan Khilafah Uthmaniyyah suatu ketika dahulu. Kini ia sedang menjalar dalam tubuh umat Islam agar kita tetap hidup dalam perpecahan. Apakah kalian masih redha tinggal dalam ruang yang sempit, terkebelakang dan tercorot ini? Kalian
sepatutnya keluar dari kesempitan nasionalisme danpatriotisme menuju keluasan dunia dengan Islam. Kita pernah sama-sama memayungi lebih dua pertiga daratan dengan Khilafah yang mendukung aspirasi syariah bagi seluruh umat manusia berbilang bangsa. Apakah kalian
hanya sekadar suka mendengar dan tersenyum membaca sejarah gemilang itu tanpa bangkit memperjuangkannya semula? Wahai kaum muslimin! Hentikanlah polemik politik
kepartian yang sempit itu. Kita tidak sepatutnya lemah dan melemahkan antara sesama kita. Sebenarnya, kita menjadi lemah kerana diracun oleh nasionalisme dan patriotisme
biarpun akal dan hawa nafsu kita menterjemahkan pengertian bersatu memperkasa ummah! Tapi selagi langkah kita berada dalam ruang yang dijajah oleh ideologi kufur itu, maka selagi itulah kita terpenjara dan memenjara saudara kita yang lain. Ini merupakan kezaliman yang kita cipta baik untuk diri sendiri mahupun kepada yang lain. Kita tidak sepatutnya menyusun agenda bersatu dengan mesyuarat, resolusi, rundingan dan meletakkan pelbagai syarat, padahal
Allah dan RasulNya telah jelas-jelas memerintahkan agar kita sentiasa hidup bersatu! Baik dalam kesatuan aqidah mahupun syariah. Sudah pastinya, kita wajib mengembalikan kesatuan ini dalam bentuk asal seperti yang diwariskan oleh junjungan besar kita, Muhammad SAW yakni
kehidupan dibawah payung Khilafah Rasyidah ‘Ala Minhaj An-Nubuwwah. Ayuh kita tinggalkan ikatan nasionalisme dan patriotisme yang beriringan dengan sistem demokrasi yang
wujud ini kerana ianya tiada bermanfaat bagi manusia yang berakal, bahkan ia muncul dari benak manusia yang tidak bertamadun lagi hina. Dan formula hakiki yang perlu digunakan hari ini agar munculnya kesatuan umat Islam itu ialah dengan membuang segala bentuk pemikiran kufur seperti sekularisme, nasionalisme dan patriotisme yang ada ditengah-tengah umat ini dan seterusnya bergerak bersatu dibawah naungan Khilafah. Itulah kesatuan yang digeruni
oleh kufar barat sebenarnya.
Tudung cukup sinonim dengan adat Melayu yang suka mempromosikan kesopanan, kecantikan dan keayuan. Ini berkait rapat dengan prinsip yang mengatakan rambut itu mahkota wanita. Maka, rambut perlulah dipelihara sebaiknya bermula daripada rutin membasuhnya menggunakan syampu yang sesuai sehinggalah cara pemakaian tudung yang akan menjamin kesegaran dan kesuburan rambut walaupun kepala sentiasa tertutup. Kupasan ini bukan bertujuan untuk memperkenalkan cara penjagaan rambut atau cara pemakaian tudung mengikut Islam, sebaliknya akan mengutarakan isu utama sekaligus merupakan isu pokok yang perlu difahami oleh setiap muslimah.
Masyarakat melayu umumnya berpendapat pemakaian tudung dalam kalangan wanita adalah satu perkara biasa kerana ini adalah budaya setempat. Sementara wanita Islam yang tidak memakai tudung juga dianggap perkara yang tidak perlu diambil berat kerana tegar dengan falsafah Melayu, “jangan jaga tepi kain orang”. Justru, Fikratul Ummah kali ini ingin membongkar realiti semasa yang terkait dengan isu pemakaian tudung; kesalahfahaman yang timbul dari isu ini; dan bagaimana pandangan syariat Islam mengenai pemakaian tudung.
Realiti semasa
Barangkali ramai yang pernah terbaca isu artis dan pemakaian tudung. Antaranya, seorang pelakon wanita yang dikenali ramai, Anne Ngasri, pulang dari menunaikan ibadah umrah tahun lalu dengan penghijrahan untuk memakai tudung. Namun tidak lama selepas itu, Anne mengakui dia memang membuka tudung ketika berlakon dalam drama Mayang Mengurai baru-baru ini demi memenuhi kehendak produksi itu. Ujar ibu anak dua ini, niatnya hanyalah untuk mencari rezeki kerana punca rezekinya dari dunia lakonan. “Saya bukan sesuka hati pakai dan buka tudung saya. Di luar, saya sebagai Anne Ngasri memang sudah bertudung. Tetapi apabila berlakon, ada sesetengah drama memerlukan watak saya untuk tidak bertudung, jadi saya akan buka tudung ketika penggambaran. Namun ia masih ada batasnya kerana saya tak akan sesekali berpakaian seksi atau ‘buka’ sana sini malah dari dulu lagi saya bukanlah seorang yang seksi.” [Utusan Malaysia 11/1/2010]
Lain pula alasan untuk memakai tudung bagi pelakon dan penyanyi Umie Aida. Pada majlis resepsi perkahwinannya 28 Mac lalu, Datin Paduka Umie Aida mengumumkan bahawa dia sudah bersedia untuk melakukan transformasi penampilan diri dengan memakai tudung secara perlahan-lahan selepas menempuh alam perkahwinan. Umie bagaimanapun menyatakan niat bertudung itu tidak akan dilakukan secara mendadak. Semua itu akan dilakukan secara bertatih. Ujar Umie, “Memang saya sudah mahu melangkah ke arah itu. Itu niat saya dan disokong oleh suami saya. Setiap manusia ada niat dan ini adalah antara saya dengan Tuhan. Lagipun saya mahu melakukan selangkah demi selangkah. Seperti yang dikatakan sebelum ini, saya tidak boleh tergesa-gesa memakai tudung kerana terikat dengan komitmen kerja. Menggalas tanggungjawab sebagai jurucakap Marie France Bodyline ini adalah salah satu daripadanya.” [Berita Malaysia online 23/5/2010]
Tidak jauh berbeza daripada artis-artis lain, penyanyi Liza Hanim yang telah bertudung sejak bulan April lalu, mengaku dia mula memakai tudung setelah mendapat keizinan dari suaminya. Dua tahun lamanya dia menanam azam namun, baru tiga bulan lalu hasrat tersebut dimakbulkan Tuhan. Bagi Liza, rezekinya dalam bidang hiburan semakin melimpah ruah sejak perubahan imej yang dibawanya. "Alhamdulillah, sepanjang tempoh bertudung tawaran nyanyian tidak pernah lekang saya terima", katanya yang mengakui berdebar membuat penampilan pertama bertudung di khalayak pada separuh akhir pertama Mentor baru-baru ini. [Utusan online 23 Jun 2010].
Itu antara kisah ikon masyarakat Malaysia berkenaan keputusan dalam hidup mereka untuk memakai tudung. Jika diperhati dan diteliti, dapat disimpulkan bahawa mereka memakai tudung bukannya kerana memenuhi tuntutan syariat Allah dan bukannya untuk menjalankan kewajipan mereka sebagai muslimah. Hukum syara’ bukanlah pertimbangan utama mereka malah hasrat peribadi dan kepentingan dunia dijadikan landasan dalam melakukan sesuatu perbuatan. Persoalannya, adakah seorang mukallaf itu hanya perlu melaksanakan suruhan dan meninggalkan kewajipan mengikut kesesuaian masa, atau setelah mendapat izin individu tertentu atau setelah merasakan doanya dimakbulkan? Dimanakah mereka meletakkan kewujudan Allah sebagai pembuat hukum dan sebagai pencipta kita ? Dimana mereka meletakkan janji setiap kali solat dan melafazkan ” hanya Engkau kami sembah dan hanya Engkau kami minta pertolongan [TMQ Al-fatihah :4] Tidak pernahkah kalian mendengar atau membaca ayat-ayat Allah yang menyeru kalian untuk menutup aurat? Atau kalian hanya membutakan mata dan memekakkan telinga?
Menyingkap kembali sejarah isu tudung di Malaysia, banyak peristiwa telah berlaku mengenai status tudung dalam kehidupan umat Islam. Tidak cukup dengan dipandang rendah sebagai amal wajib dari Yang Maha Pencipta, malah muslimah yang ikhlas menjalankan kewajipannya pula dihalang dan diancam. Di Pahang, seorang guru di sebuah sekolah aliran agama, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Sentang telah menggunting tudung labuh pelajarnya seramai 65 orang kerana tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh mereka [Utusan Malaysia 25 Februari 2006]. Kes lain, seorang pegawai akaun, Habsah Jaafar dibuang kerja kerana majikannya, Hotel Renaissance tidak membenarkan beliau memakai tudung semasa bekerja. [Utusan Malaysia 27 Februari 2006].
Mengapa pelanggaran hukum ini makin menjadi-jadi?
Pertama, propaganda Barat menakluk pemikiran umat Islam.
Sejarah pemakaian tudung kepala sebenarnya sudah bermula berkurun lamanya sebelum kedatangan Islam. Sejarah Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung kepala diamalkan oleh rahib wanita mereka. Dengan kedatangan Islam wanita diperintahkan Allah untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi belahan dada. Oleh kerana berlakunya kemerosotan iman dan penghayatan Islam dikalangan umat hari ini, ditambah lagi Pihak kuffar Barat dan Yahudi berserta sekutunya bertungkus-lumus menjajah pemikiran umat Islam dengan menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islam yang sebenar. Di antara usaha mereka adalah menanggalkan tudung dari kepala wanita Islam. Pihak kuffar terus menerus berusaha dan melakukan apa saja untuk meyakinkan wanita bahawa mereka harus mengikut budaya Barat dan bebas daripada keterikatan cara berpakaian untuk maju dalam hidup. Wayang hidup sekular dan propaganda pembebasan wanita pun dimulakan. Idea-idea asing inilah yang melahirkan perjuangan menuntut hak wanita di Malaysia, iaitu dalam bentuk pemikiran Islam Liberal yang mempersoalkan status tudung. Tidak sedikit kekeliruan dan persoalan yang mereka timbulkan dalam masyarakat berasaskan hak kebebasan individu untuk mengamalkan agama dan memelihara hak asasi manusia.
Contohnya, isu pemakaian tudung pelajar MRSM dan Universiti Islam Antarabangsa telah pun mencetuskan kontroversi. Mereka menentang penguatkuasaan tudung sebagai pakaian seragam sama ada di sekolah mahupun dalam pasukan beragam kerana ia kononnya salah satu pencabulan hak kebebasan individu dan mereka berpendapat terdapat khilaf ulama’ berhubung bentuk pakaian wanita Islam khususnya dalam pentafsiran Surah An-Nur ayat 31. Lebih teruk, mereka juga mahukan ayat ini ditafsir semula mengikut citarasa dan kehendak nafsu mereka. Sedangkan jumhur ulama sebenarnya sudah sepakat berhubung dengan maksud ayat ini dan meletakkan garis panduan cara berpakaian bagi wanita menurut syariat Islam.
Pada peringkat antarabangsa pula, isu tudung bagi wanita Islam terus mencetuskan polemik agama. Di Turki, Merve Safa Kavakci, seorang ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Turki dipecat kerana bertudung. Pelajar London, Shabina Begum yang berumur 17 tahun dan empat pelajar Singapura yang dinafikan persekolahan juga kerana bertudung menjadi bukti pertembungan antara sekularisme dengan Islam. Selain itu, Perancis telah menguatkuasakan pengharaman pemakaian tudung di sekolah awam. Undang-undang ini telah mencetuskan demonstrasi besar-besaran di Eropah untuk menentang tindakan yang tidak bertamadun ini. Ribuan wanita yang turun membanjiri jalan raya London membawa sepanduk menegaskan bahawa hijab adalah satu kewajiban dan menjadi pilihan wanita Islam untuk mengamalkan ajaran agama mereka. Hijab juga melambangkan kebebasan, bukan penindasan terhadap kaum wanita. Dengan berhijab, wanita menuntut supaya mereka dinilai dan dilihat atas dasar keimanan dan kebijaksanaan serta budi pekerti dan bukan hanya bahan tontonan objek seks semata-mata.
Inilah jalan kesesatan yang dipandu oleh musuh Islam dan hakikat yang menyedihkan dan ramai umat Islam telah mengikutinya. Mereka bukan sahaja telah memutarbelitkan ayat Allah malah telah mendustakannya. Sesungguhnya rugilah mereka atas apa yang mereka perbuat.
“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta ‘ini halal dan ini haram’, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengadakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung” [TMQ an-Nahl (16):116].
Kedua, idea kapitalis yang menjadikan manfaat sebagai asas perbuatan
Walaupun penafian terhadap syariat Islam dalam isu pemakaian tudung ini amat hebat, ironinya sesetengah pihak berpegang pada pendapat bahawa ia tetap menepati ciri fitrah manusia yang semulajadi, membantu mengurangkan masalah gejala sosial, memperbaiki akhlak dan kesihatan. Tudung mempunyai impak yang besar pada kesihatan badan. Ini dilaporkan dalam artikel The Science Behind The Veil di Islam Online.net tulisan Karima Burns yang mengatakan:
Ujian menunjukkan 40-60 % daripada tahap kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala justeru menutupnya terutama ketika musim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yang lain. Menutup kepala juga bermanfaat bagi kesihatan ketika musim panas. Pakar otak, V.G Rocine mengatakan fosforus otak akan mencair pada suhu 108° F. Keadaan ini boleh berlaku apabila seseorang terdedah kepada panas terik tanpa menutup kepala. Pencairan fosforus boleh menyebabkan fungsi otak menurun dan akan memberi beberapa kesan negatif kepada otak.
Artikel Highest Phosphorus Foods di Canadian Neuro-Optic Research Institute Online juga menyatakan bahawa :
Sekiranya suhu badan seseorang mencecah lebih daripada 105° F ia amat berbahaya kerana fosforus otak akan cair dan menjejaskan kesihatan otak. Oleh yang demikian, kepala hendaklah ditutup dalam keadaan cuaca panas.
Bukan itu sahaja alasan yang diambil oleh umat Islam sebagai sebab ( ‘illat) dalam menjalankan perintah Allah. Sudah menjadi kebiasaan bagi umat Islam, mereka tidak melakukan sesuatu suruhan itu kecuali diketahui sebab tuntutannya yang malah direka-reka sendiri (‘illat ‘aqliyyah) yang disebabkan oleh kepimpinan berfikir acuan Barat yang mementingkan manfaat dan keuntungan. Padahal, seorang Muslim bukan memakai sesuatu pakaian disebabkan faktor cuaca, atau kelebihan yang dia akan perolehi (contoh: rezekinya bertambah) tetapi ia adalah perintah Allah yang menuntut Muslim itu menutup auratnya.
Ingatlah firman Allah Subhanahu wa Taala “Mereka (Kami utus) selaku rasul-rasul pembawa berita gembira dan pemberi peringatan agar tidak ada alasan bagi manusia membantah Allah sesudah diutusnya rasul-rasul itu. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. [TMQ An-Nisaa’ 4:165]
Ketiga, salah faham mengenai hukum Islam.
Golongan artis sibuk mempertahankan pendirian mereka bahawa apa yang mereka lakukan (membuka tudung atau berpakaian seksi) semasa berlakon atau menyanyi semata-mata kerana niat mereka yang baik iaitu ingin mencari rezeki. Konsep dan pemahaman “Matlamat Menghalalkan Cara” telah mendarah daging dalam tubuh umat Islam. Teori yang dibawa oleh Machavelli adalah-dalam tindakan setiap manusia kita mesti melihat kepada penyudahnya (matlamat yang ingin dicapai). Jadi biarlah seorang putera (raja) mendapat kemenangan dan mempertahankan negaranya; kaedah yang diambilnya akan sentiasa dianggap berbaloi, maka timbullah pernyataan, “matlamat menghalalkan cara”. [Niccolo Machiavelli, The Prince]. Kesannya, umat Islam telah salah faham sehingga sanggup melakukan apa sahaja walaupun cara tersebut jelas salah di sisi syara’ semata-mata untuk mencapai tujuannya.
Islam mengajar umatnya bahawa yang menjadikan sesuatu perbuatan itu halal atau haram adalah dalil syara’, bukannya ‘natijah’ yang terhasil atau matlamat yang ingin diraih. Umat Islam tidak berhukum dengan ‘natijah’ sesuatu perbuatan ataupun dengan tujuan yang ingin dicapai daripada perbuatannya. Oleh itu, hukum ‘cara’ mestilah diambil sebagaimana hukum ‘matlamat’ - iaitu dari syara’. Dalil syara’lah yang menetapkan kewajiban suatu matlamat atau keharamannya. Setiap perbuatan Muslim wajib berjalan mengikut syara’, iaitu mengikut nas yang telah ditetapkan. Definisi hukum syara’ itu sendiri adalah seruan pembuat hukum (Allah) yang berkaitan dengan perbuatan hamba - adalah satu perkara yang wajib untuk memastikan bahawa setiap perbuatan Muslim terikat dengan hukum Islam. Sistem Islam juga tidak pernah mengajar penganutnya untuk bertolak ansur dengan kebatilan atau kemungkaran dalam apa jua keadaan sekali pun.
Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer radiallahuanhu beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:
“Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barang siapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati”.
Salah satu lagi kesalahfahaman dalam kalangan umat Islam apabila mereka melakukan sesuatu amal secara berperingkat-peringkat atau tidak tergesa-gesa. Mereka sebenarnya takut pada bayang-bayang sendiri kerana khuatir dikatakan melakukan perubahan secara drastik atau yang lebih teruk lagi tidak mahu dikatakan ekstremis agama. Jika kita mengambil konsep tadarruj (beransur-ansur) dalam amal berpuasa sebagai contoh maka, adakah kita boleh berpuasa 10 hari pada bulan Ramadhan pada tahun ini, 20 hari pada tahun hadapan dan kemudian baru cukupkan 30 hari berpuasa pada tahun berikutnya? Sudah tentu tidak! Ini kerana sesuatu yang wajib itu akan tetap wajib hukumnya tanpa ada konsep tadarruj dalam perlaksanaannya. Begitu juga bagi sesuatu keharaman itu akan tetap haram hukumnya tanpa ada konsep beransur-ansur dalam meninggalkannya. Lihatlah, dengarlah dan bacalah peringatan daripada Allah Subhanahu wa Taala dalam firmannya:
“Dan bersegeralah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa” [TMQ Ali 'Imran (3) :133].
Khimar hukumnya WAJIB!
Dalam Islam, seorang wanita diwajibkan memakai “khimar” iaitu tudung atau apa sahaja bahan/kain yang serupa dengannya yang berfungsi menutupi seluruh kepala, leher, dan lubang leher baju di dada. Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah:
“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31].
Pakaian jenis ini (khimar) berserta dengan jilbab wajib dipakai oleh seorang Muslimah (yang telah baligh) apabila hendak keluar menuju ke pasar-pasar atau berjalan melalui jalanan umum. Setelah memakai kedua jenis pakaian ini (jilbab dan khimar) maka barulah dibolehkan baginya keluar dari rumahnya menuju ke kehidupan umum tanpa sebarang dosa. Jika tidak, maka dia tidak boleh (haram) keluar dari rumah kerana perintah yang menyangkut kedua jenis pakaian ini datang dalam bentuk yang umum, dan tetap dalam keumumannya dalam semua keadaan. Mana-mana wanita yang telah baligh dan melanggar ketetapan Allah ini, maka berdosalah mereka dan layak mendapat seksa Allah di akhirat nanti. Na’uzubillahi min zalik.
Allah berfirman, “Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang beriman dan tidak (pula) perempuan mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguh dia telah sesat, sesat yang nyata.” [TMQ. Al Ahzab [33]: 36]
Bersegera melaksanakan Syariat Allah SWT juga WAJIB!
Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An-Nur ayat 31 diturunkan di Madinah, wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Petanda keimanan mereka terserlah dengan sikap Sami’na Wa’ato’na (Kami mendengar dan kami taat) terhadap apa jua perintah dan ketetapan Allah tanpa perlu melihat rasional dan hikmah yang terselindung di sebalik perintah tersebut.
Maka para suami segera mendatangi isteri-isteri mereka dan membacakan apa yang diturunkan Allah kepada mereka. Mereka membacakan ayat itu kepada isteri, anak wanita, saudara wanita dan kaum kerabatnya. Dan tidak seorang pun di antara wanita itu melainkan segera berdiri mengambil kain (tirai) dan menutupi kepala dan wajahnya, kerana yakin dan percaya kepada apa yang diturunkan oleh Allah di dalam kitabNya. Sehingga mereka (berjalan) di belakang Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam dengan kain penutup seakan-akan di atas kepalanya terdapat burung gagak. Jelaslah bahawa pelaksanaan kewajipan itu tidak boleh ditunda-tunda atau berpaling daripada melaksanakannya kerana Allah telah menegaskan dalam firman-Nya:
“Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin, apabila mereka dipanggil kepada Allah dan RasulNya agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka maka mereka menjawab: “Kami mendengar dan kami patuh.” Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan rasulNya dan takut kepada Allah dan bertaqwa kepadaNya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan”. [TMQ An-Nur[24]: 51-52].
Hukuman bagi wanita yang tidak memakai khimar.
Hilanglah ketaqwaan sesorang individu muslim itu, apabila dia mengabaikan perintah dan larangan Allah serta Rasul-Nya. Pada tahap ini, masyarakat wajib mengawal persekitaran hidup mereka dengan saling menasihati dan menegur kesalahan untuk memastikan setiap individu terjaga imannya dan mencegah pelanggaran hukum. Dalam masa yang sama, Islam juga mensyariatkan pemerintah umat Islam wajib mengenakan satu bentuk hukuman kepada mereka yang melanggar hukum syara’. Dalam isu tudung ini, hukuman takzir hendaklah dilaksanakan oleh negara kepada sesiapa yang tidak melaksanakan pemakaian tudung dan busana Islam yang sah di sisi syara’. Ini pernah dilakukan oleh Sultan Abdul Hamid II, Khalifah Uthmaniyyah Turki, dengan mengeluarkan pekeliling mendenda wanita yang tidak memakai tudung. Sesungguhnya wanita Islam yang melanggar hukum syara’, mereka patut dikenakan denda serta hukuman oleh pemerintah dan bukannya mengancam, memboikot atau menghukum wanita yang ikhlas melaksanakan kewajipannya untuk menutup aurat dalam rangka menyahut seruan Allah.
Kesimpulan
Wahai muslimah yang berselimutkan cadar kebebasan!
Tudung bukan semata-mata budaya wanita dalam masyarakat Melayu. Tudung bukannya boleh dipakai dan dibuka sesuka hati kalian, kerana kalian tidak boleh memilih untuk masuk ke syurga, kemudian ke neraka dan mahu kembali semula ke syurga. Pemakaian tudung adalah tuntutan Ilahi dan bukannya pilihan peribadi. Setiap tuntutan menutup aurat hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan kerana mengharapkan manfaat duniawi. Setiap suruhan dari Allah dan Rasul-Nya itu hendaklah dilaksanakan dengan segera tanpa sebarang alasan dan tanpa menunggu izin dari sesiapa kerana Allahlah yang menghidupkan kita di atas muka bumi ini. Memenuhi tuntutan Allah adalah merupakan ibadah yang akan dibalas dengan pahala dan dihari akhirat akan dijanjikan syurga . Amin.
“Bersegeralah beramal sebelum datang pelbagai fitnah laksana potongan-potongan dari hari yang gelap. (Saat itu) di waktu pagi seorang manusia beriman tapi di petang harinya ia menjadi kafir. Di petang hari seorang manusia beriman tapi di pagi harinya ia kafir. Ia menjual agamanya dengan harta dunia.” [HR Muslim dari Abi Hurairah]
Sesungguhnya musuh-musuh Islam tidak mempunyai hujah yang kuat untuk mempertahankan kebatilan mereka. Kerana itulah tindakan mereka terhadap dakwah adalah dengan mengada-adakan pelbagai propaganda dan fitnah terhadap ajaran Islam itu sendiri di samping menimpakan cabaran dan siksaan kepada para pemikul dakwah Islam. Inilah usaha mereka yang paling canggih dan selalu mereka gunakan ketika mereka kehabisan idea untuk menghalang kebenaran.
Ingatlah peristiwa bagaimana Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam dimikrajkan ke langit, dan baginda diperlihatkan kebesaran Allah Subhanhu wa Taala, yang salah satunya berkenaan wanita yang suka mendedahkan auratnya kepada khalayak ramai.
Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam melihat para wanita yang mereka itu diikat dengan payu daranya sendiri. Aku bertanya: “Mereka itu siapa wahai Jibril? Jibril menjawab: “Mereka adalah para wanita yang suka menampakkan auratnya kepada kaum lelaki yang bukan mahramnya.” [Sirah Nabawiyyah, Prof. Dr Rawwas Qol’ahji]
“Siapa saja yang menjadikan selain Islam sebagai Deen (agama dan peraturan hidup),maka tidak akan diterima apapun darinya, dan di akhirat dia termasuk orang yang merugi.” [ TMQ Ali-Imran 3: 85]
Walaubagaimanapun, ingatlah wahai srikandi Islam!
Hukum syarak mengenai tudung ini hanyalah secebis dari hukum Islam yang telah diabaikan dan dipermainkan. Walhal, Islam wajib diamalkan secara keseluruhan dan kita terikat dengannya. Tuntutan berpakaian dengan khimar dan jilbab wajib dilaksanakan bersama-sama dengan hukum-hukum, peraturan dan sistem Islam yang lain seperti sistem ekonomi, pemerintahan, pendidikan, penghukuman dan sistem sosial. Terimalah hakikat bahawa keseluruhan sistem ini tidak akan berjalan mengikut Islam kecuali dengan tertegaknya Daulah Khilafah yang menuntut peranan dan usaha dakwah dari kalian. Wallahua’lam.
Mari kita mulakan dengan sebuah hadis Rasulullah s.a.w. mengenai “penyakit al-Wahn“. Apakah itu penyakit al-Wahn?
Sebuah hadis yang diriwayatkan dari Thauban radhi allahu anhu, bahawa Rasullullah salla allahu alayhi wassallam bersabda, dengan mafhumnya:
“Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”
Maka para sahabat r.a. pun bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?”
Sabda Baginda s.a.w.:
“Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”
Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?”
Jawab Rasulullah s.a.w.:
“Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.”
Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu al-Wahn?”
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Cintakan dunia dan takut akan kematian.”
Hadis ini diriwayatkan pada 1400 tahun dahulu dan kini benarlah sabda Baginda Rasulullah s.a.w. Umat Islam kini ditindas dan semakin lemah, dihinggapi penyakit al-Wahn. Seperti keadaan dimana orang kafir telah menindas mereka “bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama”. Golongan Islam Liberal juga tidak terkecuali daripada fenomena ini, mereka juga telah “makan” bersama-sama untuk menghancurkan umat Islam dari dalam.
Maka apakah yang patut dilakukan untuk memperkasakan kembali martabat umat Islam? Tentunya hanya dengan cara ini sahaja, iaitu kembali berpegang kepada tali Allah s.w.t., berpegang kepada al-Qur’an dan Sunnah serta mendalami ilmu untuk kembali mencari redha Allah s.w.t.
Maka inilah yang diharapkan oleh seluruh umat Islam di dunia pada hari ini.
Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-
1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a
Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w."
Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya) ."
Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-
1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.
Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-
1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri
Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.
Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya. "
Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.
Dokumen dedah AS laku jenayah perang
LONDON - Pengasas agensi pemantau hak asasi manusia, WikiLeaks di Internet, Julian Assange semalam menyatakan, beliau percaya terdapat bukti jenayah perang dalam dokumen tentera Amerika Syarikat (AS) yang bocor berhubung perang di Afghanistan.
Kenyataan tersebut dikeluarkan setelah WikiLeaks menyiarkan kira-kira 91,000 maklumat sulit tentera AS di Internet sejak enam tahun lalu mengenai perang Afghanistan.
Antara maklumat yang bocor termasuk sejumlah insiden pembunuhan orang awam Afghanistan yang tidak dilaporkan selain operasi rahsia terhadap ketua-ketua Taliban. Pembocoran dokumen sulit tentera itu dikecam AS, Britain dan Pakistan.
Assange memberitahu kumpulan wartawan di London bahawa sama ada jenayah perang telah berlaku bergantung kepada mahkamah antarabangsa.
Menurutnya, apa yang pasti, terdapat bukti jenayah perang dalam dokumen-dokumen itu. Beliau membandingkan impak pendedahan dokumen perang itu dengan pendedahan arkib polis rahsia Jerman Timur.
"Pendedahan ini menyamai pendedahan arkib Stasi (polis rahsia Jerman Timur)," katanya.
Dokumen-dokumen sulit tentera AS itu meliputi apa yang telah diketahui umum mengenai peperangan selama sembilan tahun di Afghanistan antaranya melibatkan operasi khas AS untuk menghapuskan kumpulan militan tanpa perbicaraan, orang awam Afghanistan dibunuh tanpa sengaja dan pegawai-pegawai AS marah berhubung kerjasama perisikan antara Pakistan dengan kumpulan militan yang mahu menghapuskan rakyat AS. WikiLeaks menyiarkan dokumen-dokumen sulit itu di Internet kelmarin tanpa menyebut bagaimana ia diperoleh. Terdahulu, akhbar AS, New York Times, akhbar Guardian di Britain dan akhbar Jerman, Der Spiegel memperoleh akses awal terhadap dokumen-dokumen sulit tersebut. - AP
Sumber : Kosmo Online 27/7/2010
HANYA KHILAFAH YANG AKAN MENGHUKUM SEGALA JENAYAH PERANG YANG DIPERLAKUKAN TERHADAP UMMAH!
Pembongkaran yang dilakukan oleh pihak WikiLeaks hanyalah merupakan sebahagian daripada bukti kekejaman dan jenayah perang yang diperlakukan terhadap umat Islam oleh tentera AS dan sekutunya. Di manakah kemakmuran dan keamanan yang dijanjikan setelah tumbangnya Taliban di Afghanistan dan rejim Saddam di Iraq? Yang ada hanyalah kematian, penderitaan dan kemusnahan. Wahai kaum Muslimin, inilah buah tangan demokrasi tajaan Amerika yang kononnya menjanjikan kemakmuran dan keamanan!
Setelah 9 tahun tentera penjajah kuffar berada di Afghanistan, nasib kaum Muslimin di sana menjadi semakin buruk. Kekayaan dan hasil bumi di Afghanistan dijarah. Kedudukannya yang strategik sebagai laluan paip bekalan minyak ke Eropah juga menyebabkan Amerika dan sekutunya begitu ghairah untuk terus menjajah wilayah ”Mujahideen” tersebut dengan meletakkan pemimpin bonekanya.
Kini, dalam meneruskan penguasaannya di wilayah tersebut, Amerika cuba mengheret sebuah lagi negara kaum Muslimin iaitu Pakistan untuk turut serta dalam konflik tersebut. Bahkan dalam diam, pentadbiran Obama telahpun melancarkan serangan terhadap wilayah Pakistan dalam kempen perang di Afghanistan (America’s Undeclared War on Pakistan). Drone kapal terbang tanpa pemandu Amerika telah berulang-kali menceroboh ruang udara Pakistan dan melancarkan peluru berpandu ke atas kawasan penduduk umat Islam di Lembah Swat. Acapkali serangan tersebut menelan korban di kalangan orang awam. Namun masyarakat antarabangsa secara umumnya berdiam diri terhadap perbuatan keji ini. Siapakah yang akan menuntut bela atas kematian ini?
Wahai kaum Muslimin,
Kesungguhan para mujahidin di sana berjuang menentang penjajah merupakan suatu perjuangan yang mulia. Semoga Allah mengurniakan kesyahidan dan menempatkan mereka di sisi muttaqin di akhirat kelak. Namun, tanpa kekuatan sebuah negara - iaitu Daulah Khilafah yang menyatukan umat Islam - perjuangan tersebut akan berdepan dengan kesukaran. Tanpa sebuah kuasa yang berupaya menyaingi kekuatan ketenteraan Amerika dan sekutunya, umat Islam akan terus ditindas dan diperkotak-katikkan.
Ketahuilah bahawa sesungguhnya umat Islam mempunyai potensi yang besar. Dengan sumber manusia, hasil bumi serta kekuatan ketenteraan yang ada, sudah tentu penyatuan seluruh dunia Islam di bawah Sistem Khilafah kelak akan menggerunkan negara-negara yang cuba membuat onar.
Khilafah akan memayungi seluruh umat Islam, menerapkan syariat Islam serta melakukan pembelaan dan pembebasan daripada segala bentuk penjajahan. Khilafah juga akan menjadi penggerak dalam menyebarluaskan risalah Islam melalui diplomasi dan peperangan (iaitu dakwah dan jihad).
Semoga dengan kembalinya khilafah, akan terbentuklah ketumbukan tentera yang ikhlas dan bertaqwa lalu mereka akan berjuang sehingga dapat membebaskan umat Islam daripada penjajahan dan penderitaan selama ini.
“Perangilah mereka dan Allah akan mengazab mereka dengan tangan-tangan kalian dan menghinakan mereka serta membantu kalian mengalahkan mereka dan Allah akan melegakan hati-hati kaum Mukminin” [TMQ at-Taubah (9):14].