FLAG OF THE TRUTH

1 Khilafah : Hukum Allah didahulukan,Sistem Islam yg sebenar diutamakan. “Menamatkan Kepungan Terhadap Gaza Bukanlah Dengan Kecaman Dan Kunjungan Ke PBB Tetapi Dengan Menggerakkan Tentera Mengelilingi Entiti Yahudi Umpama Gelang Yang Mengelilingi Tangan”


KANGAR 15 Ogos – Dengan tekad mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak, ibu tunggal ini memberanikan diri merantau ke sini dari Kuala Kurau, Perak sebaik sahaja diceraikan suami setahun lalu.

Membawa bersama tujuh daripada sembilan anaknya, Norehan Kamaruddin, 37, mengharapkan penghijrahan itu membawa tuah kepada mereka lapan beranak.

Namun kehidupan tidak semudah yang diimpikan. Setelah hampir setahun berada di sini, dia masih gagal mendapatkan kerja.

Malah tempat keluarganya berteduh daripada panas dan hujan terpaksa didirikan ala kadar. Itupun atas belas ihsan seorang penduduk di Kampung Kurung Tengar di Kuala Perlis.

Rumah yang boleh diibaratkan seperti bangsal bertiangkan kayu bakau itu didirikan berhampiran kuala sungai.
Setiap kali air pasang, dia dan anak-anaknya terpaksa mengumpulkan pakaian dan meletakkan di pintu sebagai penahan bagi menghalang rumah mereka dimasuki air.

Dinding rumah hanyalah tikar-tikar usang yang disangkut di celah-celah atap zink dan setiap kali hujan, mereka anak-beranak terpaksa mencari ruang yang kering untuk berteduh sementara menunggu hujan reda.

Rumah itu hanya sebesar lebih kurang ruang tamu sebuah rumah kos rendah. Ia dibahagi kepada dua ruang iaitu dapur dan sebuah ruang lain yang dijadikan tempat untuk Norehan dan anak-anaknya tidur, belajar dan bermain.

Tiada bekalan api di rumah tersebut. Hanya cahaya lilin menerangi waktu malam apabila anak-anaknya hendak menyudahkan kerja-kerja sekolah manakala bekalan air diambil dari jiran sebelah atas ihsan mereka.
Kini Ramadan tiba, Norehan dan anak-anak tetap menjalani ibadah berpuasa seperti biasa walaupun dengan penuh kepayahan. Cuma Syawal yang bakal menjelang agak merunsingkan ibu tunggal ini.

Walaupun anak-anaknya yang berusia 14 tahun hingga 10 bulan reda dengan kehidupan yang dilalui, dia masih menaruh harapan dapat menyediakan baju raya dan sedikit juadah untuk mereka pada lebaran nanti.

Ketika diminta untuk ditemu bual, Norehan agak keberatan kerana bimbang dan malu ada pihak yang mencemuh. Malah lebih merisaukan wanita ini jika anak-anaknya berasa malu cerita mengenai keluarga mereka terpampang di akhbar.

Katanya, banyak pihak yang menghulurkan bantuan namun dia tidak mahu bergantung kepada bantuan semata-mata kerana memerlukan kerja tetap dan rumah yang sempurna untuk membesarkan anak- anaknya.

Antara yang tampil membantu termasuklah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri cawangan Perlis; Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pernah dilawati oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Mat Hassan.

Saya bukan sombong tidak mahu menerima bantuan tetapi saya mahu bekerja dan kalau boleh mendapatkan bantuan tempat kediaman yang selamat untuk anak-anak apabila saya keluar bekerja,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya, semalam.

Malah katanya, dia tidak berniat untuk menetap di bangsal itu, seolah-olah meraih simpati namun telah berusaha mencari rumah sewa tetapi gagal.

Katanya, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, JPM pernah menjanjikan untuk mendapatkan sebuah rumah kos rendah untuk keluarganya dan kini dia sedang menunggu keputusan daripada pihak berkenaan.

Norehan bukannya tidak mahu pulang ke kampung halaman dan meminta bantuan keluarga namun memandangkan mereka juga bukan orang senang, dia melupakan hasrat tersebut.

Ketika ini Norehan bergantung kepada wang bantuan JKM sebanyak RM450 sebulan namun dia tahu selagi tidak mendapat kerja, dia tidak akan mampu keluar daripada belenggu kemiskinan.

Bila berada dalam keadaan sekarang, macam-macam tuduhan dilemparkan kepada saya dan anak- anak. Sehingga saya tidak berani keluar rumah namun saya perlu lakukan sesuatu kerana niat saya apabila berhijrah ke sini, ia akan membawa sinar baru kepada kami,” katanya.

Anak-anak Norehan boleh digolongkan dalam kalangan kanak-kanak yang bijak apabila Hani Daniel Affandi, 14, mendapat tempat ke-11 pada peperiksaan pertengahan tahun; Hani Syamimi, 12, pula mendapat tempat kelapan; Hani Ellya Izzatie, 10, mendapat nombor 10; Aina Hidayah, 9, mendapat tempat pertama manakala Hidayat Aiman, 8, mendapat tempat ke-10 dalam peperiksaan baru-baru ini.

Namun begitu, proses pembelajaran mereka sering terganggu kerana tidak dapat hadir ke sekolah setiap hari ekoran masalah pengangkutan.

Minggu lepas mereka tidak hadir sekolah selama tiga hari kerana basikal sering rosak dan hujan menyebabkan baju mereka basah sebelum tiba ke sekolah.

Guru dan pihak sekolah memahami masalah yang kami hadapi namun kalau boleh kami tidak mahu terlepas pembelajaran di sekolah terutama Hani Syamimi yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi,” kata Hani Daniel.

Seperti kanak-kanak lain, mereka mempunyai cita-cita yang murni untuk berjasa kepada keluarga. Namun ketika ini apa yang mereka perlukan hanya tempat berlindung yang lebih selesa agar dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran.

Sumber: Utusan Online Ogos 2010



Rakyat Dihimpit Kemiskinan Rayu Simpati, Adakah Pemimpin Peduli??
Meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Begitulah antara elemen Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak sedikit waktu dahulu. Melihatkan keadaan Puan Norehan beserta anak-anaknya yang daif dan amat memerlukan bantuan, terdetik di fikiran, siapakah yang dimaksudkan rakyat yang berpendapatan rendah itu? Sampai bilakah rakyat seperti Puan Norehan sekeluarga harus menunggu dan terus menunggu bagi melayakkan mereka mendapat bantuan?.

Paparan di atas hanyalah cebisan daripada seribu satu realiti yang melanda umat Islam pada hari ini. Kemiskinan Inilah buah pahit yang tumbuh dari pohon kapitalisme. Sistem yang berjaya melebarkan jurang, sekaligus menjadikan mereka yang kaya terus hidup selesa manakala yang miskin semakin melarat. Inilah kesannya jika sistem Islam yang dapat mengeluarkan manusia dari kemelut dan permasalahan hidup tidak digunakan sebagai peraturan hidup. Walhal, jaminan pemenuhan keperluan asas (makanan, pakaian dan tempat tinggal) di samping pendidikan, kesihatan dan keselamatan menjadi tanggungjawab pemerintah agar memenuhinya bagi kesejahteraaan hidup rakyat di bawah pimpinannya.

Allah SWT telah menciptakan manusia sekaligus menyediakan rezeki baginya dan tidak mungkin Allah menciptakan pelbagai makhluk lalu membiarkan begitu saja tanpa menyediakan rezeki buat mereka sebagaimana firmanNya: “Allahlah yang menciptakan kamu, kemudian memberikan rezeki. [TMQ ar-Rum (30):40]. “Tidak ada satu binatang melata pun di bumi melainkan Allah yang memberi rezekinya". [TMQ Hud (11):6]. Namun persoalannya mengapa tetap terjadinya kemiskinan? Seolah-olah sumber alam yang dianugerahkan Allah tidak mencukupi keperluan manusia yang semakin bertambah populasinya?

Sistem ekonomi kapitalisme menjawab persoalan di atas dengan konotasi yang mengelirukan “Ya, sumber alam tidak mencukupi sementara populasi dan keperluan manusia terus bertambah. Akibatnya sebahagian manusia tidak dapat dipenuhi keperluannya sehingga terjadilah kemiskinan”. Jawapan seperti ini adalah jelas bathil dan bertentangan dengan fakta. Ideologi Islam menyatakan secara jelas bahawa masalah kemiskinan adalah semata-mata disebabkan oleh sumber kekayaan ini tidak dikelola dengan benar justeru terjadilah kepincangan dalam pengagihannya. Jadi faktor utama penyebab kemiskinan adalah disebabkan penyimpangan dari segi pengagihan sumber kekayaan. Di sinilah pentingnya keberadaan sebuah sistem hidup yang sahih dengan wujudnya sebuah negara (Khilafah) yang menerapkan sistem tersebut bagi mengatasi permasalahan hidup manusia.

Negara Khilafah yang menjadikan aqidah Islam sebagai asas dalam pemerintahannya ternyata berupaya mengatasi masalah kemiskinan dalam kalangan umatnya. Ianya bukanlah dengan mewar-warkan konsep dan slogan tertentu semata-mata malahan sejarah panjang kaum Muslim membuktikan bahawa penyelesaian tersebut benar-benar dapat direalisasikan iaitu ketika mereka hidup di bawah naungan Negara Khilafah yang menerapkan Islam secara kaffah. Dalam Kitab Al-Amwaal karangan Abu Ubaidah, diceritakan bahawa Khalifah Umar bin Khathab pernah berkata kepada pegawainya yang bertugas membahagikan sedekah “Jika kamu memberikan sedekah maka cukupkanlah” dan selanjutnya berkata lagi “Berilah mereka itu sedekah sekalipun salah seorang dari mereka memiliki seratus unta. Beliau juga mengahwinkan kaum Muslim yang tidak mampu; membayar hutang-hutang mereka dan memberikan modal kepada petani agar mereka mengerjakan tanahnya”. Ternyata Umar menerapkan politik ekonomi yang memberikan jaminan pemenuhan keperluan asas rakyatnya. Keadaan seperti ini berterusan hinggalah masa Daulah Umayah di bawah pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Pada saat itu rakyat sudah sampai pada taraf hidup di mana mereka tidak memerlukan bantuan harta lagi. Malah ketika pegawainya menyeru siapa dalam kalangan rakyat yang hidup miskin atau anak-anak yatim yang memerlukan bantuan hatta pemuda-pemuda yang ingin berkahwin dan perlu dibantu, ternyata tidak seorang datang memenuhi seruan tersebut kerana setiap dari mereka telah sejahtera dan mencukupi keperluannya.

Wahai kaum Muslimin, sedarlah, sekaya manapun sesebuah negara dengan sumber alam dan harta yang melimpah ruah, namun jika sistem yang diterapkan tidak bertunjangkan aqidah Islam, selagi itulah masalah kemiskinan dan pelbagai masalah lagi tidak berkesudahan. Sistem Kapitalisme yang diterapkan saat inilah yang mesti dilupuskan sepenuhnya dari sistem kehidupan yang mengatur manusia kerana meskipun kekayaan negara itu melimpah, tetap sahaja mereka yang hidup di dalamnya terus-menerus dibelenggu kemiskinan dan kesempitan. Firman Allah SWT:
Barangsiapa berpaling dari peringatanKu, maka baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta”. [TMQ Thaha (20):124]

Obama ucap selamat berpuasa kepada umat Islam

WASHINGTON 13 Ogos – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengucapkan selamat berpuasa kepada penduduk Islam di AS dan di seluruh dunia sempena bulan Ramadan. Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton turut memberi ucapan sama kepada penduduk Islam AS dan di seluruh dunia dengan ucapan `Ramadan Kareem’. “Kita semua harus ingat dunia bagaimana yang kita mahu wujudkan dan perubahan yang ingin kita lakukan harus bermula daripada dalam hati dan juga pada masyarakat kita sendiri,” kata Obama dalam kenyataan yang dikeluarkan, semalam. Sementara itu, Hillary pula dalam kenyataannya berkata: “Ramadan adalah masa yang sesuai untuk memeriksa diri serta berkongsi sumbangan yang diberikan oleh penduduk Islam AS untuk negara ini dan berjuta-juta yang lain menyambut bulan ini (Ramadan) dengan melakukan perkara baik kepada masyarakat Islam”. Clinton akan menganjurkan majlis berbuka puasa secara bersama dengan berpuluh-puluh kedutaan di Washington, manakala Obama akan mengadakan majlis itu di White House. – AFP


Sumber: Utusan Malaysia 13/08/10


Ucapan Selamat Berpuasa Obama Itu Hanyalah Satu Penipuan


”Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya”.
[TMQ Ali-’Imraan (3) :118].

Cukuplah apa yang dilakukan oleh Obama terhadap umat Islam saat ini untuk membuktikan kepada kita siapakah sebenarnya beliau. Dikala ”si laknat” Obama mengucapkan kata-kata manis selamat berpuasa kepada umat Islam di seluruh dunia, kita dapat menyaksikan dalam masa yang sama tentera-tentera laknatullah Amerika terus menjadikan umat Islam di Iraq, Afghanistan dan di tempat-tempat lain sebagai sasaran dan santapan senjata-senjata canggih yang mereka milik. Bukankah kebiadaban tentera-tentera Amerika itu mencerminkan sikap sebenar Obama sekaligus Amerika itu sendiri?


Wahai seluruh umat Islam! Ketahuilah bahawa Obama merupakan personifikasi Amerika sebagai musuh utama umat Islam. Ketahuilah bahawa Obama adalah syaitan manusia yang akan terus berusaha untuk menyesatkan umat Islam sehinggalah ke hari kiamat. Sebagai umat Islam yang menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup, sudah semestinya mereka menyedari bahawa kata-kata Obama itu hanyalah sihir dan penipuan yang diucapkan oleh beliau semata-mata. Oleh itu janganlah kita sekali-kali tertipu dengannya. Firman Allah SWT: ” Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka).


Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.


"Orang-orang yang kafir, bagi mereka azab yang berat; dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, bagi mereka keampunan dan pahala yang besar."
[TMQ Al-Faatir (35) : 5-7].

Kerjasama ekonomi perairan Malaysia-Indonesia diperlukan

JAKARTA 17 Ogos - Kerjasama ekonomi kawasan perbatasan perairan adalah perlu bagi membolehkan nelayan Malaysia dan Indonesia menangkap ikan di kedua-dua kawasan tanpa masalah di masa hadapan, kata Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia, Fadel Muhammad. Katanya, langkah itu dapat menyelesaikan masalah-masalah pencerobohan perairan yang dilaporkan sering dilakukan oleh nelayan. "Seperti arahan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, kalau boleh ada kerjasama ekonomi sehingga pada masa yang tertentu kalau dia ingin memancing di daerah kita, kita kerjasama dengan mereka, demikian juga nelayan kita. "Kerjasama ekonomi inilah yang saya kira perlu kita buat sekarang dan akan datang,” katanya ketika diwawancara stesen TV swasta TV-One bagi mengulas pembebasan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia di Johor Baharu hari ini. - Bernama


Sumber: Utusan Malaysia 17/08/10


Idea Karut! Indonesia-Malaysia Perlukan Khilafah Bukannya Kerjasama Ekonomi


Betapa rendah dan jauhnya pemikiran umat Islam hari ini dari fikrah Islam yang sebenarnya. Dahulu Rasulullah SAW telah mencontohkan kepada umatnya bahawa negara Islam itu hanyalah satu dan bukannya lebih daripada 50 buah negeri sepertimana yang kita dapat saksikan hari ini, dan di dalam negara itu telah terhimpun warganegara Daulah Islam dari pelbagai bangsa, warna kulit, wilayah geografi dan seumpamanya hatta orang kafir zimmi pun turut menjadi warganegara di dalam Daulah Islam. Kesemuanya itu telah disatukan oleh Rasulullah SAW dengan kesatuan aqidah dan sistem yang diterapkan oleh negara. Natijahnya Islam dan umat Islam di saat itu menjadi “superpower” yang senantiasa dihormati oleh kuasa-kuasa besar lain seperti Rom dan Parsi. Namun dengan makar dan rencana jahat yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam tanpa rasa lelah dan jemu, mereka akhirnya berjaya memecah-belahkan negeri umat Islam menjadi negara ashobiyyah yang kecil dan lemah sepertimana yang kita lihat hari ini. Akibat dari ini pelbagai masalah telah berlaku, antaranya ketegangan dan konflik yang berlaku antara Malaysia dan Indonesia mengenai isu sempadan perairan antara kedua-dua negara tersebut. Bukankah dengan wujudnya isu di atas telah membuktikan kepada kita bahawa fahaman ashobiyyah yang dipegang oleh kedua-dua negara ini merupakan suatu yang amat menijikkan? Kalau dahulu golongan jahiliyyah Aus dan Khazraj sebelum kedatangan Islam boleh bergaduh disebabkan seekor unta selama bertahun-tahun lamanya, kini umat Islam nampaknya telah mengikuti jejak langkah golongan tersebut. Dek kerana isu sempadan perairan kita boleh saling cabar mencabar dan saling bermusuhan. Apa yang malangnya lagi ialah kedua-dua pihak cuba mencari penyelesaian terhadap konflik itu mengikut acuan sekular Kapitalisme.


Wahai umat Islam! Ketahuilah selagi wujud sempadan ashobiyyah antara negeri-negeri umat Islam sepertimana hari ini maka selama itulah konflik ini akan terus muncul dan pasti akan terus muncul. Hanya dengan mendirikan Khilafah sahajalah persoalan sempadan ini akan dapat diselesaikan dengan tuntas. Pastinya, apabila Khilafah berdiri kelak, ia akan menyatukan seluruh dunia umat Islam yang terpecah-belah di saat ini di bawah payung kekuasaannya. Sempadan-sempadan negara bangsa ashobiyyah yang ada pada hari ini akan pasti digantikan dengan negara besar Khilafah yang disatukan atas dasar aqidah Islam.


Wahai umat Islam! Renungilah firman Allah SWT:
“ dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk”. [TMQ Ali- ‘Imraan (3) : 103].

Diskaun tol raya ditentukan 2 Sept.

PETALING JAYA 20 Ogos - Penetapan diskaun kadar tol sempena Hari Raya Adilfitri bulan depan akan ditentukan pada satu mesyuarat dengan syarikat-syarikat konsesi pada 2 Sept. ini, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor. Beliau berkata, mesyuarat Majlis Keselamatan Jalan Raya itu akan digunakan untuk mendapatkan maklumat balas daripada semua syarikat konsesi tol berhubung bayaran tol. "Tengoklah syarikat mana yang bermurah hati beri (diskaun) lebih sikit. Saya rasa Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pun tak mahu ketinggalan memberi diskaun. Jangan takutlah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Galeri MUFORS (Malaysians Unite For Road Safety) di Restoran Jejantas USJ, Kawasan Rehat dan Rawat USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) di sini, hari ini. – Bernama


Sumber: Utusan Malaysia 20/08/10


Sandiwara tol ...

Sandiwara lagi. Di antara konsep pengswastaan yang juarai oleh bapa Kapitalisme negara, Tun Mahathir, adalah pengenalan lebuhraya bertol melalui kewujudan syarikat-syarikat konsesi yang diberikan lesen untuk merompak jutaan wang rakyat. Dan setiap kali musim perayaan, rakyat akan digula-gulakan dengan pelbagai ’tawaran hebat’ dalam bentuk diskaun tol, sebagai usaha untuk menutup kudis dan nanah sistem Kapitalisme yang diterapkan selama ini. Kini, Aidil fitri menjelang tiba dan idea yang sama diusulkan - diskaun tol raya kepada para pengguna sempena Hari Raya. Sekali lagi pemerintah sekular kita berpura-pura bersikap prihatin terhadap rakyat. Sedangkan hakikatnya, sudah sekian selama sebenarnya ”perompak-perompak moden” ini merompak dan menjarah dengan rakusnya harta milik umum ini secara berterusan. Lihatlah bagaimana dengan tanpa rasa tanpa bersalah dan berdosa, Datuk Shaziman Abu Mansur masih lagi boleh berseloroh dengan kata-katanya "Tengoklah syarikat mana yang bermurah hati beri (diskaun) lebih sikit. Saya rasa Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pun tak mahu ketinggalan memberi diskaun. Jangan takutlah,”.


Wahai Shaziman! Ketahuilah bahawa tol adalah salah satu bentuk cukai dan secara jelas Islam telah mengharamkannya. Sabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya tidak akan masuk syurga orang yang memungut cukai” [HR Ahmad, Abu Daud & Hakim]. Rasulullah SAW juga bersabda,“Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka” [HR Ahmad].

Kerjasama semua pihak penting bantu atasi masalah sosial
http://www.bharian.com.my/


2010/07/27

GEORGETOWN:
Kerjasama ibu bapa, anggota masyarakat, pihak sekolah dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) amat penting dalam membantu menurunkan kadar masalah sosial khususnya di kalangan golongan remaja di negara ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Beliau berkata kerjasama itu perlu dititik beratkan oleh semua golongan ekoran kes seperti pembuangan bayi, penderaan, ketagihan dadah dan mat rempit semakin menular pada masa ini.


"
Ini adalah berdasarkan perangkaan-perangkaan statistik yang banyak menunjukkan betapa seriusnya krisis akhlak yang melanda remaja di negara kita ketika ini," katanya di sini malam tadi.

Musa berkata pelbagai pihak perlu memupuk kesedaran bahawa jenayah seperti itu tidak boleh dianggap sebagai remeh oleh masyarakat.


Beliau juga berkata hubungan antara komuniti dan polis amat penting bagi mendidik masyarakat bahawa pencegahan jenayah adalah tanggungjawab bersama dan ia satu perkara yang perlu dititik beratkan dalam apa juga aktiviti.


Timbalan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye pula mencadangkan supaya satu perlaksanaan diwujudkan sebagai inisiatif memerangi jenayah serta mencipta persekitaran hidup yang lebih selamat.


Beliau berkata `
inisiatif bandar raya selamat atau kejiranan selamat'' yang merupakan suatu projek yayasan tersebut merupakan contoh kerjasama antara kerajaan dan NGO terhadap pencegahan jenayah melalui perancangan persekitaran dan pendidikan. - BERNAMA

Puas Mengerah Tenaga, Pemimpin Negara Hanya Pandang Sebelah Mata

Dewasa ini mata kita sering dijolok dengan berita-berita kes pembuangan bayi di dada-dada akhbar, bibir kita tak lekang dari membicarakan pelbagai masalah atau kes-kes gejala sosial yang berlaku di dalam masyarakat terutamanya pada golongan remaja dan telinga kita selalu ditusuk dengan laungan seruan untuk membantu menyelesaikan gejala sosial. Namun akal kita terlalu sukar untuk menjawab satu persoalan. Mengapa masalah gejala sosial masih berterusan walau pelbagai kaedah telah dilaksanakan dan ramai pihak telah mengambil bahagian dalam pelaksanaannya?


Masalah berkaitan gejala sosial terutamanya yang melibatkan remaja sering menjadi fokus utama pelbagai pihak. Ada umat Islam yang mula sedar bahawa Islam mampu mencegah kemungkaran ini dan langkah yang perlu diambil adalah pelaksanaan hukum Islam. Contohnya, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berpendapat selain peranan ibu bapa memastikan pendidikan agama yang berterusan untuk anak-anak, masyarakat perlu mula memikirkan bagaimana proses perkahwinan boleh dipermudah bagi menggalakkan ikatan yang sah antara seorang lelaki dengan seorang perempuan. Mereka menganggap jumlah 17,303 anak luar nikah Melayu yang didaftarkan sepanjang tahun 2009 seperti mana yang didedahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebagai angka yang menggerunkan. Justeru, bagi menyokong hasrat tersebut, ABIM bercadang untuk membudayakan trend 'perkahwinan beramai-ramai' sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini (
http://www.abim.org.my).

Usaha ini didasarkan pada prinsip bahawa remaja dipandang sebagai aset penting bagi negara kerana mereka. merupakan golongan yang akan menjadi pelapis negara. Pelbagai masalah sosial yang dilakukan oleh golongan ini seperti buli, gangsterisme, vandalisme, mencuri, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, dadah, ganja, menghidu gam, lepak dan bermacam-macam lagi memberikan impak yang negatif kepada negara kita. Jika masalah ini semakin melarat maka ia akan memberikan satu implikasi yang negatif kepada negara dan bangsa kita.


Ironinya, pemimpin negara tidak pernah memandang bahawa aset penting negara ini wajib diatur dengan hukum yang telah diwahyukan oleh pencipta mereka. Inilah akibatnya apabila undang-undang utama negara bukannya bersumber dan Kalamullah dan Sunnah Rasulullah. Perlembagaan kufur yang dilahirkan dan ditatang oleh pemimpin negara yang beragama Islam inilah yang menjadi pencetus kepada mutasi virus-virus penyakit sosial dalam badan masyarakat. Implikasinya, seluruh tubuh masyarakat menjadi rosak binasa. Aspek sosial mengalami keruntuhan akhlaq dan hancurnya institusi rumah tangga. Aspek budaya diracuni dengan kemabukan pada arus budaya Barat. Aspek pengadilan terjerumus dalam konflik ketidakpastian hukum dan keadilan antara Syariah dengan sivil. Aspek pendidikan pula ternoda dengan lahirnya generasi yang materialistik dan hedonistic.


Maha Suci Allah. Benarlah seperti apa yang difirmankan Allah dalam Kitab-Nya:

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”. [TMQ Ar-Ruum (30) : 41].

Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan”. [TMQ Al- Baqarah (2) : 85].

Wahai pemimpin umat Islam!

Dengarkanlah kalian detik ini… Saksikanlah kalian saat ini… Setelah sekian lama kalian menuding jari menyalahkan ibu bapa, sekolah dan masyarakat sebagai penyebab runtuhnya sistem sosial, sekarang adalah giliran kami untuk menyeru dan mendesak kalian untuk melakukan perubahan dalam sistem pemerintahan kalian. Laksanakanlah perubahan secara taghyir iaitu perubahan mendasar yang mengubah sendi-sendi dasar masyarakat dan negara, yakni pemahaman-pemahaman (mafahim) yang dominan di dalam masyarakat, tolok ukur-tolok ukur (maqayis) yang dipergunakan, mahupun keyakinan-keyakinan (qanaat) yang dianut. Kembalilah kepada sistem Islam secara syumul. Takutlah pada ancaman Rasulullah saw dalam sabdanya:

ما من وال يلي رعية من المسلمين فيموت وهو غاش لهم إلاحرم الله عليه الجنة

Seseorang yang memimpin kaum muslimin dan dia mati, sedangkan dia menipu mereka (umat) maka Allah akan mengharamkan dia masuk ke dalam syurga. [HR Bukhari dan Muslim]

Wallahu alam

Rakyat diminta bijak berbelanja

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak menasihatkan rakyat berbelanja dengan bijak sepanjang Ramadan ini dan tidak melampaui kemampuan.


Perdana Menteri berkata, dengan tidak boros berbelanja akan dapat mengelakkan daripada menyusahkan diri sendiri pada bulan yang lain.


Beliau yang meluangkan kira-kira setengah jam bagi melawat dan beramah mesra dengan pengunjung serta bertanya khabar kepada peniaga di Bazar Ramadan Presint 2 di sini, berkata orang ramai juga harus mengelak daripada membeli melebihi keperluan.


“Yalah, apabila kita berbuka (puasa), semua (yang) kita pandang kita rasa hendak (beli). Jadi, itu mungkin menyebabkan kita beli lebih daripada keperluan.


“Justeru, lebih baik kalau kita beli secara berhemah dan berpada-pada supaya apa juga pendapatan kita itu boleh menampung segala keperluan kita dalam bulan Ramadan dan pada bulan-bulan lain,” katanya kepada pemberita selepas mengakhiri lawatannya kira-kira jam 6.40 petang, semalam.


Sumber: Utusan Malaysia 17/08/10


Rakyat Diminta Bijak Berbelanja, Penguasa?


Inilah kata-kata ‘bijak’ pemimpin Malaysia dari dahulu sehingga sekarang. Apabila tiba musim perayaan, maka seringkali rakyat akan dinasihati agar bijak berbelanja. Dengarnya agak baik. Mereka berharap agar rakyat tidak berbelanja secara boros dan membabi buta, mungkin itulah objektif saranan tersebut.


Di sebalik nasihat yang baik ini kepada rakyat, pernahkah terlintas di dalam benak fikiran kita (sebagai rakyat), bagaimanakah para pemimpin (penguasa) selama ini membelanjakan harta kekayaan Negara? Adakah mereka boleh diklasifikasikan sebagai manusia yang bijak atau sebaliknya tatkala membuat sesuatu keputusan dalam menentukan hala tuju ekonomi Negara yang sedang mereka terajui? Lebih tepat lagi (sebagai seorang muslim), adakah mereka membelanjakan harta dan amanah Allah SWT di muka bumi ini berdasarkan apa yang diperintah dan ditegah olehNya?


Realiti yang ada di hadapan kita dapat memberikan jawapannya. Saban hari yang kaya semakin kaya, manakala yang miskin semakin miskin. Inilah hasil penerapan sistem kapitalisme yang pincang. Kita dapat lihat misalnya, tatkala harga minyak dinaikkan oleh kerajaan, rakyat diminta untuk memahami pengorbanan Negara yang telah memberikan subsidi dalam satu tempoh yang lama, walhal minyak itu sendiri adalah hak milik rakyat yang sedang mereka niagakan. Ketika harga gula dinaikkan, dan gula entah hilang ke mana, ketika itulah keluar kenyataan dari pak-pak Menteri agar rakyat diminta untuk bijak menggunakan gula dan tidak membazir! Itulah yang berlaku berulang-ulang, jika ada kenaikan harga dan penarikan subsidi oleh kerajaan, maka hal yang samalah keluar dari mulut-mulut pemimpin yang ‘bijak pandai’ ini di Malaysia! Mereka seakan-akan hendak mengatakan bahawa rakyat di Malaysia kurang bijak dalam berbelanja, sehingga perlu diingatkan berkali-kali tentang penjimatan dan pengurangan kadar konsumsi setiap barang yang sedang meningkat naik harganya. Jika kelak berlaku kenaikan kadar bayaran bagi tandas-tandas awam di Malaysia sehingga mencecah RM2, mungkin ketika itu jugalah para menteri yang alim lagi bijaksana ini akan meminta agar rakyat tidak kerap keluar rumah, dan menggunakan tandas peribadi di rumah!

Alhamdulillah atas nikmat kehidupan dalam Islam yang Allah kurniakan. Saya mengingatkan diri agar terus-terusan berdoa supaya kekal dalam Islam dan mati di dalamnya. Beruntunglah bagi orang yang hatinya tetap di jalan yang Allah redhai. Saya mulakan perkongsian ini dengan firman Allah dalam Surah Al-Hadid:

" Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa Yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan Akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (57:20)

Ayat ini menyatakan nikmat dunia yang sering dikejar manusia termasuklah kekayaan dan anak keturunan. Ya, kedua-dua nikmat inilah yang akan menguji manusia di dunia ini. Andai tiada benteng pertahanan yang kukuh, maka kita akan lalai dan berasa asyik untuk mengejarnya. Betapa banyak kita melihat kini ramai manusia yang meletakkan nilai material sebagai ukuran kejayaan hidup. Tidak dinafikan harta itu penting dalam memastikan kelangsungan hidup. Namun, apabila ia menjadi matlamat hidup dan diusahakan siang dan malam, maka tersasarlah manusia dari tujuan utama kehidupan iaitu untuk mencari redha-Nya.

Sahabat-sahabat sekalian,

Allah telah mengingatkan manusia tentang ujian harta dunia ini sepertimana firmanNya dalam Surah At-Taubah:

" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." (9:24)


Ayat ini menunjukkan keluarga dan kekayaan mampu menghalang kita dari berjihad ke jalan Allah. Kadangkala urusan mencari harta menyebabkan kita kurang menekankan kepentingan untuk menuntut ilmu. Sedangkan menuntut ilmu itu kewajipan. Ilmulah dapat membantu kita memperbaiki amalan harian kita. Usaha menambahbaik amalan juga kadangakala dilupakan akibat terlalu fokus dalam mencari harta dunia.

Sahabat-sahabat sekalian,

Satu perkara yang perlu kita fikirkan ialah, harta dunia ini hanya sementara, kelak ia akan ditinggalkan. Hanya amalan kita yang menjadi bekal untuk dibawa menghadapNya. Tanpa sedikit pun diabaikan, setiap butir bicara, amalan dan gerak hati kita akan dihitung. Takut. Itu pasti, risau, dan mencemaskan. Itu perasaan yang sepatutnya hadir dalam jiwa bila mengingatkan mati dan mengenangkan amalan kita selama ini. Setiap detik kita semakin hampir dengan kematian.

Akhirnya, saya menyeru diri dan sahabat-sahabat sekalian untuk kita sama-sama menyeimbangkan urusan mencari harta dengan menambahbaik amalan kita. Alangkah baiknya jika ia seiring, bergandingan dan saling memanfaatkan. Gunakan harta yang diperoleh ke jalan kebaikan, zakat dan sedekah. Moga harta kita sentiasa dibersihkan dengan amalan-amalan tersebut. Ingatlah harta dunia hanya alat bukan matlamat hidup kita. Wahai diri, ingat harta hanya sementara, dunia bakal ditinggalkan, amalan itu bekal dan kekal dalam pemerhatianNya.