SUDAN AKHIRNYA BERPECAH
 
 KHARTOUM 8 Feb. – Sebanyak 98.83 peratus daripada rakyat Sudan menyokong  tuntutan kemerdekaan bahagian selatan negara ini ini dalam pungutan  suara semalam. Hasil pungutan suara yang diumumkan di sini, hanya 44,888  orang atau 1.17 peratus sahaja daripada 3,837,406 pengundi yang menolak  bahagian tersebut diberi kemerdekaan. “Pungutan suara ini adalah benar,  tepat dan telus, pihak kami tiada bantahan terhadapnya,” kata pengerusi  pungutan suara selatan Sudan, Mohamed Ibrahim Khalil. - AFP 
    
 Sumber : Utusan Malaysia: 08/02/11
 
 Atas Nama Demokrasi Umat Islam Terus Mengundang Murka Allah Dan Menjadi Mangsa Barat.
 
 Perpecahan demi perpecahan terus melanda dunia Islam. Kali ini kufar  Barat yang diketuai oleh Amerika dan sekutu-sekutunya dengan begitu  licik telah berjaya membahagi-bahagikan negeri umat Islam Sudan atas  nama demokrasi. Nampaknya makar jahat Barat terus berjaya untuk  melemahkan negara umat Islam. Kini wilayah selatan Sudan yang kaya  dengan minyak menjadi mangsa kepada kejahatan dan kerakusan kuasa  penjajah Barat apabila keputusan referendum menunjukkan hampir 100%  bersetuju agar wilayah selatan dipisahkan. Jika dahulu umat Islam telah  dijajah dan dipecah-belahkan secara fizikal melalui kuasa ketenteraan  oleh para penjajah. Kini pendekatan dan cara yang digunakan oleh pihak  Barat telah bertukar  tetapi matlamatnya tetap sama iaitu untuk  melemahkan umat Islam dengan cara memecah-belahkan negeri-negeri dan  kesatuan negara kaum muslimin. Di antara pendekatan yang digunakan kini  termasuklah menekan para penguasa umat Islam dengan ekonomi, ancaman  pemboikotan dan tipu-helah melalui Demokrasi. Inilah strategi yang  paling berkesan untuk terus menipu dan memperbodohkan umat Islam.  Keadaan ini akan pasti terus memudahkan Barat menguasai dan mengawal  umat Islam agar tunduk kepada telunjuk mereka. Sedangkan hukum syara’  telah menerangkan dengan jelas bahawa hukum memecah-belahkan negara  adalah haram. Jadi, persetujuan pemimpin Sudan untuk memisahkan wilayah  selatannya adalah perbuatan khianat. Ianya adalah satu tindakan yang  langsung tidak boleh diterima dari perspektif Islam walaupun seribu  alasan diberikan.
 
 Wahai seluruh umat Islam! Mahukah kamu jika anak kamu dikerat-kerat dan  dipotong-potong menjadi bahagian-bahagian kecil? Semua manusia yang  waras sudah pasti tidak akan menerimanya. Untuk itu hanya dengan  Khilafah sahaja umat Islam akan dapat disatukan semula di bawah suatu  kuasa politik. Selagi kesatuan dalam bentuk kesatuan politik Khilafah  ini tidak wujud, maka selagi itulah umat Islam akan terus menjadi mangsa  perlecehan kufar Barat. Wahai seluruh umat Islam! Apakah kalian akan  terus berdiam diri dan melihat saudara seIslam dan negeri-negeri mereka  terus diratah dan dipecah-belahkan oleh Barat? Kalian sudah tidak boleh  lagi mengharapkan para pemimpin sekular yang ada pada hari ini.  Gantikanlah mereka ini dengan seorang khalifah yang akan membela kalian  dan menerapkan Islam secara menyeluruh ke atas kalian serta menyatukan  seluruh negara umat Islam di bawah satu kepimpinan yang kemudiannya akan  pasti menghadirkan gerun di jantung musuh-musuh Allah. 
tentang diriku
 
- Shah Shukri
- Taiping, Perak, Malaysia
- "Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir"
Selamat Datang
Kepada yang sudi melayari blog saya ini,saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih serta pengharapan saya agar anda semua diisi pengetahuan yang bermanfaat dan saya amat berharap agar anda semua dapat berkongsi pengetahuan dengan saya...Insyaallah.
islamic clock
 
switch blog
islamic calendar
 
jom chat...!!!
Facebook Badge
my Friends
Labels
- hudud (1)
my Ads
Followers
By ShahShukri. Powered by Blogger.
Posted by
Shah Shukri
Wednesday, February 16, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
                          


 
  

