FLAG OF THE TRUTH

1 Khilafah : Hukum Allah didahulukan,Sistem Islam yg sebenar diutamakan. “Menamatkan Kepungan Terhadap Gaza Bukanlah Dengan Kecaman Dan Kunjungan Ke PBB Tetapi Dengan Menggerakkan Tentera Mengelilingi Entiti Yahudi Umpama Gelang Yang Mengelilingi Tangan”

Ikhlas adalah satu sifat yang sangat mulia. Untuk melahirkan rasa ikhlas dalam diri seseorang perlu dihilangkan perasaan riak dalam diri terlebih dahulu. Lawan kepada sifat ikhlas adalah riak. Riak ni adalah satu sifat sangat dibenci oleh semua orang. Ini kerana sifat riak ini juga adalah sifat yang suka bermuka-muka dengan orang lain. Ia biasanya berlaku apabila seseorang itu melakukan amal kebaikan. Riak ni ada beberapa tanda-tanda yang perlu kita tahu. Ianya sebagai peringatan kepada diri saya sendiri dan juga anda semua yang perlu kita kenali dan lihat dalam diri kita sama ada wujud atau tidak dalam diri kita. Kalau ada cepat-cepat buang dan kalau tidak ada tahniah saya ucapkan. Anda memang seorang yang ikhlas. Mari kita kenali beberapa tanda orang-orang yang riak ni.

Apabila seseorang itu berada bersendirian dia akan menjadi malas. Saya ambil contoh dalam proses belajar. Biasanya jika dia duduk bersendirian sifat rajin yang ada dalam dirinya akan berkurangan untuk belajar. Masa duduk bersendirian ni semua benda jadi malas, mudah rasa mengantuk, rasa bosan, tidak minat belajar dan sebagainya. Kalau anda merasa malas belajar apabila dok sorang-sorang ni cepat-cepat anda buang ya. Takut jadi riak nanti bila ada orang lain anda akan berubah jadi rajin pulak.

Semasa berada di kalangan orang ramai akan membuatkan sifat seseorang itu berubah sama sekali. Ini kerana kerajinan seseorang apabila berada di hadapan orang akan menjadi luar biasa. Biasanya apabila belajar berkumpulan dia akan cuba menunjukkan kepandaian dirinya kepada orang lain. Dia dapat fokus dengan baik dan sangat rajin di hadapan orang ramai. Mungkin ada perasaan ingin menunjuk-nunjuk apabila berada dengan orang ramai. Sifat menunjuk-nunjuk inilah yang dikatakan riak.

Kerajinan orang mempunyai sifat riak ni juga akan semakin bertambah apabila dia puji oleh orang lain. Semakin orang puji akan semakin timbul perasaan bangga dalam dirinya. Dia akan semakin bersemangat dan semakin menunjukkan kerajinan kerana pujian orang terhadap dirinya membuat dirinya menjadi bangga diri. Ada juga jenis orang yang menunggu untuk dipuji kerajinannya. Tapi bukan semua orang la macam tu. Ada sesetengah orang je. Minta dijauhkan dari mempunyai sifat begitu.

Ini pula yang akan berlaku sebaliknya. Jika ada orang lain mengejeknya akan membuatkannya lemah semangat dan menjadi semakin malas. Ini berlaku kerana tidak tetap pendirian dan hanya mengikut apa yang orang kata. Sepatutnya kena fokus dan ikhlas dalam apa yang dibuat walau apa sekalipun yang orang kata kepada kita. Buat apa yang diri kita rasa baik dan bukannya mengikut apa yang orang kata. Mulut orang ni susah kita nak tutup. Tapi janganlah kita terikut-ikut dengan kata-kata yang dikeluarkan dari mulut orang lain.

Antara tanda riak yang paling jelas dilihat adalah seseorang itu akan berasa senang hati jika ada orang yang sedang melihat kebaikan yang dilakukannya. Sekiranya orang tidak melihatnya, dia akan berasa tidak senang hati atau merasa gelisah selagi orang tidak tahu amal kebaikannya. Jika orang melihatnya maka akan menimbulkan kesenangan dan kesenangan ini bergerak dengan pergerakan yang sangat halus dalam hatinya. Kemudian dia akan berusaha untuk menampakkan perkara baik yang telah dilakukannya.

Dah nampak kan beberapa tanda riak yang saya cuba sampaikan? Kalau ada beberapa tanda-tanda ni dalam diri kita cepat-cepatlah kita buang. Saya harap ianya dapat dibuang dalam diri kita masing-masing. Perasaan riak ini akan menghapuskan pahala dalam setiap amalan kebaikan yang kita lakukan. Semoga kita semua dijauhkan dari tergolong dalam kalangan orang-orang yang bersifat riak ni.

0 comments: