tentang diriku
 
- Shah Shukri
- Taiping, Perak, Malaysia
- "Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir"
Selamat Datang
islamic clock
 
switch blog
islamic calendar
 
jom chat...!!!
Facebook Badge
my Friends
Labels
- hudud (1)
my Ads
Followers
SUDAN AKHIRNYA BERPECAH
 
 KHARTOUM 8 Feb. – Sebanyak 98.83 peratus daripada rakyat Sudan menyokong  tuntutan kemerdekaan bahagian selatan negara ini ini dalam pungutan  suara semalam. Hasil pungutan suara yang diumumkan di sini, hanya 44,888  orang atau 1.17 peratus sahaja daripada 3,837,406 pengundi yang menolak  bahagian tersebut diberi kemerdekaan. “Pungutan suara ini adalah benar,  tepat dan telus, pihak kami tiada bantahan terhadapnya,” kata pengerusi  pungutan suara selatan Sudan, Mohamed Ibrahim Khalil. - AFP 
    
 Sumber : Utusan Malaysia: 08/02/11
 
 Atas Nama Demokrasi Umat Islam Terus Mengundang Murka Allah Dan Menjadi Mangsa Barat.
 
 Perpecahan demi perpecahan terus melanda dunia Islam. Kali ini kufar  Barat yang diketuai oleh Amerika dan sekutu-sekutunya dengan begitu  licik telah berjaya membahagi-bahagikan negeri umat Islam Sudan atas  nama demokrasi. Nampaknya makar jahat Barat terus berjaya untuk  melemahkan negara umat Islam. Kini wilayah selatan Sudan yang kaya  dengan minyak menjadi mangsa kepada kejahatan dan kerakusan kuasa  penjajah Barat apabila keputusan referendum menunjukkan hampir 100%  bersetuju agar wilayah selatan dipisahkan. Jika dahulu umat Islam telah  dijajah dan dipecah-belahkan secara fizikal melalui kuasa ketenteraan  oleh para penjajah. Kini pendekatan dan cara yang digunakan oleh pihak  Barat telah bertukar  tetapi matlamatnya tetap sama iaitu untuk  melemahkan umat Islam dengan cara memecah-belahkan negeri-negeri dan  kesatuan negara kaum muslimin. Di antara pendekatan yang digunakan kini  termasuklah menekan para penguasa umat Islam dengan ekonomi, ancaman  pemboikotan dan tipu-helah melalui Demokrasi. Inilah strategi yang  paling berkesan untuk terus menipu dan memperbodohkan umat Islam.  Keadaan ini akan pasti terus memudahkan Barat menguasai dan mengawal  umat Islam agar tunduk kepada telunjuk mereka. Sedangkan hukum syara’  telah menerangkan dengan jelas bahawa hukum memecah-belahkan negara  adalah haram. Jadi, persetujuan pemimpin Sudan untuk memisahkan wilayah  selatannya adalah perbuatan khianat. Ianya adalah satu tindakan yang  langsung tidak boleh diterima dari perspektif Islam walaupun seribu  alasan diberikan.
 
 Wahai seluruh umat Islam! Mahukah kamu jika anak kamu dikerat-kerat dan  dipotong-potong menjadi bahagian-bahagian kecil? Semua manusia yang  waras sudah pasti tidak akan menerimanya. Untuk itu hanya dengan  Khilafah sahaja umat Islam akan dapat disatukan semula di bawah suatu  kuasa politik. Selagi kesatuan dalam bentuk kesatuan politik Khilafah  ini tidak wujud, maka selagi itulah umat Islam akan terus menjadi mangsa  perlecehan kufar Barat. Wahai seluruh umat Islam! Apakah kalian akan  terus berdiam diri dan melihat saudara seIslam dan negeri-negeri mereka  terus diratah dan dipecah-belahkan oleh Barat? Kalian sudah tidak boleh  lagi mengharapkan para pemimpin sekular yang ada pada hari ini.  Gantikanlah mereka ini dengan seorang khalifah yang akan membela kalian  dan menerapkan Islam secara menyeluruh ke atas kalian serta menyatukan  seluruh negara umat Islam di bawah satu kepimpinan yang kemudiannya akan  pasti menghadirkan gerun di jantung musuh-musuh Allah. 
Sehingga kini pergolakan di Mesir masih belum berakhir. Rakyat masih  tetap keluar ke Dataran Tahrir dan ke jalan-jalan utama untuk menekan  Presiden Mubarak agar berundur. Dalam masa yang sama, si diktator itu  masih tetap enggan melepaskan jawatannya dan melakukan pelbagai taktik  keji dan jahat untuk meleraikan tunjuk perasaan. Terdapat bukti bahawa  Gamal Mubarak, anak kepada Hosni Mubarak, mengupah sekumpulan penjenayah  untuk melakukan serangan ke atas penunjuk perasaan sehingga menyebabkan  kecederaan kepada lebih dari seribu orang yang berhimpun. Presiden  Amerika Syarikat, Barack Obama pula nampaknya sedang bermain tarik tali  dengan apa yang berlaku di mana ketua pengganas dunia ini sudah pun  memberi isyarat agar Mubarak berundur dan memberikan laluan kepada  ejennya yang lain pula untuk menjadi diktator Mesir. 
    
 Walaupun Obama menekankan kepada orderly transition (peralihan  kuasa yang tertib) tetapi hingga kini dia masih ‘mempertahankan’ Mubarak  di kerusi presiden. Ini bagi menguji dan memastikan ‘hambanya’ yang  baru iaitu Omar Suleiman, El-Baradei dan beberapa yang lain betul-betul  ‘menyembah’kan sepenuh taat setia kepada AS tanpa berbelah bahagi  apabila dilantik kelak. Dalam masa yang sama, AS juga sedang menjinakkan  pemimpin Ikhwanul Muslimin agar turut berada di barisan ejennya yang  baru. 
 
 Dalam kekecohan dan rusuhan yang berlaku di bumi para Anbiya’ itu sejak  lebih dua minggu lepas, kerajaan Malaysia juga teramat sibuk untuk  menyelamatkan rakyat Malaysia, khususnya para pelajar yang jumlahnya  lebih 10,000 orang yang menginap di beberapa kota utama di Mesir.  Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjadi tunjang kepada misi menyelamat  pelajar Malaysia di bawah operasi yang dinamakan sebagai ‘Ops Piramid’  bagi mengeluarkan rakyat Malaysia dengan selamat dari bumi Mesir.  Syarikat penerbangan MAS dan AirAsia turut diminta membantu. Bukan  sahaja kerajaan, parti pembangkang juga turut mendesak dan cuba  bergabung di dalam misi menyelamat rakyat Malaysia ini. Ramai di  kalangan ibubapa dan juga pihak pembangkang tidak berpuas hati dengan  kerajaan yang dikatakan lambat bertindak dan ada agenda politik di  sebalik operasi tersebut. Kerajaan pula bersungguh-sungguh menafikannya  dan meminta pembangkang agar tidak ‘mempolitikkan’ isu tersebut. 
 
 Harakahdaily.net melaporkan bahawa terdapat wakil dari Kelantan iaitu  bekas Presiden Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Zulkapli  Yaacob yang pada awalnya ditawarkan menyertai misi Mercy bagi menghantar  bantuan ke Mesir, tetapi kemudian diketepikan. “Saya telah serahkan  passport kepada pihak penganjur biar pun tahu di belakangnya ada Kelab  Putera Malaysia. Ketika taklimat diadakan di Kuala Lumpur setiap peserta  yang akan menyertai misi berkenaan diberi t-shirt berlambang  1Malaysia”, ujarnya tidak berpuas hati. Terdapat juga laporan bahawa  pelajar yang pro parti politik tertentu didakwa didahulukan dalam misi  menyelamat bagi memindahkan pelajar dari Mesir ke Jeddah, selain  terdapat maklumat bahawa ada ibu bapa pelajar yang datang ke Bilik  Gerakan Bantuan Kemanusian Mesir membuat aduan mereka ditanya oleh  petugas di Wisma Putera, “Encik datang dari UMNO Bahagian mana?”  [harakahdaily.net]. Berdasarkan perkembangan terbaru, kerajaan  menyatakan bahawa Ops Piramid telah hampir selesai di mana sebahagian  besar pelajar Malaysia telah berjaya dibawa pulang dengan selamat. Namun  demikian, terdapat lebih kurang 2000 pelajar yang berkeras tidak mahu  mahu balik walaupun telah ditawarkan berbuat demikian.
 
 Ops Piramid, Apa Yang Tak Kena?
 
 Di sebalik segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan misi  menyelamat pelajar Malaysia di Mesir ini, terdapat segelintir yang lain  berpuas hati dan berterima kasih kepada kerajaan di atas operasi yang  dijalankan. Di balik semua itu, tidak ramai yang melihat dan  membincangkan apakah aspek yang tidak kena dengan operasi ini, dipandang  dari sudut Islam. Jika dilihat dari perspektif kemanusiaan,  sesungguhnya usaha menyelamat itu adalah suatu yang baik, tetapi  tertakluk kepada syarat. Syaratnya adalah tindakan itu hendaklah  dilakukan semata-mata kerana Islam, bukan kerana yang lain. Ia mestilah  suatu tindakan yang didorong semata-mata oleh akidah Islam, bukan selain  dari itu. Jika ia dilakukan bukan kerana Islam, maka misi menyelamat  itu tidak akan dapat menyelamatkan pelakunya dari dosa kepada Allah dan  azab di akhirat. 
 
 Sekali pandang sahaja sudah cukup untuk kita menafsirkan bahawa misi  menyelamat itu bukan dilakukan atas dorongan ‘akidah Islam’. Baik  kerajaan mahupun pembangkang, semuanya melihat bahawa yang perlu  diselamatkan di sana adalah rakyat Malaysia atau lebih tepat lagi,  rakyat yang berwarganegara Malaysia atau yang memegang kad pengenalan  Malaysia! Itulah hakikatnya. Mereka langsung tidak memandang bahawa  rakyat Indonesia (yang belajar di Mesir) perlu diselamatkan, rakyat  Pakistan perlu diselamatkan, rakyat Arab Saudi perlu diselamatkan atau  rakyat negara mana pun yang belajar di Mesir perlu diselamatkan. Mereka  langsung tidak memandang bahawa rakyat Mesir itu sendiri perlu  diselamatkan, walaupun hakikatnya mereka semua itu adalah Muslim dan  walaupun hakikatnya akidah rakyat Indonesia, Pakistan, Arab Saudi dan  Mesir itu kesemuanya adalah ‘akidah Islam’. Mereka langsung tidak  memandang bahawa kesemua pihak tersebut adalah orang yang beragama Islam  dan merupakan saudara seakidah mereka yang wajib diselamatkan  kesemuanya!
 
 Persoalannya, kenapakah hanya rakyat Malaysia yang diselamatkan?  Jawapannya, tidak lain adalah kerana mereka itu ‘rakyat kita’! Apakah  yang membezakan orang Malaysia, orang Indonesia, orang Pakistan dan  orang Mesir? Bezanya adalah kerana seseorang itu memiliki sekeping ‘kad  pengenalan’ yang tertulis perkataan ‘Malaysia’ di atasnya, maka, jadilah  orang itu ‘orang Malaysia’. Jika yang tertulis di atas kad tersebut  adalah ‘Mesir’, maka jadilah dia orang Mesir. Dan apa pula yang  memisahkan negara yang bernama Malaysia, Indonesia, Mesir dan lain-lain  negara kaum Muslimin? Jawapannya, kerana sempadan palsu yang telah  dilakar oleh kuffar penjajah Barat setelah mereka menjajah tanah-tanah  kita lebih seabad yang lalu!!
 
 Kesemua sempadan imaginatif ini diwujudkan bagi memecah-belah,  mencerai-berai dan melemahkan kesatuan umat Islam. Kemudian kuffar Barat  melantik di setiap negara yang dipecahkan ini seorang ejen mereka yang  memerintah mengikut apa yang mereka kehendaki, bukannya mengikut apa  yang Allah kehendaki. Hasil dari penjajahan dan semua makar jahat Barat  inilah, maka umat Islam akhirnya terpecah-belah kepada negara-negara  kecil yang lemah dan tidak bermaya dan pemimpinnya tunduk kepada Barat  dan para pemimpin jahat ini pula berusaha bersungguh-sungguh  mempertahankan sempadan negara masing-masing yang telah dilakar oleh  Barat dan tidak mahu keluar darinya! Akibatnya, wujudlah negara  Malaysia, negara Indonesia, negara Mesir dan lain-lain negara umat Islam  yang tercerai-berai dan dibanggakan oleh pemerintah dan rakyat  masing-masing! 
 
 Setelah melakar sempadan-sempadan palsu ini, Barat telah meleraikan  ikatan suci umat Islam yakni ‘ikatan akidah’ yang selama ini menjadi  satu-satunya pengikat yang benar sesama kaum Muslimin. Ikatan suci ini  kemudiannya diganti dengan ‘ikatan sempadan’ atau wathaniyyah  (patriotisme) dan ikatan asabiyyah (nasionalisme). Akhirnya umat Islam  telah melebihkan ikatan wathaniyyah dan assabiyyah dari ikatan akidah  itu sendiri, sehingga jika ada apa jua masalah hatta masalah nyawa  sekalipun yang melanda umat Islam, maka ikatan yang akan didahulukan  oleh umat adalah ikatan sempadan dan ikatan nasionalisme, bukannya  ikatan akidah! 
 
 Ops Piramid yang dilancarkan oleh kerajaan Malaysia dan usaha-usaha  menyelamat rakyat Malaysia di Mesir hakikatnya merupakan manifestasi  dari ‘ikatan sempadan’ yang lebih diutamakan (untuk dijaga) dari ‘ikatan  akidah’ yang ada pada sesama Muslim. Walhal sesungguhnya Allah SWT  langsung tidak memandang manusia dengan ikatan sempadan kerana Allah  telah menyatukan manusia dengan ikatan akidah Islam. Tidak ada bezanya  antara orang Malaysia, Indonesia, Bangladesh, Mesir dan sebagainya  selama mana mereka adalah orang yang mengucapkan La Ilaha Illallah  kerana dengan kalimah inilah Allah telah menyatukan kita semua di bawah  satu ikatan. Sesungguhnya darah umat Islam itu sama sahaja, darahnya  mulia dan wajib dijaga, tanpa mengira di negara manakah mereka lahir  atau tinggal, tanpa mengira bangsa apakah mereka dan tanpa mengira warna  apakah kulit mereka. Sabda Nabi SAW, 
 
 “Wahai manusia, sesungguhnya Tuhan kalian adalah satu dan bapa kalian  pun satu. Tidak ada keutamaan orang Arab atas orang ajam (bukan Arab)  dan tidak ada keutamaan orang ajam atas orang Arab, tidak ada keutamaan  orang berkulit hitam atas yang merah dan tidak ada keutamaan orang  berkulit merah atas yang hitam, kecuali dengan taqwa” [HR Ahmad].
 
 Umat Islam diharamkan mengikat diri mereka dengan ikatan patriotisme dan  nasionalisme kerana ia bertentangan dengan hukum penyatuan umat Islam  yang diwajibkan oleh Allah SWT. Allah SWT berfirman, 
 
 “Sesungguhnya umat ini adalah umat yang satu dan Aku adalah Rabbmu, maka bertakwalah kepadaKu” [TMQ al-Mukminun (40):52].
 Firman Allah yang lain, 
 
 “Sesungguhnya orang-orang beriman adalah bersaudara” [TMQ al-Hujurat (49):13]. 
 
 Ayat ini dengan tegas menunjukkan bahawa umat Islam adalah bersaudara  yang diibaratkan oleh Rasulullah SAW sebagai tubuh yang satu. Kesemua  kesatuan dan persaudaraan ini adalah kerana umat Islam ini diikat oleh  kesamaan ‘aqidah Islamiyyah’ (iman), bukannya oleh kesamaan bangsa atau  tanahair. Rasulullah SAW bersabda, 
 
 “Tidak termasuk umatku orang yang menyerukan kepada assabiyyah, berperang kerana assabiyyah dan mati kerana assabiyyah” [HR Abu Dawud]. 
 
 Cintakan Tanahair, Dari Mana Asalnya?
 
 Ada sebahagian dari umat Islam yang memperjuangkan wathaniyyah  beristidlal (menggunakan dalil) dengan ‘hadis’ yang berbunyi “hubbul  wathan minal iman” (cintakan tanahair sebahagian daripada iman).  Malangnya mereka tidak mengkaji kedudukan sebenar ‘hadis’ ini. Ungkapan  “hubbul wathan minal iman” sebenarnya adalah hadis palsu (maudhu’),  dengan kata lain ia bukanlah hadis. Demikianlah menurut para ulama ahli  hadis yang terpercaya. Dalam kitab Tahdzirul Muslimin karya Syaikh  al-Azhari asy-Syafi’i hal. 109 diterangkan bahawa hadis “hubbul wathon  minal iman” adalah maudhu’ (palsu). Demikian juga penilaian Imam  as-Sakhawi dan Imam ash-Shaghani. Imam as-Sakhawi (w. 902 H) menerangkan  kepalsuannya dalam kitabnya al-Maqasid al-Hasanah fi Bayani Katsirin  min al-Ahadits al-Musytaharah ‘ala Alsinah, hal. 115. Imam ash-Shaghani  (w. 650 H) pula menerangkan kepalsuan ‘hadis’ ini di dalam kitabnya  Al-Maudhu’at, hal. 8. 
 
 Penilaian palsunya hadis tersebut juga dapat dirujuk pada rujukan lain  seperti berikut, (i) Kasyful Al-Khafa’ wa Muzilu al-Ilbas, karya Imam  Al-Ajluni, Juz I hal. 423 (w. 1162 H), (ii) Ad-Durar Al-Muntatsirah fi  al-Ahadits al-Masyhurah, karya Imam Suyuthi, hal. 74 (w. 911 H), (iii)  At-Tadzkirah fi al-Ahadits al-Musytaharah, karya Imam Az-Zarkasyi, hal.  11 (w. 794 H) [lihat Syeikh al-Azhari asy-Syafi’i, Tahdzirul Muslimin  min al-Ahadits a-Maudhu’ah ‘Ala Sayyid al-Mursalin, hal. 109]. 
 
 Ringkasnya, ungkapan “hubbul wathan minal iman” adalah hadis palsu  (maudhu’) atau dengan kata lain ia bukanlah hadis Nabi SAW. Oleh yang  demikian, kami mengingatkan kepada seluruh kaum Muslimin agar tidak  mengatakan “hubbul wathan minal iman” sebagai hadis, sebab Nabi SAW  memang tidak pernah mengatakannya. Menisbahkan ungkapan itu kepada Nabi  SAW adalah sebuah kedustaan yang nyata atas nama Nabi SAW dan ingatlah  bahawa Nabi SAW pernah bersabda dalam sebuah hadis mutawatir,  “Barangsiapa yang berdusta atasku dengan sengaja, maka hendaklah ia  menempatkan tempat duduknya di neraka”. 
 
 Jika kita menelusuri sejarah Islam, kita akan dapati bahawa Islam memang  tidak pernah mengenal perjuangan wathaniyyah dan assabiyyah ini,  kecuali setelah zaman perang pemikiran (al-ghazwul fikri) pada abad  ke-17 Masihi yang dilancarkan kaum penjajah yang cuba menakluk dan  memecah-belahkan Daulah Khilafah. Mereka melancarkan serangan pemikiran  melalui para misionaris dan merekayasa parti-parti politik rahsia untuk  menyebarluaskan kedua-dua idea sesat ini. Banyak kelompok misionaris  British, Perancis dan Amerika didirikan di dalam Daulah di sepanjang  abad ke-17, 18, dan 19 Masihi untuk menjalankan misi tersebut. 
 
 Namun, usaha mereka menemui kegagalan demi kegagalan sehinggalah pada  tahun 1857, penjajah kuffar mula menuai kejayaan tatkala berdirinya  Persatuan Sains Syria (Syrian Scientific Society) yang menyerukan  nasionalisme Arab. Sebuah sekolah misionaris terkemuka dengan nama  Al-Madrasah Al-Wathaniyah telah didirikan di Syria oleh Butros  Al-Bustani, seorang Kristian Arab (Maronit). Nama sekolah ini menjadi  simbol intipati dan kejayaan misi Barat dalam menerapkan fahaman  wathaniyyah (hubbul wathan, cintakan tanah air) di dunia Islam. Langkah  yang sama terjadi di Mesir, ketika Rifa’ah Badawi Rafi’ At-Tahtawi (w.  1873M) mempropagandakan wathaniyyah dan sekularisme. Setelah itu,  berdirilah beberapa parti politik yang diasaskan atas perjuangan  patriotisme dan nasionalisme dan parti-parti ini kemudiannya digerakkan  untuk menghancurkan Daulah Khilafah yang berpusat di Turki ketika itu. 
 
 Sepanjang zaman kemerosotan Khilafah Uthmaniyyah, kaum kuffar berhimpun  dan bekerjasama untuk merobek-robek negara Khilafah, antaranya melalui  perjanjian Sykes-Picot pada tahun 1916 ketika British dan Perancis  merencana untuk membahagi-bahagikan wilayah Khilafah. Kemudian pada  tahun 1923, dalam Perjanjian Versailles dan Lausanne, rencana itu mula  diimplementasikan. Dari sinilah lahirnya negara-negara Irak, Syria,  Palestin, Lebanon dan Transjordan. Kesemuanya berada di bawah mandat  British, kecuali Syria dan Lebanon yang berada di bawah Perancis. Hal  ini kemudian diikuti dengan usaha British dalam merancang kelahiran  Pakistan. Kewujudan semua negara-bangsa ini tiada lain adalah hasil  perancangan imperialis kuffar yang berjaya memecahbelahkan kesatuan  negara kaum Muslimin. Begitu juga Malaysia dan Indonesia, semuanya tidak  lepas dari perancangan penjajah menyebarkan fahaman patriotisme dan  nasionalisme dalam tubuh umat Islam agar umat ini tidak dapat bertaut  kembali di bawah negara yang satu yakni negara Khilafah. 
 
 Khatimah
 
 Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya keseluruhan bumi ini diwariskan oleh  Allah kepada orang-orang yang beriman dan sesungguhnya bumi Allah ini  sama sahaja tidak kira di mana kedudukannya. Allah Azza Wa Jalla tidak  pernah membezakan bumi Malaysia dari bumi Mesir, bumi Arab Saudi dari  bumi Irak dan sebagainya. Maha Suci Allah yang telah mencipta  keseluruhan bumi ini dengan kekuasaan dan kehendakNya. Dia tidak pernah  membezakan kaum Muslimin di bumi mana sekalipun Muslim itu tinggal.  Justeru, apakah hak manusia untuk membeza-bezakan seseorang Muslim  dengan Muslim yang lain hanya kerana perbezaan tempat kelahiran dan  perbezaan kewarganeraan sedangkan setiap Muslim itu mengucapkan kalimah  La Ilaha Illallah yang sama? Wahai kaum Muslimin! Wahai umat Islam di  Malaysia! Sedarlah! Campakkanlah sejauh-jauhnya perasaan, semangat dan  perjuangan wathaniyyah dan assabiyyah yang sesat lagi menyesatkan!  Kembalilah kepada ikatan yang hakiki...ikatan yang menjadikan umat Islam  umat yang satu, umat yang mulia yang menjadi pewaris bumi Allah ini  kesemuanya. Ingatlah bahawa sesungguhnya daripada tanah kita berasal dan  kepada tanah kita kembali...maka janganlah sekali-kali kalian  membeza-bezakan tanah ciptaan Allah, di bumi mana sekalipun tanah itu  berada, baik di bumi Malaysia, bumi Indonesia mahupun bumi Mesir kerana  yang pasti, di bumi Allah inilah kita semua akan disemadikan.
Pada hari Jumaat yang lalu (04/02/2011), jutaan rakyat Mesir telah  berkumpul di Dataran Tahrir di Mesir dan di bandar-bandar besar yang  lain untuk menumbangkan rejim Mubarak. Para penunjuk perasaan melaungkan  pelbagai slogan untuk menumbangkan rejim Mubarak. Salah seorang wakil  Press TV melaporkan bahawa para penunjuk perasaan merancang untuk  melakukan perarakan menuju ke istana Presiden selepas selesai solat  Jumaat.
Beberapa ribu tentera telah dikerahkan ke lokasi-lokasi penting di  seluruh bandar. Pihak pembangkang menggelarkan hari Jumaat tersebut  sebagai "Hari Untuk Melepaskan". Dikatakan bahawa demonstrasi besar  tersebut bertujuan untuk memaksa Mubarak supaya melepaskan jawatannya.  Terdapat juga beberapa kumpulan orang awam mengadakan protes  besar-besaran di Iskandariah dan Suez. Perkembangan tersebut muncul  setelah pemerintah menggunakan kekerasan terhadap para jurnalis dan  media untuk menghalang liputan berita tentang penunjuk perasaan  tersebut.
  
Pada hari Khamis yang lalu, wakil Presiden, Omar Sulaeiman menganggap  bahawa seruan pengunduran Mubarak merupakan seruan kepada kekacauan.  Suleiman mengatakan, pemerintah mendesak semua pihak termasuk Ikhwanul  Muslimin supaya tutut serta dalam dialog nasional yang diadakan. Dalam  sebuah kenyataan yang dikeluarkan, Ikhwanul Muslimin dikatakan menolak  tawaran pemerintah tersebut.
Para penunjuk perasaan telah bersumpah untuk terus berdiri teguh  meskipun berlaku pertembungan dan pergaduhan yang menyebabkan beberapa  kematian, di mana lebih daripada 1500 orang yang lain cedera di Mesir.  Mereka melaungkan “Turun, Turun, Turun Mubarak”. Ada juga para penunjuk  perasaan yang menolak campur tangan Amerika dan negara-negara imperialis  yang lain. Sekurang-kurangnya 300 orang terbunuh dan ribuan yang lain  cedera dalam demonstrasi tersebut.
Mesir merupakan salah satu negeri kaum Muslimin yang memiliki potensi  yang besar bagi umat. Sudah bertahun-tahun lamanya Mesir dicengkam oleh  demokrasi dan kediktatoran serta berada di bawah telunjuk Amerika.  Sungguh pelik, negeri yang dibuka oleh Amr bin Ash ini pada hari ini  boleh menjadi sekutu Israel di mana pada waktu yang sama Israel menjajah  negara Palestin.
Sudah tiba masanya umat untuk bangkit dan bukan hanya sekadar  menghentikan rejim diktator, tetapi juga menggantikan sistem demokrasi  yang selama ini telah membawa malapetaka kepada seluruh negeri-negeri  kaum Muslimin. Umat kini memerlukan satu kesatuan politik yang akan  mengembalikan kemuliaan mereka dengan menerapkan syariah dalam setiap  sendi-sendi kehidupan serta mengembangkan Islam ke seluruh alam.  Institusi tersebut adalah Khilafah Rasyidah yang diperlukan oleh umat,  dan bukannya demokrasi. InsyaAllah, ia  semakin dekat! [m/f/prstv/syabab.com]
Rejim Mubarak telah mengerahkan segala yang dimilikinya untuk  mencederakan rakyatnya sendiri. Walaupun demonstrasi jutaan rakyat yang  menuntut Mubarak untuk berundur dilakukan dengan aman, beberapa pihak  telah digunakan oleh penguasa untuk memprovokasi rakyat sehingga  mencetuskan pergaduhan. Terbaru, sebuah kereta peronda polis milik  pemerintah meredah jalan-jalan yang digunakan oleh penunjuk perasaan.
 
 Pada awalnya para penunjuk perasaan sedang berkumpul dan berada di  jalanan. Tiba-tiba dengan secara mengejut, sebuah kereta peronda di  sebuah jalan melanggar beberapa penunjuk perasaan. Kejadian tersebut  sempat dirakam dengan jelas oleh salah seorang penunjuk perasaan pada  hari Khamis lalu (03/02/2011). Rejim Mubarak yang didukung oleh AS dan  Barat  telah bekerjasama dengan Israel dengan menggunakan tangan besinya  untuk memukul para penunjuk perasaan. Di samping itu, konco-konconya  juga menyerang para wartawan yang sedang membuat liputan tentang  demonstrasi rakyat tersebut.
    
 Demonstrasi rakyat yang tercetus daripada revolusi di Tunisia ini akan  terus berlanjutan. Diramalkan bahawa demonstrasi jutaan rakyat pada hari  Jumaat ini akan menambah parahkan lagi keadaan di Mesir. [m/np/syabab.com]
SEPANG 7 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, operasi menyelamat  pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir menerusi Ops Piramid merupakan misi  untuk kepentingan negara dan tiada unsur politik. Menurut Perdana  Menteri, kerajaan melakukan apa sahaja yang terbaik untuk membawa pulang  rakyat Malaysia berikutan pergolakan di negara berkenaan. "Kerajaan  mengambil keputusan dalam apa jua keadaan, kita akan melancarkan misi  menyelamatkan pelajar-pelajar dan warga Malaysia. "Dan ini misi untuk  kepentingan negara. Tidak ada pertimbangan politik sama sekali, tidak  kira pertimbangan ideologi, asalkan mereka ini warga Malaysia, mereka  mesti diselamatkan dengan kadar segera," katanya.  
    
 Beliau berkata demikian ketika menyambut kepulangan kumpulan pertama 778  pelajar dan rakyat Malaysia yang dibawa keluar dari Mesir menerusi Ops  Piramid melalui Jeddah di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang  Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini. Pesawat Malaysia  Airlines (MAS) dan AirAsia itu mendarat kira-kira pukul 10 pagi dan  turut disambut isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor,  Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menteri Kabinet  lain.  Turut menyambut kepulangan mereka ke tanah air ialah anggota  keluarga masing-masing. Najib berkata, oleh kerana misi tersebut bukan  sesuatu yang mudah, kerajaan telah membuat perancangan teliti termasuk  membawa keluar rakyat Malaysia di Mesir untuk ditempatkan sementara di  Jeddah sebelum dibawa pulang ke tanah air.  Menurut Perdana Menteri,  pelbagai pihak terlibat dalam misi tersebut kerana matlamatnya hanya  untuk memastikan rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat. Tegas  beliau, kerajaan bimbang tentang keselamatan warga Malaysia di Mesir  kerana di negara berkenaan kini tiada lagi pentadbiran awam dan yang  berasaskan undang-undang. "Runtuhnya sama sekali undang-undang dan  ketenteraman di Mesir yang menyebabkan sebarang kemungkinan boleh  berlaku. 
 
 Kami amat khuatir dan bimbang kalau berlaku perkara yang boleh mengancam  nyawa dan berlaku kecacatan atau kecederaan kepada anak-anak kita yang  tidak berdosa," katanya.  Perdana Menteri berkata, kepulangan kumpulan  pertama rakyat Malaysia itu merupakan satu kelegaan kepada mereka di  tanah air dan sebab itu, beliau yang sepatutnya mempengerusikan sebuah  mesyuarat penting pagi ini menangguhkannya untuk bersama dengan mereka  di sini. Najib juga tidak 'bercuti' sepanjang dua tiga hari lepas  sedangkan pada masa itu cuti umum untuk menumpukan urusan membawa pulang  rakyat Malaysia. "Ada pukul 3 pagi pun kita terima telefon (berkenaan  dengan urusan membawa balik rakyat Malaysia ini). Alhamdulillah, semua  urusan ini berjalan dengan baik. Saya doakan supaya penerbangan lain  (selepas ini dari Mesir) akan selamat kembali ke tanah air," katanya.  Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk MAS,  AirAsia, Lembaga Tabung Haji, Angkatan Tentera Malaysia dan Majlis  Keselamatan Negara (MKN). Najib juga mengucapkan penghargaan kepada  Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Turki Abdullah al-Saud kerana sudi  membiayai dua penerbangan menggunakan pesawat jumbo Boeing 747 untuk  membawa balik pelajar Malaysia dari Jeddah ke Kuala Lumpur.  Juga, kata  Perdana Menteri, ucapan terima kasih buat Raja Arab Saudi Raja Abdullah  Abdul Aziz Al-Saud kerana membenarkan penggunaan ruang udara dan  pendaratan seberapa banyak pesawat Malaysia di Jeddah. Kata beliau,  perkara itu merupakan satu 'pertimbangan yang luar biasa' dari negara  berkenaan kepada Malaysia.  Najib berkata, jika perlu kerajaan juga akan  berurusan dengan pihak universiti di Mesir supaya pelajar-pelajar yang  menuntut di negara tersebut menduduki peperiksaan di Malaysia.
 
 Sumber : Utusan Malaysia: 08/02/11
 
 Mana Mungkin Bukan Kerana Politik
 
 Jika Najib tidak menjadi Presiden UMNO mungkin kenyataan di atas ada  asas dan kebenarannya. Tetapi fakta dan hakikatnya, beliau adalah  seorang Perdana Menteri juga dalam masa yang sama adalah Presiden UMNO.  Maka sudah pasti tindakan beliau itu tidak boleh lari dari tujuan untuk  meraih keuntungan untuk politik UMNO. Ini adalah hakikat dan persepsi  yang tidak boleh dinafikan oleh beliau. Kerana kita boleh melihat  kebanyakkan apa yang dilakukan oleh Najib selama ini kesemuanya adalah  untuk  menonjolkan kehebatan dan keupayaan yang dilakukan oleh  pemimpin-pemimpin UMNO dalam mentadbir negara. Mana tidaknya, media  cetak dan elektronik tidak henti-henti memutarkan berita dan visual  usaha-usaha pemimpin daripada kerajaan UMNO-BN di dalam membawa pulang  semua rakyat Malaysia. Untuk apa? Sudah tentu untuk menaikkan populariti  BN menjelang pilihanraya umum yang semakin dekat. Manakala semua  pemimpin-pemimpin kerajaan yang terlibat dalam Ops Piramid ini pula  pasti akan mendapat merit dan diutamakan di dalam kenaikkan pangkat atau  jawatan. Secara langsung ini akan mengukuhkan sokongan penjawat awam  kepada kerajaan UMNO-BN. Justeru itu, jika beliau benar-benar bekerja  untuk semua rakyat maka kita ingin melihat selepas ini samada semua  projek dan program yang dianjurkan tidak dikaitkan dengan UMNO atau  Barisan Nasional (BN). 
 
 Jika Najib ingin membela rakyat, beliau seharusnya menjadikan rekod  cemerlang pemimpin umat Islam dahulu. Contoh ini boleh dirujuk kepada  sistem Khilafah yang pernah wujud selama lebih 1300 tahun lamanya.  Institusi ini adalah institusi yang akan mewakili seluruh umat Islam  tanpa mengira bangsa dan warna kulit serta sempadan geografi.  Sebagaimana catatan sejarah umat Islam yang penuh dengan kegemilangan  semasa berada di bawah naungan dan kekuasaan para khalifah dahulu.  Pernah belaku di zaman kegemilangan Khilafah Abbasiyah, Khalifah  Mu’tasim yang ketika itu berpusat di Kota Baghdad telah menghantar  tentera bagi membela kehormatan seorang muslimah yang dimalukan oleh  tentera Rom di Mesir. Ini berbeda dengan keadaan negara-negara bangsa  yang diciptakan oleh barat. Para pemimpin sekular umat Islam hanya akan  “menyelamatkan” rakyat bangsanya sahaja. Tanpa merasa bertanggunjawab  untuk menyelesaikan dan menyelamat nyawa dan kehormatan seluruh umat  Islam. Ini adalah kerana fahaman dan jiwa mereka telah dicetak dan  dibentuk oleh barat dengan fahaman Assabiyyah dan Wataniyyah. Walhal  kedua-dua fahaman itulah yang telah memecah-belahkan umat Islam sehingga  umat Islam menjadi lemah dan mudah diratah oleh Barat dan  sekutu-sekutunya. Sudah tiba masanya khilafah mengantikan negara-negara  bangsa ini dan menyatukan mereka di bawah seorang pemimpin.
Hampir pengsan bil hospital RM23,000
KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan swasta dari Kluang, Johor, hampir pengsan apabila melihat bil perubatannya mencecah RM23,000 selepas 12 hari dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Batu Pahat kerana batuk selama dua minggu.  Roslan Husin, 46, mendakwa pakar di hospital swasta itu bagaimanapun gagal mengesan punca penyakitnya sejak dia ditahan di wad hospital itu 4 Febuari tahun lalu, selain mendakwa caj ubat dikenakan berjumlah RM9,852 mahal dan melampau.
Lebih menyedihkan, dia mendakwa kakitangan pusat perubatan swasta itu hanya memberitahu kos perubatannya melebihi jumlah maksimum perlindungan insuransnya iaitu RM15,000 selepas 11 hari ditahan di wad.    
“Saya terkejut, marah dan hampir pengsan apabila diberitahu bil perubatan saya melebihi RM15,000 yang ditanggung syarikat insurans. Saya persoalkan kenapa hanya diberitahu selepas ia lebih daripada jumlah itu, kenapa tak beritahu awal,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu.
Roslan berkata, dia pergi ke hospital swasta setelah dinasihatkan oleh doktor klinik panel syarikatnya kerana mereka gagal mengesan punca batuk dialaminya.
“Mereka periksa saya macam biasa, tidak buat apa-apa kecuali membuat imbasan x-ray dan masukkan wayar dalam hidung. Pakar di situ kata saya menghidap asma tetapi saya tak percaya, saya cuma batuk-batuk. Kemudian mereka datang dan beritahu bil perubatan saya mencecah RM23,000 menyebabkan saya terkejut,” katanya.
Dia tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan namun, pihak hospital yang gagal mengesan punca penyakit tetap memintanya tinggal di wad selama dua hari lagi.
“Saya tolak permintaan mereka menyebabkan doktor pusat perubatan pakar itu menulis surat untuk merujuk saya ke Hospital Kluang, tetapi doktor hospital kerajaan beritahu pada saya, kalau pakar pun tidak dapat kesan apa punca penyakit saya, tak guna untuk saya dimasukkan ke hospital kerajaan,” katanya.
Katanya, selepas keluar dari hospital swasta itu dia mencuba kaedah perubatan tradisional dan penyakitnya kini sembuh.
Isnin lalu, Berita Harian melaporkan 26 peratus daripada individu yang gagal membayar balik pinjaman bank dan kad kredit kerana menanggung beban hutang membiayai kos perubatan tinggi di hospital swasta.
Sumber: Berita Harian 28/11/10
Nak Perkhidmatan Kesihatan Yang Baik? Kamu Kena Ada Duit. Begitulah Sengsaranya Hidup Di dalam Sistem Kapitalisme
Apabila dunia terus dicengkam oleh sistem Kapitalisme seperti mana yang dapat kita saksikan hari ini, maka kita dapat melihat betapa sengsaranya kehidupan manusia. Berita di atas memaparkan secebis kecil dari ribuan penderitaan masyarakat yang hidup di dalam dunia Kapitalisme. Kesihatan yang sepatutnya menjadi hak bagi setiap warganegara untuk mendapatkannya secara percuma, telah dinafikan haknya oleh negara. Jika ada pun perkhidmatan kesihatan yang diberikan kepada rakyat oleh negara, maka kita dapat menyaksikan bagaimana birokasi yang melelahkan terpaksa dilalui oleh pesakit. Warga negara yang ingin mendapatkan rawatan kesihatan pula dikategorikan berdasarkan taraf jawatan dan majikan seperti samada kakitangan awam, swasta, bekerja sendiri dan sebagainya. Maka tidak menghairankan kenapa dalam dunia Kapitalis hari ini kesihatan telah dijadikan sebagai suatu bisnes yang menguntungkan. Contohnya kewujudan insurans kesihatan dan hospital swasta yang berorientasikan keuntungan nampaknya semakin berkembang dan tumbuh bak cendawan selepas hujan. Negara telah mula melepaskan diri daripada memikul tugas dan tanggunjawab sebagai pemerintah yang sebenarnya berkewajiban mengurus dan menjaga seluruh urusan rakyatnya termasuklah menyediakan perkhidmatan kesihatan percuma kepada rakyat. Ini adalah kerana kesihatan adalah termasuk 'Basic Rights' rakyat selain pendidikan dan keselamatan. Lihat: SN160 - BAGAIMANA DAULAH ISLAM MENJAGA KEBAJIKAN.
Berita di atas bukanlah sesuatu yang baru. Ianya memaparkan tentang kesengsaraan rakyat yang hidup di dalam dunia Kapitalisme. Wahai seluruh manusia! Yakinlah bahawa keadaan ini tidak akan kita temui di dalam Daulah Khilafah. Sejarah kegemilangan Khilafah di dalam mengatur dan mengurus kehidupan rakyatnya termasuklah di dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan telah menjadi bukti yang jelas bahawa Khalifah pernah dan akan melaksanakan suatu polisi kesihatan yang terbaik untuk rakyatnya kerana ia menyakini bahawa tanggungjawab untuk mengurus urusan umat ini akan pasti dipersoalkan oleh Allah SWT di hari akhirat kelak dan bukan hanya semata-mata untuk mengelakkan dirinya daripada dikritik oleh rakyat di bawah jagaannya. Catatan sejarah membuktikan bahawa semasa zaman kegemilangan Khilafah, Khalifah telah menyediakan banyak hospital kelas satu dan doktor di beberapa bandaraya antaranya: Baghdad, Damaskus, Cairo, Jerusalem, Alexandria, Cordova, Samarkand dan banyak lagi. Bandaraya Baghdad sahaja memiliki 60 buah hospital yang menyediakan perkhidmatan rawatan kesihatan kepada pesakit yang dirawat sebagai pesakit dalaman dan juga sebagai pesakit luar dan memiliki lebih dari 1000 orang doktor.
Hospital-hospital lain seperti Bimaristan al-Mansuri, yang didirikan di Cairo pada tahun 1283, mampu menampung seramai 8000 orang pesakit dalam satu-satu masa. Ada 2 orang pembantu hospital untuk setiap pesakit yang bertugas untuk membantu pesakit agar mendapatkan layanan yang terbaik dan kemudahan yang secukupnya dan setiap pesakit mendapat ruang tidur dan tempat makan sendiri. Para pesakit yang ditahan di hospital mahupun pesakit luar diberi makanan dan ubat secara percuma.
Di samping hospital, klinik bergerak juga ada disediakan untuk memberikan rawatan perubatan kepada golongan cacat dan penduduk yang tinggal di kampung-kampung. Khalifah Al-Muqtadir Billah, memerintahkan bahawa setiap klinik bergerak mesti melawat setiap kampung dan berada di sana selama beberapa hari sebelum berpindah ke kampung berikutnya. Inilah sebahagian daripada catatan tinta emas yang terkandung di dalam sejarah kegemilangan Khilafah Islam. Maka dengan itu sudah sampai masanya Khilafah itu memimpin dunia.


 
  

