SEPANG 7 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, operasi menyelamat  pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir menerusi Ops Piramid merupakan misi  untuk kepentingan negara dan tiada unsur politik. Menurut Perdana  Menteri, kerajaan melakukan apa sahaja yang terbaik untuk membawa pulang  rakyat Malaysia berikutan pergolakan di negara berkenaan. "Kerajaan  mengambil keputusan dalam apa jua keadaan, kita akan melancarkan misi  menyelamatkan pelajar-pelajar dan warga Malaysia. "Dan ini misi untuk  kepentingan negara. Tidak ada pertimbangan politik sama sekali, tidak  kira pertimbangan ideologi, asalkan mereka ini warga Malaysia, mereka  mesti diselamatkan dengan kadar segera," katanya.  
    
 Beliau berkata demikian ketika menyambut kepulangan kumpulan pertama 778  pelajar dan rakyat Malaysia yang dibawa keluar dari Mesir menerusi Ops  Piramid melalui Jeddah di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang  Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini. Pesawat Malaysia  Airlines (MAS) dan AirAsia itu mendarat kira-kira pukul 10 pagi dan  turut disambut isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor,  Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menteri Kabinet  lain.  Turut menyambut kepulangan mereka ke tanah air ialah anggota  keluarga masing-masing. Najib berkata, oleh kerana misi tersebut bukan  sesuatu yang mudah, kerajaan telah membuat perancangan teliti termasuk  membawa keluar rakyat Malaysia di Mesir untuk ditempatkan sementara di  Jeddah sebelum dibawa pulang ke tanah air.  Menurut Perdana Menteri,  pelbagai pihak terlibat dalam misi tersebut kerana matlamatnya hanya  untuk memastikan rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat. Tegas  beliau, kerajaan bimbang tentang keselamatan warga Malaysia di Mesir  kerana di negara berkenaan kini tiada lagi pentadbiran awam dan yang  berasaskan undang-undang. "Runtuhnya sama sekali undang-undang dan  ketenteraman di Mesir yang menyebabkan sebarang kemungkinan boleh  berlaku. 
 
 Kami amat khuatir dan bimbang kalau berlaku perkara yang boleh mengancam  nyawa dan berlaku kecacatan atau kecederaan kepada anak-anak kita yang  tidak berdosa," katanya.  Perdana Menteri berkata, kepulangan kumpulan  pertama rakyat Malaysia itu merupakan satu kelegaan kepada mereka di  tanah air dan sebab itu, beliau yang sepatutnya mempengerusikan sebuah  mesyuarat penting pagi ini menangguhkannya untuk bersama dengan mereka  di sini. Najib juga tidak 'bercuti' sepanjang dua tiga hari lepas  sedangkan pada masa itu cuti umum untuk menumpukan urusan membawa pulang  rakyat Malaysia. "Ada pukul 3 pagi pun kita terima telefon (berkenaan  dengan urusan membawa balik rakyat Malaysia ini). Alhamdulillah, semua  urusan ini berjalan dengan baik. Saya doakan supaya penerbangan lain  (selepas ini dari Mesir) akan selamat kembali ke tanah air," katanya.  Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk MAS,  AirAsia, Lembaga Tabung Haji, Angkatan Tentera Malaysia dan Majlis  Keselamatan Negara (MKN). Najib juga mengucapkan penghargaan kepada  Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Turki Abdullah al-Saud kerana sudi  membiayai dua penerbangan menggunakan pesawat jumbo Boeing 747 untuk  membawa balik pelajar Malaysia dari Jeddah ke Kuala Lumpur.  Juga, kata  Perdana Menteri, ucapan terima kasih buat Raja Arab Saudi Raja Abdullah  Abdul Aziz Al-Saud kerana membenarkan penggunaan ruang udara dan  pendaratan seberapa banyak pesawat Malaysia di Jeddah. Kata beliau,  perkara itu merupakan satu 'pertimbangan yang luar biasa' dari negara  berkenaan kepada Malaysia.  Najib berkata, jika perlu kerajaan juga akan  berurusan dengan pihak universiti di Mesir supaya pelajar-pelajar yang  menuntut di negara tersebut menduduki peperiksaan di Malaysia.
 
 Sumber : Utusan Malaysia: 08/02/11
 
 Mana Mungkin Bukan Kerana Politik
 
 Jika Najib tidak menjadi Presiden UMNO mungkin kenyataan di atas ada  asas dan kebenarannya. Tetapi fakta dan hakikatnya, beliau adalah  seorang Perdana Menteri juga dalam masa yang sama adalah Presiden UMNO.  Maka sudah pasti tindakan beliau itu tidak boleh lari dari tujuan untuk  meraih keuntungan untuk politik UMNO. Ini adalah hakikat dan persepsi  yang tidak boleh dinafikan oleh beliau. Kerana kita boleh melihat  kebanyakkan apa yang dilakukan oleh Najib selama ini kesemuanya adalah  untuk  menonjolkan kehebatan dan keupayaan yang dilakukan oleh  pemimpin-pemimpin UMNO dalam mentadbir negara. Mana tidaknya, media  cetak dan elektronik tidak henti-henti memutarkan berita dan visual  usaha-usaha pemimpin daripada kerajaan UMNO-BN di dalam membawa pulang  semua rakyat Malaysia. Untuk apa? Sudah tentu untuk menaikkan populariti  BN menjelang pilihanraya umum yang semakin dekat. Manakala semua  pemimpin-pemimpin kerajaan yang terlibat dalam Ops Piramid ini pula  pasti akan mendapat merit dan diutamakan di dalam kenaikkan pangkat atau  jawatan. Secara langsung ini akan mengukuhkan sokongan penjawat awam  kepada kerajaan UMNO-BN. Justeru itu, jika beliau benar-benar bekerja  untuk semua rakyat maka kita ingin melihat selepas ini samada semua  projek dan program yang dianjurkan tidak dikaitkan dengan UMNO atau  Barisan Nasional (BN). 
 
 Jika Najib ingin membela rakyat, beliau seharusnya menjadikan rekod  cemerlang pemimpin umat Islam dahulu. Contoh ini boleh dirujuk kepada  sistem Khilafah yang pernah wujud selama lebih 1300 tahun lamanya.  Institusi ini adalah institusi yang akan mewakili seluruh umat Islam  tanpa mengira bangsa dan warna kulit serta sempadan geografi.  Sebagaimana catatan sejarah umat Islam yang penuh dengan kegemilangan  semasa berada di bawah naungan dan kekuasaan para khalifah dahulu.  Pernah belaku di zaman kegemilangan Khilafah Abbasiyah, Khalifah  Mu’tasim yang ketika itu berpusat di Kota Baghdad telah menghantar  tentera bagi membela kehormatan seorang muslimah yang dimalukan oleh  tentera Rom di Mesir. Ini berbeda dengan keadaan negara-negara bangsa  yang diciptakan oleh barat. Para pemimpin sekular umat Islam hanya akan  “menyelamatkan” rakyat bangsanya sahaja. Tanpa merasa bertanggunjawab  untuk menyelesaikan dan menyelamat nyawa dan kehormatan seluruh umat  Islam. Ini adalah kerana fahaman dan jiwa mereka telah dicetak dan  dibentuk oleh barat dengan fahaman Assabiyyah dan Wataniyyah. Walhal  kedua-dua fahaman itulah yang telah memecah-belahkan umat Islam sehingga  umat Islam menjadi lemah dan mudah diratah oleh Barat dan  sekutu-sekutunya. Sudah tiba masanya khilafah mengantikan negara-negara  bangsa ini dan menyatukan mereka di bawah seorang pemimpin.
tentang diriku
 
- Shah Shukri
- Taiping, Perak, Malaysia
- "Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir"
Selamat Datang
Kepada yang sudi melayari blog saya ini,saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih serta pengharapan saya agar anda semua diisi pengetahuan yang bermanfaat dan saya amat berharap agar anda semua dapat berkongsi pengetahuan dengan saya...Insyaallah.
islamic clock
 
switch blog
islamic calendar
 
jom chat...!!!
Facebook Badge
my Friends
Labels
- hudud (1)
my Ads
Followers
By ShahShukri. Powered by Blogger.
Posted by
Shah Shukri
Wednesday, February 16, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
                          


 
  

