FLAG OF THE TRUTH

1 Khilafah : Hukum Allah didahulukan,Sistem Islam yg sebenar diutamakan. “Menamatkan Kepungan Terhadap Gaza Bukanlah Dengan Kecaman Dan Kunjungan Ke PBB Tetapi Dengan Menggerakkan Tentera Mengelilingi Entiti Yahudi Umpama Gelang Yang Mengelilingi Tangan”

Usaha bendung penularan kegiatan Jemaah Islamiah KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang memantau pergerakan kira-kira 6,000 pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi di Asia Barat bagi membendung penularan kegiatan Jemaah Islamiah (JI) yang merekrut mereka sebagai ahli kumpulan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Luar, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Belia dan Sukan bagi menangani masalah itu.

“Kita juga sudah melantik pegawai dan mengarahkan penjaga di setiap asrama pelajar terbabit untuk memantau setiap aktiviti pelajar kerana bimbang pelajar yang kebanyakannya melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan Islam itu terpengaruh dengan konsep berbentuk militan.

“Kita sudah bincang bagaimana nak jaga pelajar ini supaya kita ada kesepakatan untuk memantau mereka dari semasa ke semasa sebab pelajar kita terutama di Mesir ramai, jadi setiap rumah ada penjaga bagi memberi pandangan dan nasihat.

“Kedutaan kita juga turut menempatkan pegawai mereka... kita bimbang kerana anak ini ada semangat kecintaan jihad tapi kalau disalah guna konsep ini akan lari daripada jihad yang sebenar.

“Kebimbangan kita jika ada kelompok JI, dia akan membuat takrifan sendiri dan menghalalkan perkara berkaitan keganasan,” katanya pada sidang media selepas majlis ramah mesra bersama media di sini, semalam.

Turut hadir Timbalannya, Datuk Dr Mashitah Ibrahim. Sementara itu, Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pillay yang dihubungi berkata sehingga kini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kegiatan militan membabitkan kira-kira 50,000 pelajar negara ini di seluruh dunia.

Daripada jumlah itu, katanya, sebahagian pelajar Malaysia sama ada yang ditaja kerajaan atau persendirian melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang agama di Asia Barat membabitkan negara Mesir, Jordan, Yaman dan Syria.

“Kita memang pantau, walaupun ada di sesetengah tempat tidak mempunyai kedutaan, kita pantau dari sini atau negara terdekat.

“Setakat ini tidak ada pelajar kita terbabit dalam kegiatan JI. Ada kes pelajar kita ditahan di luar negara, tetapi bukan berkaitan kes militan,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, polis akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam masa terdekat mengenai isu militan membabitkan pelajar.

“Dalam pertemuan itu nanti, kita akan menerangkan betapa seriusnya masalah ini (pembabitan pelajar dalam militan) dan mencadangkan beberapa langkah efektif yang harus diberi perhatian.

“Selain itu, kita juga mengharapkan maklum balas daripada kementerian, lebih-lebih lagi dalam usaha menyelaraskan bentuk kerjasama untuk menangani masalah ini,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.
Musa berkata, pihaknya memandang serius perkara ini kerana ia membabitkan soal keselamatan negara.
Gerakan JI di negara ini dilaporkan sudah merekrut sekurang-kurangnya 30 pelajar IPT dan remaja tempatan untuk menyertai kumpulan berkenaan baru-baru ini.

Perkara itu terbongkar selepas polis menahan 10 individu warga asing dipercayai saki baki anggota JI sejak awal tahun ini. Semua mereka sudah dihantar pulang ke negara asal.

Sumber: Berita Harian, 17/06/10

Isu Keganasan Dan JI. Umat Islam Jangan Terjebak Dengan Agenda Musuh

Tiba-tiba sahaja isu JI kembali menjadi hangat. Berjayanya Barat terutamanya musuh Islam nombor 1 di dunia saat ini, Amerika, menggunakan momentum serangan 11 September 2001 yang lalu bagi mencipta suatu ketakutan kepada umat Islam terutamanya kepada para pemimpin sekular yang berkuasa hari ini dengan mencetuskan isu “pengganas”. Natijahnya, pemerintah sekular umat Islam hari ini “memburu” rakyatnya sendiri yang dilabelkan sebagai ”pengganas” mengikut acuan Amerika.

Semua ini terus berlaku sedangkan hakikatnya, pengganas yang sebenar adalah Amerika itu sendiri, bukannya umat Islam. Kini isu pengaruh JI ini dikatakan kian menjalar di kalangan pelajar-pelajar pusat penggajian tinggi tempatan. Benar, Islam mengharamkan sebarang bentuk keganasan samada yang dilakukan oleh individu, gerakan mahupun negara kerana setiap perbuatan manusia itu kesemuanya wajib terikat dengan hukum-hakam syara’. Apa yang perlu diperhatikan di sini ialah apakah dengan jumlah 30 orang pelajar IPT dan remaja tempatan yang dikatakan terlibat dengan kumpulan JI ini maka kesemua pelajar Islam yang ada samada di dalam mahupun di luar negara terutamanya yang belajar di Timur Tengah akan diawasi oleh “CCTV” dari pihak kerajaan melalui kakitangannya? Bukankah tindakan itu sebenarnya akan mewujudkan rasa ketidakselesaan dan seterusnya menerbitkan rasa “kebencian” yang bersangatan di kalangan rakyat terhadap pemerintah?

Wahai para pemerintah! Yakinlah bahawa selama mana kamu tidak menerapkan Islam dalam kehidupan bermasyarakat mahupun bernegara selama itulah akan ada di kalangan umat Islam ini tidak kira dari golongan pelajar ataupun umat secara umumnya yang akan terus istiqamah berada di atas jalan kebenaran untuk terus melakukan muhasabah terhadap kamu. Wahai para pemimpin sekular umat Islam! Janganlah kamu terjebak dengan permainan kotor Amerika yang menginginkan agar berlaku pertembungan dan permusuhan di kalangan sesama umat Islam. Dan kini terbukti Amerika berjaya menjadikan isu “pengganas” ini sebagai asas pertembungan antara para pemimpin umat Islam dengan rakyatnya sendiri. Siapakah yang untung, jika bukan kaum kuffar?

0 comments: