FLAG OF THE TRUTH

1 Khilafah : Hukum Allah didahulukan,Sistem Islam yg sebenar diutamakan. “Menamatkan Kepungan Terhadap Gaza Bukanlah Dengan Kecaman Dan Kunjungan Ke PBB Tetapi Dengan Menggerakkan Tentera Mengelilingi Entiti Yahudi Umpama Gelang Yang Mengelilingi Tangan”

Sidang Kemuncak D-8 mula hari ini

ABUJA 4 Julai - Kumpulan Lapan Negara-negara Islam Membangun (D-8) kali ketujuh bermula di sini hari ini dengan mesyuarat Suruhanjaya D-8 di ibu negara Nigeria. Sesi ke-28 mesyuarat Suruhanjaya selama dua hari itu yang diadakan di Dewan Bankuasi State House di Asokoro di sini melibatkan para pegawai kanan dan teknokrat yang dilantik oleh Kementerian Hal Ehwal Luar setiap negara anggota. D-8 ditubuhkan pada 15 Jun 1997 di Istanbul, Turki dan terdiri daripada Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan and Turki.

Sebagai badan eksekutif di dalam D-8, suruhanjaya itu akan melaksanakan resolusi dan peranan yang dipertanggungjawabkan kepada setiap negara anggota. Menteri-menteri Luar D-8 termasuk Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman akan menghadiri sesi ke-13 Majlis Menteri-menteri Luar D-8 di venue yang sama, Selasa ini. Ketua kerajaan negara-negara anggota dijadual tiba di sini bagi menghadiri sidang kemuncak itu, esok. Malaysia yang menjadi hos bagi sidang kemuncak pada 2008 itu akan diwakili Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Bernama

Sumber: Utusan Malaysia 04/07/10

D8 Adalah Bukti Bahawa Para Pemimpin Sekular Umat Islam Hari Ini Sudah Buta Dengan Kesatuan Yang Dituntut Oleh Islam.

Lihatlah betapa hinanya para pemimpin sekular umat Islam hari ini yang sudah buta mata hatinya dalam memahami kesatuan yang sewajibnya wujud di kalangan negeri-negeri umat Islam saat ini. Kesatuan yang diwajibkan ini adalah dalam bentuk negara, yakni Daulah Islam ataupun dikenali sebagai Khilafah. Bukannya seperti negeri-negeri pakatan D-8 di atas di mana kesatuannya hanyalah dalam konteks manfaat semata-mata. Lihatlah betapa berjayanya musuh-musuh Islam hari ini menjauhkan pemikiran Islam dari para pemimpinnya, terutama yang berkaitan dengan isu kesatuan sebenar. Apa erti pakatan D-8 jika dalam masa yang sama negeri-negeri umat Islam hari ini terus terpecah belah dengan sempadan-sempadan ashobiyyah seperti mana yang kita lihat hari ini sedangkan seluruh umat Islam wajib bersatu di atas dasar aqidah Islam dengan berpegang teguh kepada tali Allah SWT. Firman Allah SWT: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya”. [TMQ A-li ‘Imraan (3) : 103].

Wahai para pemimpin umat Islam! Apakah kamu tidak memahami perintah Allah SWT ini ataupun hati kamu sudah tertutup dari menerima kebenaran? Nabi SAW telah menunjukkan kepada kita bahawa kesatuan itu adalah dalam bentuk wujudnya sebuah negara - Daulah Islam dan wajib hukumnya kita mengikuti apa yang telah ditunjukkan oleh baginda SAW itu. Fakta dan realitinya ialah ketika Nabi SAW mewujudkan Daulah Islam yang pertama di Madinah, baginda SAW tidak membentuk satu negara untuk Muhajirin dan satu negara untuk Ansar. Yang ada hanyalah Daulah Islam yang satu yang menyatukan dan mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar. Tetapi kini para pemimpin umat Islam telah membuat bid’ah yang paling besar kerana dengan mereka berbangga dengan negara ashobiyyah. Amat busuk bau racun ashobiyyah itu sebenarnya bagi mereka yang memahamikan akan keharamannya. Renunglah firman Allah SWT: “Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya)”. [TMQ Al-Hasy-r (59) :7]

0 comments: