Dewasa ini, di antara bencana yang paling mengerikan yang menimpa umat manusia di seluruh dunia ialah idea ‘kebebasan’ yang dibawa oleh demokrasi. Idea ini telah mengakibatkan pelbagai malapetaka secara universal, serta memerosotkan harkat dan martabat masyarakat di negara-negara demokrasi sampai ke darjat yang lebih hina daripada darjat segerombolan binatang! Sungguh, sudah berapa banyak hal atas nama demokrasi yang menjengkelkan sekaligus memuakkan, yang selalu dijaja oleh negara-negara demokrasi penjajah yang malangnya disambut baik oleh para pemimpin, ulama dan juga gerakan Islam. Amerika, Britain dan Perancis misalnya selalu sahaja menggembar-gemburkan nilai-nilai demokrasi dan Hak Asasi Manusia (HAM) di mana-mana. Padahal pada waktu yang sama merekalah yang memijak-mijak seluruh nilai kemanusiaan dan akhlak, mencampakkan seluruh hak asasi manusia dan menumpahkan darah pelbagai bangsa di dunia.
Dalam masyarakat demokrasi, hubungan antara sesama manusia telah menjadi hancur lebur hasil dari pergaulan tanpa batas di antara lelaki dan wanita yang tidak dilarang oleh undang-undang negara. Kerana itu, adalah fenomena wajar dan biasa dalam sebuah masyarakat demokrasi jika kita menyaksikan di jalan-jalan, taman-taman, stesen-stesen dan sebagainya, para wanita yang berjalan di jalanan umum atau berbaring di taman atau di pantai dalam keadaan tidak menutup aurat atau bogel. Juga, adalah fenomena biasa bagi para pemuda dan pemudi berdua-duaan, berciuman, berpelukan dan melakukan lain-lain kelakuan yang menjolok mata di tempat-tempat umum. Semua ini mereka lakukan tanpa rasa malu dan bersalah sedikit pun, atas nama ‘kebebasan’. Malah di sesetengah negara terdapat peraturan yang membolehkan hubungan seksual dan pergaulan lelaki-perempuan dengan sebebas-bebasnya apabila masing-masing telah berumur 18 tahun. Undang-undang itu ternyata tidak sekadar membenarkan hubungan seksual dengan lawan jenis, malah lebih dari itu telah membolehkan hubungan seksual dan ‘mensahkan’ perkahwinan sesama jenis. Pelbagai perilaku seksual yang menyimpang dan abnormal telah memenuhi masyarakat demokrasi yang bejat ini. Homoseksual, lesbianisme serta pemuasan seksual dengan binatang (bestiality) begitu berleluasa. Bahkan perilaku seksual (perzinaan) secara beramai-ramai sudah menjadi trend, padahal perilaku seperti ini tidak akan dijumpai di dalam kandang-kandang binatang ternak sekalipun. Segala perilaku serba boleh yang lebih buruk dari binatang inilah yang telah menyebarluaskan pelbagai penyakit kelamin (seperti AIDS) dan juga telah menghasilkan ramai anak zina.
Itulah beberapa contoh kerosakan yang diakibatkan oleh sistem demokrasi di Barat, khususnya idea kebebasan individu yang selalu dilaungkan oleh penganut demokrasi. Itu pula salah satu bentuk dan penampilan peradaban yang senantiasa mereka bangga-banggakan, gembar-gemburkan dan mereka jaja ke seluruh pelosok dunia Islam. Tujuannya tak lain agar seluruh manusia, khususnya umat Islam ikut terjerumus ke dalam peradaban mereka yang sangat buruk dan keji itu. Adapun idea kebebasan individu, sesungguhnya merupakan salah satu idea yang paling menonjol dalam demokrasi. Idea ini dianggap sebagai salah satu ‘rukun’ penting dalam demokrasi, sebab dengan idea inilah tiap-tiap individu akan dapat melaksanakan dan menjalankan kehendaknya seperti yang diinginkannya tanpa tekanan atau paksaan. Rakyat dianggap tidak akan dapat mengekspresikan kehendak umumnya kecuali dengan terpenuhinya kebebasan individu bagi seluruh rakyat. Kebebasan individu merupakan satu ajaran suci dalam demokrasi, sehingga, baik negara mahupun siapa sahaja tidak dibenarkan melanggarnya. Yang dimaksud dengan kebebasan individu di bawah sistem demokrasi adalah empat jenis kebebasan iaitu (i) Kebebasan beragama (ii) Kebebasan berpendapat (iii) Kebebasan kepemilikan (iv) Kebebasan bertingkah laku. Keempat macam kebebasan ini sesungguhnya tidak ada dalam kamus Islam, sebab seorang Muslim adalah wajib mengikatkan dirinya dengan hukum syarak dalam seluruh perbuatannya. Seorang Muslim tidak dibenarkan berbuat semahunya. Dalam Islam tidak ada istilah ‘kebebasan’ kecuali dalam bab pembebasan seorang hamba dari perhambaan. Keempat-empat jenis kebebasan yang dibawa oleh demokrasi ini sangat bertentangan dengan Islam dalam segala aspeknya, sebagaimana penjelasan di bawah:-
1. Kebebasan Beragama/Berakidah: Kebebasan beragama berarti seseorang berhak meyakini suatu akidah yang dikehendakinya atau memeluk agama yang disukainya tanpa tekanan atau paksaan oleh orang lain. Dia berhak pula meninggalkan akidah dan agamanya, atau berpindah kepada akidah baru, agama baru, atau berpindah kepada kepercayaan non-agama (animisme/paganisme). Seseorang berhak mempercayai atau tidak mempercayai sesuatu sebebas-bebasnya tanpa ada tekanan atau paksaan. Jadi, seorang itu (termasuk Muslim) misalnya, berhak berpindah-randah atau berganti agamanya sesukanya dan bila-bila masa sahaja, tanpa boleh adanya larangan ke atasnya dari negara atau dari mana-mana pihak sekalipun.
Kebebasan ini sungguh bertentangan dengan Islam kerana Islam telah mengharamkan seorang Muslim meninggalkan akidah Islamiyah atau murtad dari Islam. Siapa sahaja yang murtad dari agama Islam maka dia akan diminta bertaubat. Jika dia kembali kepada Islam, itulah yang diharapkan, maka dia selamat. Tetapi jika tidak, maka dia akan dijatuhi hukuman mati, disita hartanya dan diceraikan dari isterinya. Rasulullah SAW bersabda,
“Barangsiapa menukar agamanya (Islam), maka bunuhlah ia” [HR Muslim].
Manakala jika yang murtad adalah sekelompok orang dan mereka tetap berkeras untuk murtad walaupun setelah diajak kembali, maka mereka akan diperangi sehingga mereka kembali kepada Islam atau dibinasakan. Hal ini seperti yang pernah terjadi pada orang-orang murtad setelah wafatnya Rasulullah SAW tatkala Abu Bakar memerangi mereka habis-habisan sehingga sebahagian mereka yang tidak terbunuh kembali kepada Islam.
2. Kebebasan Berpendapat/Bersuara: Kebebasan berpendapat dalam sistem demokrasi bererti bahawa setiap individu berhak untuk mengembangkan pendapat atau idea apa pun, bagaimana pun juga pendapat atau idea itu. Dia berhak pula menyatakan atau menyerukan idea atau pendapat itu dengan sebebas-bebasnya tanpa ada syarat atau batasan apapun, bagaimana pun juga idea dan pendapatnya itu. Dia berhak pula mendakwahkan idea atau pendapatnya itu dengan cara apapun, tanpa ada larangan baginya untuk melakukan semua itu baik dari negara atau mana-mana pihak, selama dia tidak mengganggu kebebasan orang lain. Maka setiap larangan untuk bersuara, mengembang dan menyebarluaskan pendapat akan dianggap sebagai pelanggaran terhadap kebebasan. Jika mereka mengeluarkan pendapat untuk menghina agama lain sekalipun, ini dibenarkan, sebagaimana mereka (golongan kuffar penganut demokrasi) telah menghina agama Islam, menghina Rasulullah SAW dan juga Al-Quran. Beginilah betapa kejinya kebebasan berpendapat/bersuara di bawah sistem demokrasi.
Ketentuan ajaran Islam dalam masalah ini sangatlah berbeza. Seorang Muslim dalam seluruh perbuatan dan perkataannya wajib terikat dengan apa yang terkandung dalam nas-nas syarak. Dengan demikian dia tidak boleh melakukan suatu perbuatan atau mengucapkan suatu perkataan kecuali jika dalil-dalil syar’i membolehkannya. Atas dasar itulah, maka seorang Muslim berhak bersuara dan mengembangkan pendapat apa sekalipun selama dalil-dalil syar’i membenarkannya. Tetapi jika dalil-dalil syar’i melarangnya, maka seseorang Muslim itu tidak boleh berbuat demikian. Jika dia tetap melakukannya, ini bererti dia telah melakukan dosa dan akan dikenakan uqubat (hukuman). Jadi seorang Muslim itu wajib terikat dengan hukum-hukum syarak dalam mengembang dan menyatakan suatu pendapat. Dia tidak bebas untuk melakukan semahunya. Ini dari satu sisi. Dari sisi yang lain, Islam bukan sekadar membenarkan, malah mewajibkan seorang Muslim untuk mengucapkan kebenaran di setiap waktu dan tempat. Dalam hadis Ubadah bin As-Samit ra, disebutkan, “...dan kami akan mengatakan kebenaran di mana jua kami berada. Kami tidak takut kerana Allah terhadap celaan orang yang mencela.”
Demikianlah sebagaimana Islam telah mewajibkan kaum Muslimin untuk menyampaikan pendapat kepada penguasa, mengawasi serta melakukan muhasabah atas tindakan salah mereka. Diriwayatkan dari Ummu ‘Athiyah dari Abu Sa’id ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jihad yang paling utama adalah (menyampaikan) perkataan yang haq kepada penguasa yang zalim.” Diriwayatkan pula dari Abu Umamah ra bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya oleh seseorang pada saat melempar jumrah aqabah, “Jihad apakah yang paling utama wahai Rasulullah? Maka Rasulullah SAW menjawab, ‘menyampaikan perkataan yang haq (benar) kepada penguasa yang zalim.” Rasululah SAW juga pernah bersabda, “Pemimpin para syuhada’ adalah Hamzah dan seseorang yang berdiri di hadapan penguasa yang zalim, kemudian dia menasihati penguasa itu, lalu ia dibunuh (oleh penguasa itu).” Tindakan yang demikian ini bukanlah suatu kebebasan berpendapat, melainkan keterikatan kepada hukum-hukum syara’, yakni kebolehan menyampaikan pendapat dalam satu keadaan dan kewajipan menyampaikan pendapat dalam keadaan yang lain.
3. Kebebasan Kepemilikan: Idea kebebasan pemilikan ini (yang telah melahirkan sistem ekonomi kapitalisme yang selanjutnya mengakibatkan tindakan penjajahan oleh Barat terhadap bangsa-bangsa di dunia serta perompakan kekayaan alam negara tersebut) membawa erti bahawa seseorang boleh memiliki harta atau modal dan boleh mengembangkannya dengan sarana dan cara apa sekalipun mengikut kehendaknya. Seorang penguasa dianggap berhak memiliki harta dan mengembangkannya melalui imperialisme, perampasan dan perompakan harta kekayaan alam yang ada di negaranya sendiri mahupun dari bangsa-bangsa yang dijajah. Seseorang individu pula berhak memiliki dan mengembangkan harta melalui penimbunan (kanzul mal), perjudian, riba, pelacuran, rasuah, penyelewengan atau penipuan, monopoli (ihtikar), penetapan harga tinggi secara tidak wajar (ghaban al-fahish), eksploitasi tubuh wanita, produksi dan penjualan arak dan macam-macam cara lagi.
Sedangkan menurut Islam, Islam telah memerangi idea penjajahan bangsa-bangsa serta perompakan atau penguasaan kekayaan alam bangsa-bangsa di dunia. Islam juga mengharamkan praktik riba baik yang berlipat ganda maupun yang sedikit. Di samping itu Islam telah menetapkan sebab-sebab kepemilikan harta, cara-cara pengembangan dan pengelolaannya. Islam mengharamkan ketentuan lain di luar cara-cara yang telah digariskan. Islam mewajibkan seorang Muslim untuk terikat dengan hukum-hukum syarak dalam usahanya untuk memiliki, mengembangkan dan mengelola harta. Islam tidak memberikan kebebasan kepada individu untuk mengelola harta sekehendaknya tetapi Islam telah ‘mengikat’nya dengan hukum-hukum syarak dan mengharamkannya untuk memiliki dan mengembangkan harta secara batil seperti dengan cara merampas, merompak, mencuri, rasuah, mengambil riba, berjudi, berzina, menyembunyi kecacatan barang dagangan, berlaku curang dan menipu, monopoli, menetapkan harga tinggi dengan tidak wajar, memproduksi dan menjual arak, mengeksploitasi tubuh wanita dan cara-cara lain yang telah diharamkan. Semua itu merupakan sebab-sebab pemilikan dan pengembangan harta yang dilarang oleh Islam. Dan setiap harta yang diperoleh melalui jalan-jalan haram, berarti ia adalah haram dan tidak boleh dimiliki dan pelakunya akan dijatuhi uqubat (hukuman). Jadi, kebebasan kepemilikan harta itu tidak ada dalam ajaran Islam, sebaliknya Islam mewajibkan setiap Muslim untuk terikat dengan hukum-hukum syarak dalam hal kepemilikan, pengembangan, dan pengelolaan harta.
4. Kebebasan Bertingkah Laku: Kebebasan bertingkah laku bererti kebebasan untuk lepas dari segala macam ikatan dan kebebasan untuk melepaskan diri dari setiap nilai kerohanian, akhlak, dan kemanusiaan. Juga bererti kebebasan untuk memporak-porandakan keluarga dan untuk membubarkan atau melestarikan institusi keluarga. Kebebasan ini merupakan jenis kebebasan yang telah menimbulkan segala kebinasaan dan membolehkan segala sesuatu yang telah diharamkan. Kebebasan inilah yang telah menjerumuskan masyarakat demokrasi menjadi masyarakat binatang yang sangat keji dan membejatkan moral individu-individunya sampai ke darjat yang lebih hina daripada binatang. Kebebasan ini menetapkan bahawa setiap orang, dalam perilaku dan kehidupan peribadinya berhak untuk berbuat apa sahaja mengikut kehendaknya tanpa boleh ada larangan baik dari negara atau orang lain. Idea kebebasan ini telah membolehkan seseorang untuk melakukan perzinaan, homoseksual, lesbianisme, meminum khamr, berbogel dan melakukan perbuatan apa sahaja (walaupun sangat hina) dengan sebebas-bebasnya tanpa ada ikatan atau batasan, tanpa tekanan atau paksaan. Sesungguhnya kebebasan ini telah menhancurkan martabat pelbagai masyarakat yang mempraktikkan demokrasi sampai pada darjat masyarakat binatang yang sangat rendah. Idea itu juga telah menyeret mereka untuk mengambil gaya hidup serba-boleh (permissiveness) yang lebih buruk dari binatang. Maha Benar Allah SWT yang berfirman,
“Terangkanlah kepadaKu tentang orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya? Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu tidak lain hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu)” [TMQ al-Furqan (25):43-44].
Hukum-hukum Islam sangat bertentangan dengan kebebasan bertingkah laku yang dibenarkan dalam demokrasi. Tidak ada kebebasan bertingkah laku dalam Islam. Seorang Muslim tidak bebas, tetapi wajib ‘terikat’ dengan perintah dan larangan Allah dalam seluruh perbuatan dan tingkah lakunya. Haram baginya melakukan perbuatan yang diharamkan oleh Islam. Jika dia mengerjakan suatu perbuatan yang diharamkan, bererti dia telah melakukan dosa dan wajib dijatuhi uqubat bergantung kepada kesalahan yang dilakukannya. Islam telah mengharamkan perzinaan, homoseksual, lesbianisme, minuman keras, membuka aurat atau berbogel di khalayak ramai dan hal-hal lain yang boleh merosakkan masyarakat. Islam memerintahkan umatnya agar berakhlak mulia dan terpuji serta menjadikan masyarakat Islam sebagai masyarakat yang bersih dan sangat memelihara kehormatan, ukhwah serta penuh dengan nilai-nilai yang mulia.
Dari penjelasan ringkas di atas, nyata sekali bahawa nilai-nilai demokrasi yang diamalkan baik di negara Barat mahupun negara umat Islam, seluruhnya adalah bertentangan secara total dengan hukum-hukum Islam. Kesemuanya merupakan idea-idea, peradaban, peraturan, dan undang-undang kufur. Oleh kerana itu, adalah suatu kejahilan dan usaha penyesatan jika ada pihak yang mengatakan bahawa demokrasi itu adalah sebahagian dari ajaran Islam. Juga, suatu kejahilan dan penyesatan kalau dikatakan demokrasi itu identik dengan sistem syura (mesyuarat) atau parlimen, atau identik dengan konsep amar ma’ruf nahi munkar di dalam memuhasabah (memperbetulkan) tingkah laku penguasa. Walhal syura, amar ma’ruf nahi munkar dan memuhasabah penguasa adalah hukum-hukum syarak yang telah ditetapkan oleh Allah SWT tanpa ada pertimbangan atau campurtangan dari demokrasi sedikitpun. Seseorang Muslim wajib melakukan semua itu, baik ia tinggal dalam sistem demokrasi, teokrasi, monarki atau sistem apa sahaja. Demokrasi bukan syura, kerana syura ertinya adalah memberikan pendapat. Sedangkan demokrasi merupakan suatu pandangan hidup dan himpunan ketentuan untuk seluruh perlembagaan, undang-undang dan peraturan, yang telah dibuat oleh manusia menurut akal mereka sendiri. Mereka menetapkan ketentuan-ketentuan itu berdasarkan kemaslahatan yang dipertimbangkan menurut akal, bukan menurut wahyu dari langit. Kaum Muslimin telah diperintahkan untuk mengambil dan melaksanakan segala perintah dan larangan Allah semata-mata kerana semua itu adalah hukum-hukum syarak. Sedangkan demokrasi bukanlah hukum-hukum syarak dan tidak berasal dari peraturan Allah. Demokrasi adalah sistem buatan manusia dan peraturan buatan manusia!
Maka dari itu, kaum Muslimin haram mengambil, menerap dan menyebarluaskan demokrasi atau berjuang serta mendirikan parti-parti politik yang berasaskan demokrasi. Haram pula bagi mereka menjadikan demokrasi sebagai pandangan hidup dan menerapkannya atau menjadikannya sebagai asas atau sumber bagi konstitusi dan undang-undang atau sebagai asas bagi sistem pendidikan dan penentuan tujuannya. Kaum Muslimin wajib membuang demokrasi sejauh-jauhnya kerana demokrasi adalah najis dan merupakan hukum thaghut. Demokrasi adalah sistem kufur yang mengandung pelbagai idea, peraturan dan undang-undang kufur. Demokrasi tidak ada hubungannya dengan Islam sama sekali. Kaum Muslimin wajib menerapkan dan melaksanakan seluruh ajaran Islam (bukannya ajaran demokrasi) dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Sesungguhnya demokrasi atau apa jua nilai yang dibawa oleh demokrasi adalah bertentangan dengan perintah Allah dan Rasul,
“Dan siapa sahaja yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang Mukmin, Kami biarkan mereka berkuasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.” [TMQ an-Nisa’ (4):115].
tentang diriku
- Shah Shukri
- Taiping, Perak, Malaysia
- "Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir"
Selamat Datang
islamic clock
switch blog
islamic calendar
jom chat...!!!
Facebook Badge
my Friends
Labels
- hudud (1)
my Ads
Followers
GEREJA DI CHEZK YANG BERUSIA LEBIH 1000 TAHUN LAMPAU DIBINA DENGAN TULANG DAN TENGKORAK ORANG-ORANG ISLAM.
PADA TAHUN 1318 PEMBINAAN BARU TELAH BERJAYA MENGUMPUL 30 RIBU TULANG UMAT ISLAM YANG DIBUNUH OLEH TENTERA SERBIA.
PADA TAHUN 1870 TENTERA SERBIA BERJAYA MENGUMPUL 40 RIBU TULANG DAN TENGKORAK ORANG ISLAM,
MEREKA MENGHIASI GEREJA-GEREJA MEREKA DENGAN TULANG DAN RANGKA UMAT ISLAM YANG MEREKA BUNUH..
GEREJA SUCI INI TIDAK BINA DENGAN KAYU, BESI DAN BATU TETAPI HANYA DENGAN TULANG DAN TENGKORAK UMAT ISLAM YANG DICAMPUR DENGAN SIMEN SERTA TULANG-TULANG UMAT ISLAM YANG TELAH DIHANCURKAN..
BEGITULAH UMAT ISLAM DI AKHIR ZAMAN YANG MASIH LENA DENGAN KEMEWAHAN DANG PANGKAT , PINGAT, GELARAN TERSOHOR BERTARAF DUNIA YANG DIBERI OLEH KUNCU-KUNCU YAHUDI SERTA PENJAJAH DI MERATA DUNIA… MEREKA ( UMAT ISLAM ) TIDAK AKAN BANGKIT MENENTANG SYAITAN TETAPI MEREKA AKAN BERBINCANG DENGAN SYAITAN-SYAITAN MANUSIA, BAGAIMANA CARA MEMBINA ISLAM DAN NEGARA ISLAM… SEHINGGA KINI MEREKA MASIH BERBINCANG DAN BERMESYUARAT DEMI KEBAIKKAN AGAMA ALLAH MENGIKUT VERSI-VERSI YANG DIPERSETUJUI OLEH SYAITAN-SYAITAN DUNIA… WALAH A’LAM SAMPAI BILA KITA MENERUSKAN PERBINCANGAN INI… HANYA SALAHUDDIN AL-AYUBI SAHAJA YANG DAPAT MENGAJAR MEREKA… YA ALLAH KURNIAKANLAH KEPADA KAMI PEMIMPIN YANG LAHIR DARI ZURIAT KAMI YANG PALING SUCI UNTUK MEMIMPIN KAMI.. AMIN YA RABBAL ALAMIN…

Seminar terbuka Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) siri jelajah Malaysia 2010 peringkat negeri Pahang yang sepatutnya berlangsung di Kompleks Dagangan Mahkota pada hari Sabtu 30 Oktober lepas terpaksa dibatalkan. Seminar yang bertemakan “Kembalikan Khilafah Selamatkan Dunia” itu dibatalkan di saat-saat akhir kerana pihak premis telah menarik balik kebenaran secara tiba-tiba pada petang Jumaat sebelumnya walaupun kebenaran bertulis secara hitam putih telah pun diberi lebih kurang sebulan sebelumnya dan kesemua bayaran telah pun dijelaskan. Kami dimaklumkan oleh pihak premis bahawa mereka diarahkan oleh unit Cawangan Khas (SB) PDRM untuk membatalkan seminar ini. Kami telah berusaha untuk berunding dengan pihak premis, namun gagal. Jawapan yang kami terima ialah “ini adalah keputusan pengurus besar” manakala apabila kami meminta untuk berjumpa dengan pengurus besar, dia tidak ada di pejabat dan tidak dapat dihubungi.
Walaupun pihak premis memberi beberapa alasan lain yang tidak munasabah, namun apa yang nyata sebenarnya ialah pembatalan ini dibuat kerana adanya desakan dari pihak PDRM yang menyatakan bahawa seminar ini tidak mendapat permit. Walhal sesungguhnya seminar ini diadakan di tempat tertutup yang mana mengikut undang-undang Malaysia tidak memerlukan sebarang permit. Walaupun kami telah menjelaskan perkara ini kepada pihak premis, namun mereka tetap tidak menerimanya.
Nampakya pihak premis telah tunduk kepada arahan PDRM walaupun arahan PDRM adalah bertentangan dengan undang-undang, malah arahan PDRM ini sebenarnya bertentangan dengan Islam kerana mereka sebenarnya cuba menghalang pihak kami dari menyampaikan Islam.
Seminggu sebelumnya, pihak SB telah menahan salah seorang anggota HTM di Masjid Negeri, Kuantan kerana ‘kesalahan’ menyebarkan flyers yang mengandungi iklan seminar. Satu hal yang bertentangan dengan undang-undang dan langsung tidak masuk akal apabila sebaran flyers (iklan) pun dikatakan kesalahan! Anggota kami turut dikasari semasa ditahan dan apabila anggota kami mengingatkan mereka bahawa apa yang kami lakukan tidak bersalahan dengan undang-undang dan kerja kami adalah untuk menyampaikan Islam yang mana kewajipan yang sama terkena ke atas mereka, namun mereka menjawab “kami (SB) hanya mengikut arahan orang atas”.
Pada hari seminar tersebut, pintu dewan telah dikunci dan tiada sesiapa yang dibenarkan masuk. Presiden dan Timbalan Presiden HTM, Ustaz Abdul Hakim Othman dan Ustaz Umar Husien yang masing-masing sepatutnya menjadi ahli panel dalam seminar tersebut hadir seawal 8 pagi bersama beberapa orang petugas seminar yang hanya mampu berdiri di luar dewan dan melayan orang ramai yang berdatangan. Mereka yang hadir meluahkan rasa hampa dan kecewa dengan tindakan polis dan pihak premis yang membatalkan seminar ini. Sekitar 10 orang anggota polis lengkap beruniform telah ditugaskan ke sana. Juga, sekitar 6-8 SB turut kelihatan berkeliaran dan ada yang mengambil gambar dan video secara sembunyi-sembunyi.
Tiada kata-kata yang dapat kami luahkan bagi menggambarkan sikap para SB/PDRM ini terhadap perjuangan menegakkan Islam di muka bumi ini. Maha Suci Allah yang telah menjelaskan sikap mereka terhadap agamaNya,
“Dan apabila dikatakan kepada mereka, ‘Marilah berhukum kepada apa yang diturunkan oleh Allah dan Rasul(Nya)’ nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu” [TMQ An-Nisa (5):61].
Tidak kiralah siapa ketua mereka yang memberikan arahan, baik dari kalangan pegawai atasan polis, ketua polis sendiri, mahupun menteri atau perdana menteri sekalipun, nampaknya dengan sedikit kuasa yang ada pada mereka di dunia ini, sungguh berani mereka menghalang usaha menegakkan agama Allah. Ya, mereka boleh menunjukkan kuasa dan kesombongan di dunia fana ini, namun demi Allah, di akhirat nanti akan rugilah mereka dan akan celakalah mereka serta akan menyesallah mereka dengan apa yang mereka lakukan ini. Sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan melepaskan mereka mahupun ketua mereka dari azabNya. Inilah janji Allah. Allah SWT berfirman,
“Dan mereka semuanya (di padang Mahsyar) akan berkumpul menghadap ke hadirat Allah, lalu berkatalah orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) kepada orang-orang yang sombong (yang menjadi pemimpinnya), ‘Sesungguhnya kami dahulu (di dunia) adalah pengikut-pengikutmu, maka dapatkah kamu menghindar daripada kami sedikit dari azab Allah?’ Mereka (pemimpin) menjawab, ‘Kalaulah Allah memberi petunjuk kepada kami, nescaya kami dapat memberi petunjuk kepada kamu. (Sekarang) sama sahaja bagi kita, sama ada kita mengeluh atau kita bersabar, sekali-kali kita tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri (dari azab Allah)” [TMQ Ibrahim (14):21].
“Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya), ‘Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah’. Dan mereka berkata lagi, ‘Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!" [Al-Ahzab (33):66-68].
Walaupun mereka dapat menghalang kami dari mengadakan seminar ini, namun demi Allah, kita semua yakin bahawa mereka sekali-kali tidak akan dapat menghalang agama Allah dari ditegakkan.
Insya Allah, kami akan berusaha untuk mengadakan lagi seminar ini dalam masa terdekat. Semoga Allah sentiasa memberkati usaha hamba-hambaNya yang ikhlas untuk menegakkan agamaNya.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih dan memohon maaf kepada mereka yang telah hadir ke seminar tersebut.
HIZBUT TAHRIR MALAYSIA (HTM)
22 Zulkaedah 1431H
30 Oktober 2010
Dengan meneliti ucapan Najib di PBB, nampaknya Perdana Menteri Malaysia ini masih terus percaya dan menaruh harapan kepada badan kufur terbesar di dunia itu. Najib juga dalam ucapannya menaruh keyakinan bahawa PBB adalah badan antarabangsa yang berfungsi sebagai pembawa keamanan dan kesejahteraan dunia. Sungguh mengecewakan apabila di dalam ucapan sulungnya di PBB sebagai Perdana Menteri, Najib menunjukkan sikap bahawa Malaysia menaruh harapan tinggi bahawa dunia akan menjadi lebih baik melalui peranan yang dimainkan oleh PBB. Isu ekstremis yang didendangkan Najib juga menunjukkan betapa pemikiran beliau masih tegar berada di bawah pengaruh dan belenggu kempen keganasan oleh Amerika Syarikat (AS) yang cuba melabelkan manusia, khususnya umat/gerakan Islam yang menjadi musuhnya, sebagai ekstremis. Apakah Perdana Menteri Malaysia ini masih tidak sedar bahawa PBB hanyalah sebuah kuda tunggangan AS yang telah digunakan untuk memerangi umat Islam selama ini? Malah kewujudan PBB itu sendiri (yang asalnya bermula dari gabungan International Family kemudian menjadi League of Nations, kemudian ditukar kepada United Nations) adalah hasil rekayasa negara-negara Kristian Eropah yang berusaha menjatuhkan Daulah Islam. Sejak mula ditubuhkan lagi, baik dari segi undang-undang mahupun politik, PBB merupakan sebuah organisasi yang tertolak oleh akal yang waras. Adakah logik apabila ratusan negara yang berada di dalamnya (yang dikatakan ‘bersatu’) tetapi kata pemutus (veto) hanyalah terletak kepada 5 negara kuasa besar iaitu AS, Britain, Perancis, Rusia dan China yang menguasai Dewan Keamanan (Security Council) yang merupakan organ tertinggi dalam badan kufur dunia itu? Sesungguhnya PBB tidak ubah umpama sebuah tempat di mana berhimpunnya ratusan kambing bersama 5 ekor harimau di dalam kandang yang sama. Di situlah tempat santapan lazat bagi sang harimau untuk membaham mangsanya yang telah bersedia menyerahkan tengkuk masing-masing.
Sebab-sebab Penderitaan Dunia
Tidak diragukan lagi dunia telah dan sedang mengalami penderitaan yang amat parah kerana ulah negara-negara adidaya (super power), iaitu sejak mereka mencengkam dunia dengan kekuatan yang mereka miliki. Dunia juga menderita disebabkan apa yang mereka (negara-negara adidaya ini) cipta berupa konsep Keluarga Antarabangsa (International Family) atau Komuniti Antarabangsa (International Community). Dunia juga menderita kerana penjajahan yang muncul sejak adanya ideologi kapitalisme, yakni sejak munculnya imperialisme. Dunia akan terus menderita selama mana (i) ‘mitos’ Komuniti Antarabangsa atau Keluarga Antarabangsa masih ada (ii) selama mana negara-negara adidaya masih terus bersaing untuk mencengkam dunia dan (iii) selama mana imperialisme masih ada, meskipun bentuk dan caranya berubah-ubah. Kerana itu, membebaskan dunia dari penderitaan yang menimpanya dan menempatkannya pada jalan kebahagiaan tidak akan mungkin dicapai, kecuali jika tiga perkara ini telah diselesaikan.
Tentang Komuniti Antarabangsa, sesungguhnya asas lahirnya idea ini adalah batil. Ia bermula dengan himpunan negara-negara Kristian di Eropah Barat yang muncul untuk membentuk sebuah organisasi yang mampu menghadapi Daulah Khilafah. Kemudian bergabunglah bersamanya negara-negara Kristian di Eropah Timur sehingga terbentuklah komuniti negara-negara Kristian Eropah. Ini berlangsung sejak abad ke-16 (yakni sejak Daulah Islam memiliki kekuatan yang dapat melumpuhkan Eropah) sehingga separuh kedua abad ke-19 (tahun 1856), ketika Daulah Islam telah melemah sehingga disebut sebagai ‘The Sick Man of Europe’ (Orang Sakit Eropah). Pada saat itu muncul konspirasi untuk membahagi-bahagi ‘pusaka’ orang sakit itu, iaitu membahagi-bahagi wilayah kekuasaan Daulah Khilafah. Selama jangka waktu kira-kira hampir 3 abad tersebut, Komuniti Antarabangsa diertikan sebagai Komuniti Kristian dan merupakan musuh Daulah Islam. Meskipun komuniti ini hanya terbatas pada negara-negara Kristian sahaja, malah lebih tepat negara-negara Kristian di Eropah sahaja, dan mereka pun tidak membolehkan negara-negara non-Kristian masuk ke dalamnya, tetapi mereka menyebutnya sebagai Keluarga Antarabangsa dan Komuniti Antarabangsa. Mereka melekatkan sifat ‘antarabangsa’ pada komuniti tersebut lalu membatasi pembahasan ‘urusan-urusan antarabangsa’ hanya pada komuniti tersebut, bukan pada komuniti lainnya. Oleh kerana komuniti ini telah diberi sifat ‘antarabangsa’, maka mereka pun berusaha melestarikan sifat antarabangsa ini di dalam tubuh mereka dan membincangkan isu-isu antarabangsa seolah-olah mereka sahajalah yang layak untuk berbuat demikian.
Untuk mengatur dan memastikan komuniti ini terus wujud, disusunlah pula prinsip-prinsip tradisional yang kemudian disebut sebagai ‘Undang-undang Antarabangsa’. Mereka memfokuskan kesepakatan-kesepakatan antarabangsa yang berlaku di antara negara-negara Kristian dan juga konvensyen-konvensyen (kebiasaan-kebiasaan) yang menjadi acuan di dalam masyarakat Kristian. Dari itu semua, mereka lalu membuat prinsip-prinsip yang mereka jadikan prinsip antarabangsa, atau apa yang disebut sebagai ‘Undang-undang Antarabangsa’. Walhal, Komuniti Antarabangsa pada asalnya dibangun atas dasar kekeluargaan di antara negara-negara Kristian Eropah semata-mata. Undang-undang Antarabangsa pun pada mulanya juga hanyalah berupa perjanjian-perjanjian yang berlaku di antara negara-negara Kristian sahaja. Amat jelas bahawa penggunaan istilah ‘Komuniti Antarabangsa’ oleh negara-negara Kristian (pada waktu itu) yang hanya merujuk kepada negara-negara Kristian Eropah sahaja dapat dianggap sebagai suatu pembohongan dan penyesatan yang nyata. Ini adalah kerana hakikatnya, dunia ini bukanlah hanya terdiri dari komuniti negara-negara Kristian Eropah semata-mata. Begitu juga dengan penggunaan istilah ‘Undang-undang Antarabangsa’ yang hanya digunakan untuk merujuk kepada pelbagai perjanjian dan konvensyen negara-negara Kristian sahaja, semua ini merupakan kebohongan dan kedustaan. Selayaknya, pemikiran yang harus dijadikan Undang-undang Antarabangsa bukanlah perjanjian dan konvensyen di kalangan negara-negara Kristian semata-mata, tetapi ia haruslah diasaskan oleh seluruh konvensyen, kesepakatan dan perjanjian dari seluruh masyarakat yang ada di dunia secara keseluruhan. Kerana itu, konsep Komuniti Antarabangsa yang ada sekarang dilihat dari asasnya adalah salah. Begitulah juga dengan Undang-undang Antarabangsa yang lahir dari situ, sama-sama wujud atas asas yang salah.
Negara-negara Kristian pada ketika itu tidak mahu menerima penggabungan negara-negara lain ke dalam komuniti mereka. Hanya pada separuh kedua abad ke-19, barulah mereka mula menerima keanggotaan sebahagian negara-negara non-Kristian ke dalamnya. Namun, mereka tetap tidak menerima prinsip lain untuk digunapakai kecuali prinsip-prinsip tradisional yang telah mereka tetapkan sebagai asas bahawa mereka adalah negara-negara Kristian. Kerana itulah (pada waktu itu) mereka menuntut Daulah Uthmaniyyah untuk meninggalkan hukum Islam dalam urusan antarabangsa dan mensyaratkan hal itu (meninggalkan hukum Islam) bagi Daulah Uthmaniyyah jika ingin bergabung ke dalam Komuniti Antarabangsa. Negara-negara Kristian itu tidak mahu menyetujui masuknya Daulah Islam kecuali setelah Daulah Uthmaniyyah menerima persyaratan itu. Kesilapan Khilafah saat itu adalah apabila ia tunduk kepada prinsip-prinsip tradisional yang berlaku di kalangan negara-negara Kristian Eropah. Walaupun komuniti Kristian telah membuka ruang untuk negara-negara lain (selain negara Kristian) bergabung ke dalam komunitinya, namun mereka tetap tidak bertolak ansur sama sekali jika adanya pengaruh dari prinsip-prinsip dan konvensyen-konvensyen lainnya (selain dari yang telah mereka tetapkan) di dalam ‘hubungan antarabangsa’ sesama mereka. Beginilah keadaannya sehinggalah berakhir Perang Dunia I dan Daulah Khilafah dihancurkan.
Pasca Perang Dunia I negara-negara Kristian telah sepakat untuk mewujudkan sebuah organisasi antarabangsa yang akan ‘menjelmakan’ Komuniti Antarabangsa itu. Namun pada awalnya mereka belum menjadikan organisasi itu bersifat umum untuk seluruh negara di dunia, tetapi masih terbatas untuk negara-negara tertentu sahaja. Oleh itu, mereka hanya menerima sebahagian negara-negara non-Kristian dan non-Eropah namun tetap tidak menerima kecuali prinsip-prinsip tradisional yang diamalkan negara-negara Kristian Eropah sahaja. Mereka tidak mempedulikan konvensyen dan pemikiran negara-negara lain di dunia. Oleh kerana istilah ‘Komuniti Antarabangsa’ adalah merujuk kepada negara-negara Kristian Eropah, maka masuknya negara-negara lain (selain negara Kristian) ke dalam League of Nations ( Liga Bangsa-Bangsa, LBB) memberi erti bahawa mereka telah diterima masuk ke dalam ‘Komuniti Kristian Antarabangsa’. Begitulah nasib yang menimpa Daulah Islam yang telah terjerumus ke dalam komuniti tersebut.
Kemudian, setelah berdirinya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1945, wujud keinginan untuk membatasi keanggotaannya hanya pada negara-negara yang terjun ke dalam peperangan melawan Jerman iaitu negara-negara Kristian dan negara-negara lain yang mengikutinya. Akan tetapi, oleh kerana Amerika Syarikat (AS) ingin memperluas pengaruhnya di dunia dan memasukkan negara-negara di dunia di bawah hegemoninya, AS memperluas keanggotaan PBB dan membolehkan negara-negara di dunia untuk masuk ke dalamnya. Namun demikian, AS dan negara-negara Kristian lainnya tetap tidak mengkompromi prinsip mana pun untuk masuk ke dalam Undang-Undang Antarabangsa dan peraturan PBB itu kecuali prinsip-prinsip kufur ciptaan mereka sahaja dan inilah yang dijadikan asas peraturan PBB dan juga Undang-undang Antarabangsa. Bahkan, Blok Timur di bawah kepemimpinan Rusia, meskipun mereka meyakini ideologi Komunisme (yang bertentangan dengan peraturan Kapitalis dan prinsip-prinsip negara Kristian) tetap sahaja tidak mampu sedikit pun mengubah asas peraturan antarabangsa itu. Blok Timur juga tidak mampu memasukkan walau sebahagian pemikiran (sosialis)nya ke dalam peraturan antarabangsa ini. Begitulah bagaimana kuatnya dominasi ideologi Kapitalisme dan undang-undang kufur ciptaan mereka mendominasi PBB, sehinggalah sekarang.
Dari itu, prinsip-prinsip tradisional negara-negara Kristian (atau negara-negara Kapitalis) inilah yang kini mencengkam komuniti manusia di seluruh dunia dan menyebabkan penderitaan yang tidak berkesudahan sehingga kini. Mereka mengabaikan sama sekali pelbagai konvensyen dan pemikiran negara-negara lain apatah lagi jika menyentuh pemikiran atau undang-undang Islam. Pada hakikatnya, pertubuhan dunia yang wujud pada hari ini tetap sahaja didominasi oleh pemikiran dan undang-undang kufur walau berapa banyak sekalipun negara-negara umat Islam telah menyertainya. Kerana itulah, kita mestilah memahami dan menilai kembali konsep Komuniti Antarabangsa ini yang kononnya menghimpunkan negara-negara yang ‘bersatu’ di bawahnya. Jelas sekali bahawa ini merupakan salah satu penyebab utama kepada penderitaan dunia kerana demi sesungguhnya sebuah pertubuhan kufur antarabangsa yang dilunasi dengan undang-undang kufur tidak akan dapat membawa keadilan apatah lagi untuk mensejahterakan dunia, malah sebaliknya ia akan pasti mengakibatkan kerosakan demi kerosakan. Mana mungkin sebuah badan kufur dan undang-undang kufur boleh membawa keadilan dan keamanan kepada dunia?
Suatu hal yang menambahkan lagi penderitaan dunia, khususnya ke atas dunia umat Islam, negara-negara kuffar ini tidak hanya menyerahkan urusan pelaksanaan prinsip-prinsip tradisional tersebut (yang mereka panggil sebagai Undang-Undang Antarabangsa) kepada hukuman moral (moral sanction) sahaja, bahkan negara-negara kapitalis itu memaksa penerapan prinsip-prinsip ini dengan kuku besi. Negara-negara adidaya yang menguasai pertubuhan dunia ini telah menjadikan diri mereka sebagai badan (‘polis’) yang menjaga keamanan dan peraturan di kalangan masyarakat antarabangsa dan melakukan campurtangan ke atas negara-negara lain ketika tampak ada ‘ancaman keamanan atau pelanggaran peraturan’. Negara-negara Kristian Barat, baik secara kolektif atau secara unilateral, telah menjadikan diri mereka sebagai ‘polis dunia’ untuk menerapkan peraturan antarabangsa. Ini berlangsung sehinggalah terbentuknya LBB. Kemudian setelah terbentuknya PBB, negara-negara kapitalis ini tetap menjadikan diri mereka sebagai polis dunia untuk melaksanakan peraturan dan Undang-Undang Antarabangsa. Itulah yang menyebabkan AS dan Britain masuk ke Timur Tengah pada tahun 1958 dengan menurunkan pasukan-pasukan AS di Lebanon dan pasukan-pasukan Britain di Jordan. Demikian pula halnya ketika AS dan Britain memerangi Irak pada tahun 2003 dan banyak lagi contoh lainnya di mana mereka memerangi negara umat Islam atas alasan menjaga keamanan dunia! [sila baca perbincangan menyeluruh tentang sebab-sebab penderitaan dunia di dalam kitab Mafahim Siyasiyah Li Hizbut Tahrir].
Semua ini tidak lain adalah merupakan contoh bahawa negara-negara kapitalis telah menjadikan diri mereka sebagai polis dunia untuk melaksanakan Undang-Undang Antarabangsa, atau apa yang mereka sebut sebagai the world order (Tata Dunia). Sejak jatuhnya Daulah Khilafah dan setelah pertubuhan dunia dan undang-undang dunia dikuasai sepenuhnya oleh puak kuffar Kapitalis ini, maka hingga kini dunia terus dihimpit kesengsaraan dan penderitaan kerana hukum-hukum kufur terus menjadi penaung dunia, bukannya hukum-hukum Allah. Orang buta sekalipun mengetahui bahawa PBB hanyalah sebuah badan yang senantiasa dipergunakan dan memberi kepentingan kepada puak kuffar sahaja. PBBlah yang melahirkan Israel dan PBBlah yang mengenakan pelbagai sekatan ke atas negara umat Islam sehingga berlaku korban dan penderitaan yang tidak berkesudahan. AS yang kini menguasai PBB melakukan penjajahan baik secara langsung mahupun tidak langsung ke atas negara umat Islam, namun PBB diam membatu. Umat Islam diperangi dan dibunuh sesuka hati, malah sering berlaku pembunuhan beramai-ramai secara brutal ke atas umat Islam, namun badan dunia itu tetap membisu. Kekayaan negara umat Islam dikaut dengan lahap dan habis-habisan oleh imperalis Barat, namun Komuniti Antarabangsa yang bergelar PBB itu tetap sahaja menonton dan ‘merestuinya’. Inilah realiti PBB!
Khatimah
Wahai kaum Muslimin! Sedarlah bahawa pemimpin kalian hari ini hanyalah pak turut kepada PBB dan juga Amerika. Dunia Islam menderita kerana metafora extremism dan terrorism yang dilaung Barat disambut baik oleh para pemimpin kalian. PBB menjadi ‘mesin pemusnah’ umat Islam di mana AS adalah pengendali dan para pemimpin umat Islam menjadi pembantu-pembantunya. Sungguh, dunia ini tidak akan pernah aman selama mana masih wujud para pemimpin Islam yang berharap kepada pertubuhan kufur dan berucap di pentas kufur seperti PBB. Dengan ketundukan mereka kepada kehendak Barat, mereka sebenarnya telah menjadi penyumbang besar kepada penderitaan dunia, khususnya ke atas umat Islam itu sendiri. Pemimpin inilah yang sebenarnya menjadi pengancam kepada keamanan dan kesejahteraan umat Islam kerana mereka menginginkan keamanan bagi puak kuffar dengan cara-cara yang telah digariskan oleh puak kuffar! Mereka tidak melaksanakan jihad ke atas Barat sebaliknya berbaik dengan Barat yang jelas-jelas merupakan musuh Allah. Mereka akan melabel gerakan Islam sebagai ekstremis dan teroris sebelum Barat sendiri berbuat demikian. Sesungguhnya Barat dan pemimpin yang berkiblatkan Barat, merekalah sebenar-benar penghalang kepada kebangkitan Islam dan menjadi penyebab kepada penderitaan dan kesengsaraan dunia. Sesungguhnya tidak ada jalan lain untuk menghapuskan semua penderitaan dunia kecuali dengan mengembalikan semula Daulah Khilafah ke persada politik antarabangsa yang akan menaungi dunia dengan hukum Allah.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan Taklimat Presiden di perhimpunan assabiyyah Melayu terbesar itu. Tema ‘model politik baru’ yang dibawa Najib nampaknya cuba menyuntik semangat baru pada pimpinan dan ahli-ahli UMNO yang semakin ditolak rakyat itu. Dalam masa yang sama, ia bermaksud bahawa model politik yang diamalkan oleh UMNO sebelum-sebelum ini adalah suatu yang lapuk yang bersifat tertutup, ekslusif dan tidak demokratik. Entah apa agaknya pembaharuan politik yang akan dilakukan oleh presiden UMNO yang ke-6 ini tetapi suatu yang pasti ialah UMNO tidak akan berubah sebagai sebuah parti politik Melayu yang memperjuangkan assabiyyah yang diharamkan oleh Islam. Juga, model politik baru yang diperkenalkan ini juga hakikatnya hanyalah sekadar sulaman penghias politik sekular yang sedia ada tanpa sedikitpun terlepas dari asas sekularnya. Seperkara lagi yang menjadi kebiasaan di dalam setiap perhimpunan agung UMNO adalah isu kuasa politik atau ketuanan Melayu. Isu ini amat penting dan perlu sering dimainkan agar orang-orang Melayu tetap memberikan mandat pemerintahan negara kepada UMNO.
Tanggungjawab Politik Pemerintah
Sesungguhnya pemerintahan dan politik adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Tanggungjawab pemerintah Muslim di dalam Islam adalah untuk menerapkan hukum Allah, bukannya hukum kufur. Islam menggariskan tujuh syarat untuk seseorang itu menjadi pemimpin yakni Muslim (bukannya Melayu), lelaki, baligh, berakal, adil, merdeka dan mampu. Selain itu, terdapat syarat afdhaliyyah (keutamaan) seperti ia hendaklah seorang mujtahid, keturunan Quraisy, pemberani, ahli politik yang ulung, ahli peperangan dan seumpamanya. Harus difahami bahawa tugas kepimpinan adalah tugas siyasah (politik) yang bermaksud ria’yah asy-syu’un al-ummah (mengurusi urusan umat). Oleh kerana itu, sifat takwa perlu ada pada seseorang pemimpin agar ia mengatur umat dengan penuh amanah. Di dalam perlantikan pemimpin, Rasulullah SAW amat memerhatikan hal ini. Sulaiman ibnu Buraidah menuturkan dari bapanya bahawa ia berkata,
“Rasulullah apabila mengangkat seorang pemimpin pasukan atau ekspedisi pasukan (sariyah) selalu mewasiatkan takwa kepadanya dan berbuat baik terhadap kaum Muslimin yang bersama dengannya” [HR Muslim].
Apabila seseorang pemimpin mempunyai ketakwaan iaitu sikap takut kepada Allah dan muraqabah (merasa sentiasa diawasi oleh Allah), baik dalam keadaan sembunyi mahupun terang, maka sikap ini akan menjauhkannya dari bersifat zalim.
Allah SWT telah mewajibkan seorang pemimpin untuk memberikan nasihat yang baik kepada rakyatnya dan Allah mengingatkannya untuk sentiasa amanah dalam mengelola harta negara. Allah mengharamkan syurga bagi para pemimpin yang tidak memberikan nasihat kepada umat atau kepada pemimpin yang menipu atau suka mengambil harta rakyatnya. Ma’qil bin Yasar r.a. menuturkan bahawa ia mendengar Rasulullah SAW bersabda,
“Siapa sahaja yang diberi kedudukan oleh Allah untuk mengurus umat dan ia tidak memberi nasihat yang tulus kepada mereka (umat), ia tidak akan mencium bau syurga” [HR Bukhari].
Rasulullah SAW juga bersabda, “Siapa sahaja pemimpin yang mengurusi kaum Muslimin, kemudian dia mati dalam keadaan menipu mereka, maka Allah mengharamkan syurga baginya” [HR Bukhari & Muslim].
Abu Said r.a. juga berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Setiap pengkhianat akan membawa sebuah bendera pada Hari Pembalasan yang akan dikibarkan sama tinggi dengan (tingkat) pengkhianatannya dan tidak ada pengkhianatan yang lebih besar daripada pengkhianatan (yang dilakukan oleh) seorang pemimpin umat” [HR Muslim].
Di dalam menguruskan umat (politik) Allah SWT telah menetapkan peraturan yang wajib digunapakai oleh pemimpin untuk memimpin rakyatnya. Para pemimpin wajib memerintah dengan Kitabullah dan Sunnah RasulNya. Allah SWT melarang sama sekali pemimpin menggunapakai sistem dan undang-undang selain Islam. FirmanNya,
“...Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir” [TMQ al-Ma’idah (5):44].
“...Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim” [TMQ al-Ma’idah (5):45].
“...Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik” [TMQ al-Ma’idah (5):47].
Allah SWT tidak memberi pilihan sama sekali kepada manusia kecuali wajib berhukum dengan hukumNya. Oleh itu, di bahu pemimpin terletak satu beban yang besar yakni menerapkan hukum Allah. Inilah tanggungjawab politik (political responsibilities) seseorang pemimpin yang mana jika ia gagal menguruskan umat ini dengan hukum Islam, maka nerakalah yang layak baginya. Sesungguhnya kepimpinan itu adalah suatu amanah yang amat besar dan berat. Abu Dzar r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah SAW,
“Wahai Rasulullah, apakah engkau tidak berkenan mengangkat diriku sebagai pemimpin wilayah?’ Rasulullah kemudian menjawab seraya menepuk-nepuk kedua bahunya, ‘Wahai Abu Dzar, kamu adalah seorang yang lemah, sedangkan tugas itu adalah suatu amanah yang akan membuat orang menjadi hina dan menyesal pada Hari Kiamat, kecuali jika ia mampu menunaikan hak dan kewajiban yang dipikulkan kepadanya” [HR Muslim].
Definisi Politik Dan Perjuangan Politik
Politik (siyasah) bermaksud ri’ayah asy-syu’un al-ummah (mengatur urusan umat), baik di dalam mahupun luar negeri. Politik dilaksanakan baik oleh negara mahupun rakyat. Tugas Negara adalah mengurus kepentingan umat manakala tugas umat adalah melakukan muhasabah terhadap Negara (pemerintah). Inilah politik. Namun, sejak Daulah Khilafah dihancurkan pada 28 Rajab 1342 H (3 Mac 1924), sistem politik Islam sudah tidak lagi diamalkan yang seterusnya diganti oleh sistem politik kufur. Sejak itulah masuknya pelbagai konsep politik kufur Barat yang tertegak di atas ideologi Kapitalisme yang bersifat faslu ad-deen ‘an al-hayah (memisahkan agama dari kehidupan). Memisahkan politik dari agama dan kehidupan bermakna menghancurkan Islam, sistem-sistemnya, undang-undangnya, nilai-nilai dan peradabannya serta menghancurkan umat Islam itu sendiri. Negara-negara Kapitalis penjajah adalah negara penganut doktrin pemisahan agama dari kehidupan dan politik (sekular). Mereka secara aktif menyebarluaskan doktrin ini dan menerapkannya di negeri-negeri kaum Muslimin. Mereka menyesatkan dan menggambarkan kepada umat Islam bahawa politik tidak sejalan dan tidak boleh dicampuradukkan dengan agama. Mereka menyatakan bahawa politik itu adalah pragmatis, lalu umat Islam dijauhkan dari kefahaman politik yang sebenar dan ‘dipaksa’ menerima definisi politik seadanya (yang dibawa Barat) dan mustahil untuk mengubahnya. Hal ini dimaksudkan agar umat, termasuk para ulama, menjauhi politik (malah ada yang menyifatkannya keji/kotor) dan natijahnya mereka (umat Islam) tetap berada di bawah penguasaan politik dan telunjuk Barat yang kafir.
Kuffar Barat berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan umat Islam terus menjauhi politik, agar umat terus lesu dan tenggelam di dalam perkara-perkara ‘ibadah’ tanpa memperhatikan aspek sistem dan undang-undang yang diterapkan dalam negara dan tanpa memperhatikan apakah aktiviti penguasa bertepatan dengan hukum syarak atau tidak. Kaum kafir juga cuba menjauhkan umat dari kelompok-kelompok politik atau dari keterlibatan dalam bidang politik, tetapi menggalakkan penubuhan atau penglibatan di dalam badan-badan bukan kerajaan (NGO), badan-badan khairat (kebajikan), seni, persatuan-persatuan dan seumpamanya. Dengan menjauhkan umat Islam dari politik, maka Barat berjaya menyibukkan umat Islam dengan perbincangan dan perbalahan yang tak berkesudahan mengenai perkara-perkara sunat dan makruh dan perkara remeh-temeh lainnya tanpa menghiraukan perkara-perkara wajib dan haram khususnya di dalam aspek pemerintahan! Puak kuffar ini sedar bahawa umat Islam tidak akan berupaya menyerang pemikiran politik kufur (yang mereka bawa/sebarkan) tanpa kewujudan aktiviti politik atau terlibat dalam organisasi politik yang berasaskan Islam. Barat sedar bahawa tanpa kesedaran politik dan tanpa penglibatan umat Islam di dalam politik Islam (untuk menyerang politik kufur), maka, pemimpin sekular, sistem kufur sekular dan undang-undang kufur yang diamalkan di negara kaum Muslimin, akan terus dapat dipertahankan kewujudannya. Tanpa kesedaran dan aktiviti politik juga, umat Islam tidak mampu menemui jalan yang boleh membangkitkan mereka dan terus hanyut di dalam arus kejahilan. Inilah yang dikehendaki oleh Barat.
Tidak berhenti di situ, apabila Barat mendapat tahu bahawa terdapat parti politik yang berusaha membangkitkan umat dengan (aktiviti politik) membongkar kejahatan penguasa-penguasa sekular dan membongkar agenda Barat ke atas umat Islam dan ingin menerapkan hukum Islam secara kaffah (menyeluruh), maka Barat terus mengisytiharkan ‘perang’ ke atas parti politik tersebut. Apatah lagi jika sesebuah parti politik itu bersifat internasional yang menyeru penyatuan umat Islam di bawah satu pemerintahan (Daulah Khilafah) tanpa mengira sempadan, bangsa, keturunan, warna kulit dan bahasa, Barat akan terus mengaitkan parti politik tersebut dengan ekstremisme, radikalisme dan terorisme. Namun jika sesebuah parti politik itu bersifat lokal dan masuk ke dalam acuan demokrasi, maka hal ini dibiarkan sahaja oleh Barat kerana ia tidak mengancam kepentingan mereka.
Oleh sebab itu, umat Islam harus memahami sepak-terajang di sebalik perseteruan negara-negara kafir dan penguasa-penguasa sekular yang berkiblatkan Barat dengan kelompok-kelompok Islam yang berjuang di bidang politik untuk memerangi pemikiran-pemikiran kufur, sistem dan undang-undang kufur seterusnya menegakkan pemerintahan Islam (yakni) Daulah Khilafah. Umat Islam harus memahami definisi politik dengan benar, baik secara bahasa mahupun secara syar’i dan bahawa politik Islam itu tidak dapat dipisahkan dari Daulah Islam! Politik Islam juga tidak akan dapat direalisasikan tanpa adanya Negara Islam. Tanpa Negara Islam (Khilafah), Islam sebenarnya mati secara politis kerana Khilafah merupakan institusi politik umat Islam yang menerap, menjaga dan menyebarkan risalah Islam ke seluruh penjuru alam. Inilah metod syar’iyyah untuk menerapkan sistem dan hukum Islam di dalam kehidupan, iaitu dengan adanya aktiviti politik dan parti politik yang berusaha untuk menegakkan sebuah Negara Islam (Khilafah) yang seterusnya akan menggantikan pemerintahan kufur-sekular, pemikiran kufur-sekular serta sistem dan undang-undang kufur yang membelenggu umat Islam selama ini.
Tanggungjawab Politik Rakyat
Selain pemimpin yang mempunyai tanggungjawab politik, Allah SWT juga memberi tugas politik kepada umat Islam secara keseluruhan untuk menjadi pengawas kepada pemimpin bagi memastikan pemimpin menjalankan tanggungjawab mereka sepenuhnya. Betapa wajib dan mulianya tugas ini sehingga Rasulullah SAW menjelaskan bahawa sesiapa sahaja yang mati di dalam proses menentang kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin merupakan penghulu syuhada’. Sabda Rasulullah SAW,
“Penghulu syuhada’ adalah Hamzah bin Abdul Mutalib dan orang-orang yang berdiri di hadapan penguasa yang zalim, memerintahkannya kepada kemakrufan dan melarangnya dari kemungkaran, kemudian ia (pemimpin tersebut) membunuhnya” [HR Hakim].
Islam menegaskan bahawa sesiapa sahaja yang berdiam diri (redha) dengan perbuatan salah yang dilakukan oleh pemimpin, malah secara sukarela mengikutinya, maka dia akan dipertanggungjawabkan (dihisab) di hadapan Allah dan dia tidak akan terlepas dari azab Allah. Rasulullah SAW bersabda,
“Akan ada para pemimpin, lalu kalian (ada yang) mengakui perbuatan (salah)nya dan (ada yang) mengingkarinya. Siapa sahaja yang mengingkari (kejahatan)nya maka dia tidak akan diminta pertanggungjawaban (tidak dihisab) dan dia akan selamat (dari azab). Tetapi siapa sahaja yang redha dan mengikuti (perbuatan salah)nya (dia akan celaka). Para sahabat bertanya, ‘Tidakkah kita perangi sahaja mereka?’ Baginda bersabda, ‘Tidak, selama mereka masih menegakkan solat (hukum Islam)” [HR Muslim].
Haram hukumnya bagi umat Islam untuk berdiam diri dengan tindakan maksiat pemerintah. Muhasabah pemerintah adalah suatu tindakan politik dan ia wajib dilakukan oleh setiap Muslim. Di dalam hadis di atas, Rasulullah SAW memerintahkan agar kita menentang tindakan salah/maksiat dari para pemimpin. Muhasabah ke atas pemimpin wajib dilakukan dengan apa cara sekalipun sama ada secara perseorangan mahupun berjamaah, baik di dalam bentuk bersemuka, demonstrasi aman, melalui lisan mahupun penulisan. Malah jika tidak mampu melakukan itu semua, maka selemah-lemah iman adalah wajib untuk tidak redha (dengan hati) dengan kemaksiatan yang dilakukan oleh pemimpin. Siapa sahaja yang tidak mengingkari kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin, maka dia telah berdosa di sisi Allah dan layak menerima azab, sebagaimana disebut di dalam hadis di atas. Siapa sahaja yang mengikut dan taat kepada pemimpin yang melakukan maksiat ini, maka Allah sekali-kali tidak akan melepaskan kedua-duanya di akhirat kelak. Firman Allah,
“Dan mereka semuanya (di padang Mahsyar) akan berkumpul menghadap ke hadirat Allah, lalu berkatalah orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) kepada orang-orang yang sombong (yang menjadi pemimpinnya), ‘Sesungguhnya kami dahulu (di dunia) adalah pengikut-pengikutmu, maka dapatkah kamu menghindar daripada kami sedikit dari azab Allah?’ Mereka (pemimpin) menjawab, ‘Kalaulah Allah memberi petunjuk kepada kami, nescaya kami dapat memberi petunjuk kepada kamu. (Sekarang) sama sahaja bagi kita, sama ada kita mengeluh atau kita bersabar, sekali-kali kita tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri (dari azab Allah)” [TMQ Ibrahim (14):21].
Di dalam ayat lain, Allah menerangkan,
“...Dan seandainya orang-orang yang melakukan kezaliman itu mengetahui ketika mereka melihat azab (pada hari Kiamat) bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahawa Allah amat berat seksaNya (nescaya mereka tidak akan melakukan kezaliman itu) (iaitu) ketika orang-orang yang diikuti (ketua-ketua) itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutinya, dan mereka melihat azab dan (ketika) segala hubungan antara mereka terputus sama sekali, dan berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut, ‘Seandainya kami dapat kembali (ke dunia) pasti kami akan berlepas diri dari mereka, sebagaimana mereka berlepas diri dari kami (pada hari ini)’. Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatan mereka menjadi penyesalan bagi mereka, dan sekali-kali mereka tidak akan keluar dari (azab) neraka” [TMQ al-Baqarah (2):165-167].
Khatimah
Wahai kaum Muslimin! Kemaksiatan apakah yang lebih besar yang dilakukan oleh pemimpin selain dari tidak menerapkan hukum Allah? Betapa besarnya dosa tidak menerapkan hukum Allah sehingga boleh menjadikan mereka kafir [TMQ al-Ma’idah (5):44]. Juga, antara kemaksiatan yang terbesar ialah apabila para pemimpin ini dengan jelas lagi nyata menyeru kepada assabiyyah (perkauman) dan disahut pula oleh para pengikutnya. Rasulullah SAW menafikan para penyeru dan pejuang assabiyyah ini sebagai umat baginda. Sabda Nabi SAW,
“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].
Wahai insan yang mahu menjadi umat Muhammad dan memperoleh syafaatnya di padang mahsyar nanti! Tinggalkanlah segera seruan dan perjuangan assabiyyah sebelum terlambat!!! Ingatlah bahawa pemerintahan yang ada pada hari ini bukanlah pemerintahan Islam dan wajib diubah. Berjuanglah untuk menegakkan pemerintahan Islam (Khilafah) melalui jalan politik Islam yang sebenar. Ingatlah bahawa berpolitik itu wajib hukumnya dan berpolitik itu boleh membawa seseorang itu ke syurga dan juga ke neraka. Ingatlah bahawa halatuju perjuangan politik, baik model lama mahupun model baru, selama mana ia berteraskan sekularisme yang memisahkan agama dari kehidupan (faslu deen ‘an al-hayah) dan bertunjangkan assabiyyah, maka demi sesungguhnya ia pasti akan menghalakan seseorang itu ke neraka, bukan ke syurga. Al-Quran dan al-Hadis telah pun mengingatkan kalian akan hal ini. Justeru, buatlah pilihan sebelum tiba hari di mana kalian tidak lagi dapat memilih!
Islam bukan ancaman
BRUSSELS 5 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan masyarakat antarabangsa bahawa Islam bukan satu ancaman seperti yang sering dicetuskan oleh ekstremis dalam semua agama. Beliau berkata, masyarakat antarabangsa perlu melihat Malaysia sebagai contoh jelas bagaimana rakyat dari pelbagai agama dapat hidup bersama secara harmoni.
Bercakap pada perbincangan meja bulat media yang dihadiri pertubuhan media antarabangsa yang berpangkalan di sini, Najib berkata, konflik yang timbul bukan di antara agama tetapi antara ekstremis dan puak sederhana bagi semua agama. "Islam tidak sepatutnya satu masalah asalkan wujud kesederhanaan dalam semua agama," katanya. Islam merupakan antara perkara yang dibangkitkan semasa sesi itu dan Najib ditanya berhubung cara Malaysia menangani persepsi terhadap agama di kalangan masyarakat Eropah di tengah-tengah perundingan perjanjian perdagangan bebas Eropah-Malaysia, yang akan dilancarkan di sini Selasa. Najib berkata, adalah lebih baik jika masyarakat Eropah dapat menyertai dialog dengan negara-negara Islam sederhana seperti Malaysia. Sambil menyatakan bahawa beliau tidak merestui tindakan golongan ekstremis.
Najib berkata, usaha bagi menyelesaikan Islamophobia ialah mencari jalan penyelesaian jangka panjang kepada isu rakyat Palestin. Katanya, nasib rakyat Palestin, yang telah dinafikan hak mereka, "menyentuh perasaan di kalangan dunia Islam." "Setengah orang berasa jika tiada lagi harapan, apa lagi yang ada untuk menyambung hidup," katanya sambil menambah sebaik masalah rakyat Palestin diselesaikan, keganasan akan reda. – BERNAMA
Sumber: Utusan Malaysia 06/10/10
Najib Seorang Moderat Yang Disukai Oleh Barat. Merekalah Pencetus Kepada Segala Konflik.
Islam sememangnya adalah suatu cara hidup yang dijamin oleh Allah SWT sebagai Rahmatan Lil Alamin (rahmat untuk seluruh alam). Ini sejajar dengan firman Allah SWT: “Dan tiadalah Kami mengutuskan kamu (Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.” [TMQ. Al Anbiya (21) : 107]. Terlampau banyak fakta normatif yang dapat membuktikan bagaimana Islam pernah memberikan keamanan kepada dunia. Lihatlah bagaimana penganut dua agama besar dunia iaitu Yahudi dan Kristian selama hampir 800 tahun lamanya boleh hidup di Andalusia dengan penuh harmoni ketika Islam berkuasa di Andalusia. Di sepanjang sejarah, ketika umat Islam menjadi pemimpin dan syariat Islam diterapkan, Islam adalah agama yang senantiasa menjamin keamanan, keselamatan dan kebebasan kaum minoriti non-muslim dalam beribadah sesuai dengan keyakinan mereka. Ini sudah berlaku semenjak zaman Rasulullah SAW dan ia tetap dilaksanakan oleh para khalifah selepas baginda. Polisi yang begitu baik terhadap non-muslim ini terus berlangsung selama berabad-abad lamanya sepanjang sejarah kekhilafahan Islam. Karen Amstrong dalam bukunya, Holy War, menggambarkan saat-saat penyerahan kunci Baitul Maqdis kepada Khalifah Umar bin al-Khathathab sebagai berikut,
“Pada tahun 637 M, Umar bin Khaththab memasuki Jerusalem dengan dikawal oleh Uskup Yunani Sofronius. Umar meminta agar dia segera dibawa ke Haram asy-Syarif dan di sana dia berlutut untuk berdoa di tempat Nabi Muhammad SAW melakukan perjalanan malamnya. Si Uskup memandang Umar penuh dengan ketakutan. Dia berfikir, ini adalah hari penaklukan yang akan dipenuhi dengan kengerian yang pernah diramalkan oleh Nabi Daniel. Pastilah, Umar adalah seorang yang anti Kristian dan yang akan melakukan pembantaian dan menandai datangnya Hari Kiamat. Namun, kekhawatiran Sofronius sama sekali tidak terbukti.” Setelah itu, penduduk Palestin hidup dengan damai dan tenteram; tidak ada permusuhan dan pertikaian meskipun mereka menganut tiga agama besar yang berbeda iaitu Islam, Kristian, dan Yahudi. Apa yang dilakukan oleh Khalifah Umar ra jauh berbeda dengan apa yang dilakukan oleh tentara Salib pada tahun 1099 M. Ketika mereka berhasil menakluki Palestin, kengerian, keganasan dan pembantaian disebarkan hampir ke seluruh kota. Selama dua hari setelah penaklukkan, 40,000 umat Islam telah dibunuh. Tentera Salib berjalan di jalan-jalan sekitar Palestin dengan menyeberangi lautan darah. Keadilan, persatuan, dan perdamaian tiga penganut agama besar yang diciptakan sejak tahun 637 M oleh Khalifah Umar ra hancur lebur. Meskipun demikian, ketika Shalahuddin al-Ayyubi berhasil membebaskan Kota al-Quds pada tahun 1187 M, beliau tidak melakukan balas dendam dan kebiadaban yang serupa”
Karen Armstrong menggambarkan penaklukan kedua kalinya ke atas Jerusalem ini sebagai berikut,
“Pada tanggal 2 Oktober 1187 M, Salahuddin dan tentaranya memasuki Jerusalem sebagai penakluk dan selama 800 tahun berikutnya Jerusalem tetap menjadi kota Muslim. Salahuddin menepati janjinya. Dia menaklukkan kota tersebut menurut ajaran Islam yang murni dan paling tinggi. Beliau tidak berdendam untuk membalas pembantaian sebagaimana yang berlaku pada tahun 1099 M…”
Perlakuan kekhilafahan terakhir, iaitu Khilafahan Uthmaniyyah, terhadap kaum non-Muslim dilukiskan oleh sejarawan Inggeris, Arnold J. Toynbee, dalam bukunya, Preaching of Islam,
“Perlakuan terhadap warga Kristian oleh pemerintahan Ottoman—selama lebih kurang dua abad setelah penaklukan Yunani—telah memberikan contoh toleransi keyakinan yang sebelumnya tidak dikenal di daratan Eropah…”
Demikianlah, dengan secuil fakta sejarah di atas, adalah tidak wajar bagi orang-orang non-muslim, apalagi umat Islam, tetap mengidap sindrom Islamophobia. Ini kerana, Islam sememangnya datang untuk menebarkan rahmatnya bagi seluruh umat manusia. Tetapi kini kita dapat melihat apabila dunia dikuasai oleh Barat, kerosakan dan kesengsaraan berlaku di sana sini, hasil ulah dan makar yang dilakukan dan yang dimulakan oleh Amerika dan sekutu-sekutunya. Siapa yang telah membunuh umat Islam di Palestin? Siapa yang memulakan peperangan di bumi Iraq? Siapa yang mengganas di bumi Afghanistan sampai saat ini? Siapa yang terus menghancurkan umat Islam di Pakistan ketika ini? Hakikatnya Allah SWT telah mengungkapkan watak dan sifat mereka ini dalam firmanNya:
” Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya”. [TMQ al-Baqarah (2) : 11-12].
Apa yang pastinya Islam dan umat Islam akan terus menjadi mangsa di sana sini kesan dari Islamophobia yang dicetuskan oleh Barat. Amat jelas, konflik yang tercetus di dunia saat ini adalah hasil kerja jahat kuffar Barat yang diketuai oleh Amerika dan sekutu-sekutunya dan bukannya dimulakan oleh golongan ’ektremis’ sebagaimana yang didakwa oleh Najib. Malangnya label golongan ’ektremis’ itu kebanyakannya ditujukan kepada umat Islam. Nampaknya Najib telah terkena sihir hasil hembusan Amerika dan sekutu-sekutunya.
KUALA LUMPUR, 27 Okt: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melahirkan kebimbangan di atas peningkatan hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.
“Laporan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang sangat mengejutkan kerana Malaysia boleh jatuh muflis dengan kadar hutang yang tinggi sebegini,” kata Ketua Penerangan DPPWP, Fadhil Osman.
Menurut Tan Sri Ambrin Buang, hutang tahun ini jauh lebih teruk berbanding jumlah hutang RM233.92 billion yang disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Jun lalu.
DPPWP, katanya mempersoalkan bagaimana hutang yang mencakupi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) boleh meningkat sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyatakan kedudukan ekonomi negara yang semakin kukuh.
Ditambah pula, ujarnya dengan peruntukan bajet negara tahun 2011 berjumlah RM213 bilion iaitu satu jumlah yang agak tinggi.
“Di manakah kerajaan akan perolehi pendapatan untuk menampung keseluruhan bajet berjumlah RM213 billion sedangkan hutang negara sendiri berjumlah RM233.92 bilion?” soalnya.
Ini, katanya menunjukkan keadaan kewangan negara yang defisit.
Tambahnya, DPPWP juga kesal kerana kerajaan bernafsu besar untuk membangunkan Menara Warisan bernilai RM5 bilion, memberi peruntukkan yang tidak rasional kepada Permata Pintar yang baru sahaja ditubuhkan sebanyak RM111 juta, sedangkan kerajaan sepatutnya mendahulukan peruntukan kepada golongan sasaran yang lebih memerlukan.
Yang lebih penting, katanya DPPWP berpendapat kerajaan perlu menguruskan hutang negara terlebih dahulu sebelum membentangkan pelan pembangunan negara.
“Dalam keadaan ini, kerajaan harus memikirkan mekanisme terbaik menyelesaikan hutang dalam negara yang berjumlah RM348.60 billion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan.
“Keadaan ini boleh menimbulkan kebimbangan dan pertanyaan rakyat, apakah kerajaan terpaksa meminjam dengan Bank Dunia (IMF) bagi melangsaikan hutang atau menaikkan cukai sehingga boleh membebankan rakyat, atau juga menaikkan harga barangan bagi menampung kos serta hutang yang membelenggu negara,” katanya lagi.
Beliau berkata, DPPWP turut bimbang sekiranya trend itu berterusan, negara akan ditimpa muflis dan negara menjadi huru hara akibat kelemahan pengurusan hutang negara yang tidak terkawal.