FLAG OF THE TRUTH

1 Khilafah : Hukum Allah didahulukan,Sistem Islam yg sebenar diutamakan. “Menamatkan Kepungan Terhadap Gaza Bukanlah Dengan Kecaman Dan Kunjungan Ke PBB Tetapi Dengan Menggerakkan Tentera Mengelilingi Entiti Yahudi Umpama Gelang Yang Mengelilingi Tangan”

Hampir pengsan bil hospital RM23,000

KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan swasta dari Kluang, Johor, hampir pengsan apabila melihat bil perubatannya mencecah RM23,000 selepas 12 hari dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Batu Pahat kerana batuk selama dua minggu. Roslan Husin, 46, mendakwa pakar di hospital swasta itu bagaimanapun gagal mengesan punca penyakitnya sejak dia ditahan di wad hospital itu 4 Febuari tahun lalu, selain mendakwa caj ubat dikenakan berjumlah RM9,852 mahal dan melampau.

Lebih menyedihkan, dia mendakwa kakitangan pusat perubatan swasta itu hanya memberitahu kos perubatannya melebihi jumlah maksimum perlindungan insuransnya iaitu RM15,000 selepas 11 hari ditahan di wad.


“Saya terkejut, marah dan hampir pengsan apabila diberitahu bil perubatan saya melebihi RM15,000 yang ditanggung syarikat insurans. Saya persoalkan kenapa hanya diberitahu selepas ia lebih daripada jumlah itu, kenapa tak beritahu awal,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu.

Roslan berkata, dia pergi ke hospital swasta setelah dinasihatkan oleh doktor klinik panel syarikatnya kerana mereka gagal mengesan punca batuk dialaminya.

“Mereka periksa saya macam biasa, tidak buat apa-apa kecuali membuat imbasan x-ray dan masukkan wayar dalam hidung. Pakar di situ kata saya menghidap asma tetapi saya tak percaya, saya cuma batuk-batuk. Kemudian mereka datang dan beritahu bil perubatan saya mencecah RM23,000 menyebabkan saya terkejut,” katanya.

Dia tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan namun, pihak hospital yang gagal mengesan punca penyakit tetap memintanya tinggal di wad selama dua hari lagi.

“Saya tolak permintaan mereka menyebabkan doktor pusat perubatan pakar itu menulis surat untuk merujuk saya ke Hospital Kluang, tetapi doktor hospital kerajaan beritahu pada saya, kalau pakar pun tidak dapat kesan apa punca penyakit saya, tak guna untuk saya dimasukkan ke hospital kerajaan,” katanya.

Katanya, selepas keluar dari hospital swasta itu dia mencuba kaedah perubatan tradisional dan penyakitnya kini sembuh.

Isnin lalu, Berita Harian melaporkan 26 peratus daripada individu yang gagal membayar balik pinjaman bank dan kad kredit kerana menanggung beban hutang membiayai kos perubatan tinggi di hospital swasta.

Sumber: Berita Harian 28/11/10

Nak Perkhidmatan Kesihatan Yang Baik? Kamu Kena Ada Duit. Begitulah Sengsaranya Hidup Di dalam Sistem Kapitalisme


Apabila dunia terus dicengkam oleh sistem Kapitalisme seperti mana yang dapat kita saksikan hari ini, maka kita dapat melihat betapa sengsaranya kehidupan manusia. Berita di atas memaparkan secebis kecil dari ribuan penderitaan masyarakat yang hidup di dalam dunia Kapitalisme. Kesihatan yang sepatutnya menjadi hak bagi setiap warganegara untuk mendapatkannya secara percuma, telah dinafikan haknya oleh negara. Jika ada pun perkhidmatan kesihatan yang diberikan kepada rakyat oleh negara, maka kita dapat menyaksikan bagaimana birokasi yang melelahkan terpaksa dilalui oleh pesakit. Warga negara yang ingin mendapatkan rawatan kesihatan pula dikategorikan berdasarkan taraf jawatan dan majikan seperti samada kakitangan awam, swasta, bekerja sendiri dan sebagainya. Maka tidak menghairankan kenapa dalam dunia Kapitalis hari ini kesihatan telah dijadikan sebagai suatu bisnes yang menguntungkan. Contohnya kewujudan insurans kesihatan dan hospital swasta yang berorientasikan keuntungan nampaknya semakin berkembang dan tumbuh bak cendawan selepas hujan. Negara telah mula melepaskan diri daripada memikul tugas dan tanggunjawab sebagai pemerintah yang sebenarnya berkewajiban mengurus dan menjaga seluruh urusan rakyatnya termasuklah menyediakan perkhidmatan kesihatan percuma kepada rakyat. Ini adalah kerana kesihatan adalah termasuk 'Basic Rights' rakyat selain pendidikan dan keselamatan. Lihat: SN160 - BAGAIMANA DAULAH ISLAM MENJAGA KEBAJIKAN.

Berita di atas bukanlah sesuatu yang baru. Ianya memaparkan tentang kesengsaraan rakyat yang hidup di dalam dunia Kapitalisme. Wahai seluruh manusia! Yakinlah bahawa keadaan ini tidak akan kita temui di dalam Daulah Khilafah. Sejarah kegemilangan Khilafah di dalam mengatur dan mengurus kehidupan rakyatnya termasuklah di dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan telah menjadi bukti yang jelas bahawa Khalifah pernah dan akan melaksanakan suatu polisi kesihatan yang terbaik untuk rakyatnya kerana ia menyakini bahawa tanggungjawab untuk mengurus urusan umat ini akan pasti dipersoalkan oleh Allah SWT di hari akhirat kelak dan bukan hanya semata-mata untuk mengelakkan dirinya daripada dikritik oleh rakyat di bawah jagaannya. Catatan sejarah membuktikan bahawa semasa zaman kegemilangan Khilafah, Khalifah telah menyediakan banyak hospital kelas satu dan doktor di beberapa bandaraya antaranya: Baghdad, Damaskus, Cairo, Jerusalem, Alexandria, Cordova, Samarkand dan banyak lagi. Bandaraya Baghdad sahaja memiliki 60 buah hospital yang menyediakan perkhidmatan rawatan kesihatan kepada pesakit yang dirawat sebagai pesakit dalaman dan juga sebagai pesakit luar dan memiliki lebih dari 1000 orang doktor.

Hospital-hospital lain seperti Bimaristan al-Mansuri, yang didirikan di Cairo pada tahun 1283, mampu menampung seramai 8000 orang pesakit dalam satu-satu masa. Ada 2 orang pembantu hospital untuk setiap pesakit yang bertugas untuk membantu pesakit agar mendapatkan layanan yang terbaik dan kemudahan yang secukupnya dan setiap pesakit mendapat ruang tidur dan tempat makan sendiri. Para pesakit yang ditahan di hospital mahupun pesakit luar diberi makanan dan ubat secara percuma.

Di samping hospital, klinik bergerak juga ada disediakan untuk memberikan rawatan perubatan kepada golongan cacat dan penduduk yang tinggal di kampung-kampung. Khalifah Al-Muqtadir Billah, memerintahkan bahawa setiap klinik bergerak mesti melawat setiap kampung dan berada di sana selama beberapa hari sebelum berpindah ke kampung berikutnya. Inilah sebahagian daripada catatan tinta emas yang terkandung di dalam sejarah kegemilangan Khilafah Islam. Maka dengan itu sudah sampai masanya Khilafah itu memimpin dunia.

0 comments: