FLAG OF THE TRUTH

1 Khilafah : Hukum Allah didahulukan,Sistem Islam yg sebenar diutamakan. “Menamatkan Kepungan Terhadap Gaza Bukanlah Dengan Kecaman Dan Kunjungan Ke PBB Tetapi Dengan Menggerakkan Tentera Mengelilingi Entiti Yahudi Umpama Gelang Yang Mengelilingi Tangan”

4 comments:

Untuk Bacaan Shah Shukri yang keliru....

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengamalan sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (pentadbiran).

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang ditadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.

Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukkan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

Sambungan....

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri. Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.


Ini jelas bahawa Malaysia masih mengekalkan sistem khalifah dimana Yang Dipertuan Agong masih menjadi ketua negara. Istilah Raja Berpelembagaan masih mengekalkan sistem kesultanan sebagai kemuncak kepimpinan negara berteraskan perlembagaan persekutuan.


Sejak negara kita terjajah, lanskap politik Malaysia berubah dari sistem pemerintahan berdasarkan sistem khalifah sepenuhnya iaitu Kesultanan Melayu kepada sistem Raja Berperlembagaan. Negara kita masih mengekalkan kuasa Sultan atau Khalifah namun demokrasi bagi mengangkat pentadbir dibawah kuasa eksekutif turut dilaksanakan. Kesultanan Melayu terus dipertahankan bagi mengemudi dan menjaga adat istiadat Melayu dan yang paling penting kesucian agama Islam itu terus terpelihara. Kesultanan Melayu yang dahulunya menjadi pegangan politik orang-orang Melayu sebelum kehadiran penjajah kini hanya dipertahankan sepenuhnya oleh Negara Brunei.


Sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Islam adalah satu tradisi yang masih kekal dimiliki oleh Bangsa Melayu Brunei yang diwarisi dari generasi zaman silam iaitu sejak 600 tahun yang lalu yang berpaksikan Agama Islam. Warisan ini masih utuh dan terus hidup subur di bumi Brunei Darussalam di bawah kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.


Jesteru ini, rakyat negara ini terutamanya orang Melayu Islam perlu akur dengan sistem yang sudah diamalkan di negara ini dan menjadi tangungjawab kita semua untuk terus mempertahankan apa yang ada. Cukuplah segala tolerasi yang dilakukan oleh orang terdahulu bagi mempertahankan sistem khalifah (Sultan) daripada kita hilang segalanya melalui saranan awal British iaitu Malayan Union. Dengan wujudnya persekutuan Tanah Melayu dan persetujuan pemimpin Melayu menerima sistem pemerintahan baru yang digelar demokrasi berpalimen, Raja Berpelembagaan ini, semua pihak akur dengan pilihan terakhir ini. Ini sahaja yang termampu kita korbankan selepas segala peringkat pemimpinan Melayu termasuk ulama Melayu bersetuju, hanya untuk mengampai nikmat kemerdekaan untuk seluruh orang Melayu termasuk di Brunei dan Singapura

Namun amat malang hari ini. Ada lagi orang Melayu yang jumud dengan pemikiran yang masih terkebelakang seakan menyalahkan orang terdahulu merencana politik negara. Mereka mahu negara kini kembali kepada sistem Khalifah iaitu Kesultanan Melayu secara total tanpa mereka fikirkan dan meniliti sebab-sebab politik negara ini direncana sebegini rupa. Ada juga saranan supaya mengharamkan demokrasi kononnya ia ciptaan barat dan penjajah. Mereka menghasut orang Melayu Islam supaya menjauhkan diri dari amalan demokrasi dengan cara tidak perlu mendaftar pemilih dan jangan keluar mengundi. Amalan memboikot pilihanraya hanya akan merugikan orang Melayu Islam itu sendiri kerana sistem pemilihan pemimpin negara melalui sistem pilihanraya sudah termaktub dalam perlembagaan negara.


Lihatlah kekejaman pemimpin kafir DAP di Pulau Pinang hari ini yang sedang meratah dan menghisap hak-hak orang Melayu di P.Pinang. Siapa yang mengangkat lanun dan kafir harbi itu menjadi pemimpin di P.Pinang? Inilah akibat dari sikap memboikot pilihanraya oleh orang-orang Melayu bagi mengundi pemimpin yang lebih layak semasa PRU ke 12. Kesannya, Kafir DAP laknattullah diangkat sebagai pemimpin di P.Pinang oleh demokrasi. Apabila DAP dari hari ke hari menzalimi orang Melayu dan Islam di negeri itu siapa yang patut dipersalahkan? Demokrasikah yang patut dianaktirikan? Hakikatnya adalah orang-orang Melayu itu sendiri yang gagal memahami apa itu kuasa rakyat dalam pemberian undi bagi memilih pemimpin. Jika orang Melayu terus dengan sikap seperti yang Taming Sari nyatakan di atas, maka akhirnya rosaklah masa depan orang Melayu Islam di negara ini jika mereka-mereka ini diangkat menjadi pemimpin persekutuan.


Kita tidak mahu rakyat terpaksa melakukan demontrasi seperti apa yang berlaku di Mesir di kala hak asasi kita sudah terancam. Itu hanya kerja bodoh yang merugikan rakyat itu sendiri kerana akibat dari tindakan bodoh mereka, mereka sendiri yang kelaparan, keselamatan terancam, tiada pembelaan, anak-anak terabai dan ekonomi lumpuh sama sekali. Di Pulau Pinang, perlukah orang Melayu Islam menentang kerajaan zalim DAP dengan cara berdemo seperti di Mesir. Pastinya tidak perlu. Kita sudah ada kerajaan yang terbaik yang sedang memerintah persekutuan dan seharusnya kita teruskan bagi mendaulah kerajaan yang tepat. Gunakan kuasa undian anda bagi memartabatkan mereka yang layak.


Jadi para pembaca sekalian. Saya melihat, kita sebagai rakyat sudah terperangkap di dalam dilema untuk menerima sistem demokrasi sebagai jalan mengangkat pemimpin bagi memerintah negara kita ini harus tunduk dan menurut peralihan zaman. Ambillah mana yang baik dan kita perlu akui sistem ini sahaja yang tinggal buat masa ini bagi memartabatkan pemimpin Melayu Islam untuk terus memerintah serta menyokong kuasa khalifah Al Sultan YDP Agong.


Janganlah kita terlalu mengikut emosi kita kononnya dengan memboikot pilihanraya, maka sistem khalifah yang kita impikan akan terlaksana jua. Impian itu makin kosong kerana negara ini akan jatuh ke tangan orang-orang yang zalim jika kita gagal menterjemahkan undian itu bagi memilih pemimpin yang berhak. Lihatlah contoh kecil yang sedang ditunjukkan oleh Allah di negeri P.Pinang akibat dari sikap kita, orang Melayu Islam yang cuba memboikot pilihanraya.

Lastly...

Kita berserah dan bertawakallah kepada Allah bagi mengurniakan yang terbaik buat kita semua. Selagi kita masih memiliki Sultan YDP Agong, insyaAllah, urusan kita masih bernaung di bawah panji khalifah Islam dan segala urusan hidup kita masih berpandukan kepada ajaran Allah. Kita perlu bersyukur kerana kita masih berada di dalam negara yang dipimpin oleh orang Melayu Islam dan wajib bagi kita mentaati Ulul Amri atau pemimpin kita selagi dia tidak menghalang kita dari melaksanakan kawajipan kita kepada Allah.


Berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud:


“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya) dan kepada Ulil Amri [orang-orang yang memegang kuasa] di antara kamu, kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (Al-Qur’an) dan (sunnah) Rasulnya, jika kau benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya”. Surah An Nisaa’ ayat 59.