FLAG OF THE TRUTH

1 Khilafah : Hukum Allah didahulukan,Sistem Islam yg sebenar diutamakan. “Menamatkan Kepungan Terhadap Gaza Bukanlah Dengan Kecaman Dan Kunjungan Ke PBB Tetapi Dengan Menggerakkan Tentera Mengelilingi Entiti Yahudi Umpama Gelang Yang Mengelilingi Tangan”

KUALA LUMPUR, 27 Okt: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melahirkan kebimbangan di atas peningkatan hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

“Laporan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang sangat mengejutkan kerana Malaysia boleh jatuh muflis dengan kadar hutang yang tinggi sebegini,” kata Ketua Penerangan DPPWP, Fadhil Osman.

Menurut Tan Sri Ambrin Buang, hutang tahun ini jauh lebih teruk berbanding jumlah hutang RM233.92 billion yang disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Jun lalu.

DPPWP, katanya mempersoalkan bagaimana hutang yang mencakupi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) boleh meningkat sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyatakan kedudukan ekonomi negara yang semakin kukuh.

Ditambah pula, ujarnya dengan peruntukan bajet negara tahun 2011 berjumlah RM213 bilion iaitu satu jumlah yang agak tinggi.

“Di manakah kerajaan akan perolehi pendapatan untuk menampung keseluruhan bajet berjumlah RM213 billion sedangkan hutang negara sendiri berjumlah RM233.92 bilion?” soalnya.

Ini, katanya menunjukkan keadaan kewangan negara yang defisit.

Tambahnya, DPPWP juga kesal kerana kerajaan bernafsu besar untuk membangunkan Menara Warisan bernilai RM5 bilion, memberi peruntukkan yang tidak rasional kepada Permata Pintar yang baru sahaja ditubuhkan sebanyak RM111 juta, sedangkan kerajaan sepatutnya mendahulukan peruntukan kepada golongan sasaran yang lebih memerlukan.

Yang lebih penting, katanya DPPWP berpendapat kerajaan perlu menguruskan hutang negara terlebih dahulu sebelum membentangkan pelan pembangunan negara.

“Dalam keadaan ini, kerajaan harus memikirkan mekanisme terbaik menyelesaikan hutang dalam negara yang berjumlah RM348.60 billion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan.

“Keadaan ini boleh menimbulkan kebimbangan dan pertanyaan rakyat, apakah kerajaan terpaksa meminjam dengan Bank Dunia (IMF) bagi melangsaikan hutang atau menaikkan cukai sehingga boleh membebankan rakyat, atau juga menaikkan harga barangan bagi menampung kos serta hutang yang membelenggu negara,” katanya lagi.

Beliau berkata, DPPWP turut bimbang sekiranya trend itu berterusan, negara akan ditimpa muflis dan negara menjadi huru hara akibat kelemahan pengurusan hutang negara yang tidak terkawal.

0 comments: