FLAG OF THE TRUTH

1 Khilafah : Hukum Allah didahulukan,Sistem Islam yg sebenar diutamakan. “Menamatkan Kepungan Terhadap Gaza Bukanlah Dengan Kecaman Dan Kunjungan Ke PBB Tetapi Dengan Menggerakkan Tentera Mengelilingi Entiti Yahudi Umpama Gelang Yang Mengelilingi Tangan”

Iran batal rejam wanita kerana zina

LONDON: Iran membuat keputusan untuk tidak melaksanakan hukuman merejam dengan batu hingga mati selepas didapati bersalah atas tuduhan berzina berikutan kritikan antarabangsa.
“Kedutaan republik Islam itu di London mengeluarkan kenyataan menyebut ‘berdasarkan maklumat pihak berkuasa perundangan di Iran, Sakineh Mohammadi-Ashtiani tidak akan direjam dengan batu,” lapor akhbar The Times. Tetapi kenyataan itu tidak menyebut sama ada wanita berusia 43 tahun itu akan dibebaskan atau dikenakan hukuman digantung, lapor akhbar terbabit. Kumpulan hak asasi antarabangsa, Amnesty International berkata, Sakineh didapati bersalah pada 2006 atau 2007 dan sebelum ini dihukum 99 sebatan.

Amerika Syarikat dan Britain mengutuk hukuman rejam berkenaan. Setiausaha Luar British, Wiliam Hague, kelmarin menyifatkan hukuman itu sebagai ‘ketinggalan’ dan menyifatkan ia sebagai menjijikkan dan menggemparkan seluruh dunia. “Hukuman rejam itu ketinggalan dan tidak dapat diterima kini dan jika terus digunakan di Iran bercanggah dengan hak asasi kemanusiaan,” katanya. – AFP

Berita Harian:
20/07/10

Iran Juga Tunduk Dan Takut Kepada Thagut. Di manakah Kemuliaan Umat Islam?

Lihatlah bagaimana kuffar Barat, Amerika dan Britain begitu berani menghina hukuman rejam yang dijatuhkan oleh mahkamah Iran ke atas seorang wanita yang bernama Sakineh Mohammadi-Ashtiani. Barat telah menggunakan segala bentuk ruang dan peluang yang mereka miliki untuk terus cuba memadamkan cahaya Allah SWT: “Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan- ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai”. [TMQ At Taubah (9) : 32].

Dilaporkan bahawa Setiausaha Luar British, Wiliam Hague, menyifatkan hukuman itu sebagai ‘ketinggalan’ dan menyifatkan ia sebagai menjijikkan dan menggemparkan seluruh dunia. “Hukuman rejam itu ketinggalan dan tidak dapat diterima kini dan jika terus digunakan di Iran bercanggah dengan hak asasi kemanusiaan,”. Seperti kebiasaan, pihak kuffar Barat menggunakan senjata hak asasi manusia untuk melakukan propaganda bagi menyerang Islam. Hanya dengan kritikan dan propaganda yang dimainkan oleh badan kufur antarabangsa itu, nampaknya Iran sebagai sebuah negara yang mendakwa kononnya sebagai negara Islam turut tunduk kepada desakan thagut antarabangsa. Iran yang selama ini, melalui Presidennya Mahmoud Ahmadinejad yang begitu lantang mengkritik Amerika sebagai pengganas global rupa-rupanya takut dan kecut kepada gertakan Barat ibarat tikus takutkan kucing.

Yakinlah wahai umat Islam bahawa hanya Khilafah sahajalah yang bersedia dan berani untuk menerapkan hukum Islam dalam kehidupan individu, masyarakat mahupun negara. Ketahuilah bahawa hanya satu-satunya institusi pemerintahan yang takut kepada Allah SWTsemata-mata dan bukan kepada yang lainnya hanyalah Khilafah. Telusurilah sejarah ketegasan dan keberanian Rasulullah SAW, Khalifah Mu’tasim, Sultan Abdul Hamid dan lain-lainnya dalam menerap dan menjunjung titah perintah Allah SWT. Namun malangnya, hari ini para pemimpin umat Islam para pemimpin yang takut, bacul, hipokrit dan kecut kepada syaitan besar Amerika dan Britain. Sedangkan seorang Muslim, termasuk para pemimpinnya tidak seharusnya takut kepada celaan orang-orang yang mencela dan wajib bagi umat Islam itu menyalurkan rasa ketakutan mereka semata-mata kepada Allah SWT.

Wahai para pemimpin Iran apakah kamu tidak pernah mendengar firman Allah SWT ini? “Kerana itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada-Ku. dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir”. [TMQ Al Maa-idah (5) : 44].

0 comments: