MELAKA 25 Sept:  Seminar Siri Jelajah  Malaysia 2010 [SEJAM] Hizbut Tahrir Malaysia yang bertemakan “Kembalikan  Khilafah Selamatkan Dunia” peringkat negeri Melaka baru-baru ini telah  mendapat sambutan hangat  daripada pelbagai golongan masyarakat. Majlis  yang dianjurkan bersama oleh HTM kawasan Melaka dan Muar itu  berlangsungkan di Dewan Matahari, Hotel Straits Meridian bermula pada  pukul 9:00 pagi sehingga pukul 1:00 petang. Majlis dibuka dengan bacaan  ayat-ayat suci al-Quran dari surah An Nuur ayat 51-57 yang telah  dibacakan oleh Ustaz Farhan. Seminar kali ini menyaksikan pertambahan  bilangan peserta daripada golongan muda yang amat ketara. Ini  menunjukkan peningkatan  kesedaran di kalangan golongan muda di dalam  usaha menegakkan khilafah. Seperti seminar-seminar yang sebelumnya, HTM  telah menghadirkan dua orang ahli panel utama iaitu Presiden Hizbut  Tahrir Malaysia, Ustaz Abdul Hakim Othman dan Timbalan Presiden Hizbut  Tahrir Malaysia, Ustaz Umar Hussein.  Sebagai ahli panel pertama Umar  Hussein telah membentangkan tajuk “Khilafah Adalah Suatu Kewajipan Dan  Bukan Pilihan”.
 Dalam pembentangan beliau, Umar Hussein telah menyentuh empat perkara  penting yang perlu difokuskan oleh umat Islam; makna Khilafah dan dalil  kewajipan menegakkannya, keadaan umat Islam hari ini, tentang kebencian  kuffar dan kebimbangan dunia barat kepada idea dan penubuhan negara  Khilafah. Selepas sesi pembentangan pertama, para peserta seminar telah  dipertontonkan dengan tayangan video bertemakan penderitaan yang dialami  oleh umat Islam selepas kejatuhan Daulah Khilafah semenjak 89 tahun  hijrah yang lalu. Selepas itu Ustaz Abdul Hakim Othman selaku ahli panel  kedua telah membentangkan tajuk “Bagaimana Menyelamatkan Dunia Dengan  Khilafah”. Beliau telah menyentuh perihal penyakit “wahn” yang  dihinggapi oleh kebanyakkan kaum muslimin pada ketika ini yang menjadi  salah satu sebab mengapa umat Islam dihina dan dimalukan. Di dalam  pembentangan itu juga Abdul Hakim Othman turut menyentuh sikap para  pemimpin sekular umat Islam hari ini yang enggan berperanan sebagaimana  seperti apa yang pernah ditunjukkan oleh Rasululllah SAW dan para  pemimpin Islam yang terdahulu dalam melindungi maruah dan kehormatan  umat Islam. Pemimpin umat Islam yang ada pada hari ini dilihat lebih  taat dan patuh kepada kekuasaan Barat melebihi ketaatan mereka kepada  Allah SWT. 
 Hakim menambah lagi dengan menghuraikan realiti umat Islam secara  keseluruhan yang mempunyai potensi kekuatan ekonomi dan dianugerahkan  oleh Allah SWT dengan kekayaan sumber bumi, sumber daya manusia  termasuklah daripada aspek ketenteraan serta kedudukan geografi  yang  membuktikan umat Islam mempunyai kekuatan yang cukup luar biasa tetapi  malangnya kesemua kekuatan yang ada itu tidak dapat dimanfaatkan oleh  umat Islam hari ini kerana aqidah dan pemikiran mereka telah diresapi  oleh pemahaman sekular, iaitu suatu pemikiran yang memisahkan agama dan  urusan kehidupan. Menurutnya lagi, umat Islam pada hari ini tidak  memiliki suatu “magnet” yang merupakan kekuatan yang telah sirna  daripada kehidupan umat Islam hari ini. Maka dengan itu tidak ada cara  lain yang dapat memberikan sinar dan cahaya yang mampu menyelamatkan  dunia saat ini melainkan umat Islam bergerak untuk menegakkan kembali  Khilafah, iaitu sistem pemerintahan yang telah terbukti sejarah  kegemilangannya selama lebih 1400 tahun.      
 Majlis diteruskan dengan sesi soal jawab bersama kedua-dua ahli panel  dan diakhiri dengan bacaan doa yang dibacakan oleh Ustaz Fahran. Majlis  bersurai pada pukul 1:00 petang. Pihak penganjur SEJAM 2010 ingin  mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat samada  secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga ini adalah titik  permulaan yang baik bagi dakwah Khilafah di negeri Melaka.
tentang diriku
 
- Shah Shukri
- Taiping, Perak, Malaysia
- "Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir"
Selamat Datang
Kepada yang sudi melayari blog saya ini,saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih serta pengharapan saya agar anda semua diisi pengetahuan yang bermanfaat dan saya amat berharap agar anda semua dapat berkongsi pengetahuan dengan saya...Insyaallah.
islamic clock
 
switch blog
Blog Archive
- 
▼ 
2010
                                (77)
                              
- 
▼ 
October
                                (16)
                              
- DUNIA MENDERITA KERANA PBB
- HALATUJU POLITIK BARU, MENGHALA KE MANA?
- Najib Konon Berlagak Membela Islam
- Hutang RM362b tapi kerajaan bernafsu besar
- Ubah Seri Perdana: RM65j besar bagi rakyat Galas
- Candu hiburan agar rakyat lalai petaka rasuah
- Yang Mana Satu Idaman Kalbu?
- Antara Adat dan Agama : Satu Penilaian
- Umno BN keluar dari amalan demokrasi
- Ulama muda Umno patut nasihat, bukan kipas
- Kehancuran Daulah Khilafah - punca kepada seluruh ...
- Mahkamah Tinggi Syariah Yang Tidak Syariah
- Isu Buang Bayi: Lagi Idea 'Bijak' Rosmah
- Gelombang Kebangkitan Perjuangan Khilafah Di Bumi ...
- Masalah Air: Lihatlah Salah Satu Penipuan 1Malaysia
- Najib Bak Manusia Yang Tersihir Oleh Obama
 
 
- 
▼ 
October
                                (16)
                              
islamic calendar
 
jom chat...!!!
Facebook Badge
my Friends
Labels
- hudud (1)
my Ads
Followers
By ShahShukri. Powered by Blogger.
Posted by
Shah Shukri
Sunday, October 3, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
                          


 
  

