FLAG OF THE TRUTH

1 Khilafah : Hukum Allah didahulukan,Sistem Islam yg sebenar diutamakan. “Menamatkan Kepungan Terhadap Gaza Bukanlah Dengan Kecaman Dan Kunjungan Ke PBB Tetapi Dengan Menggerakkan Tentera Mengelilingi Entiti Yahudi Umpama Gelang Yang Mengelilingi Tangan”

Islam bukan ancaman

BRUSSELS 5 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan masyarakat antarabangsa bahawa Islam bukan satu ancaman seperti yang sering dicetuskan oleh ekstremis dalam semua agama. Beliau berkata, masyarakat antarabangsa perlu melihat Malaysia sebagai contoh jelas bagaimana rakyat dari pelbagai agama dapat hidup bersama secara harmoni.

Bercakap pada perbincangan meja bulat media yang dihadiri pertubuhan media antarabangsa yang berpangkalan di sini, Najib berkata, konflik yang timbul bukan di antara agama tetapi antara ekstremis dan puak sederhana bagi semua agama. "Islam tidak sepatutnya satu masalah asalkan wujud kesederhanaan dalam semua agama," katanya. Islam merupakan antara perkara yang dibangkitkan semasa sesi itu dan Najib ditanya berhubung cara Malaysia menangani persepsi terhadap agama di kalangan masyarakat Eropah di tengah-tengah perundingan perjanjian perdagangan bebas Eropah-Malaysia, yang akan dilancarkan di sini Selasa. Najib berkata, adalah lebih baik jika masyarakat Eropah dapat menyertai dialog dengan negara-negara Islam sederhana seperti Malaysia. Sambil menyatakan bahawa beliau tidak merestui tindakan golongan ekstremis.

Najib berkata, usaha bagi menyelesaikan Islamophobia ialah mencari jalan penyelesaian jangka panjang kepada isu rakyat Palestin. Katanya, nasib rakyat Palestin, yang telah dinafikan hak mereka, "menyentuh perasaan di kalangan dunia Islam." "Setengah orang berasa jika tiada lagi harapan, apa lagi yang ada untuk menyambung hidup," katanya sambil menambah sebaik masalah rakyat Palestin diselesaikan, keganasan akan reda. – BERNAMA

Sumber: Utusan Malaysia 06/10/10

Najib Seorang Moderat Yang Disukai Oleh Barat. Merekalah Pencetus Kepada Segala Konflik.

Islam sememangnya adalah suatu cara hidup yang dijamin oleh Allah SWT sebagai Rahmatan Lil Alamin (rahmat untuk seluruh alam). Ini sejajar dengan firman Allah SWT: “Dan tiadalah Kami mengutuskan kamu (Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.” [TMQ. Al Anbiya (21) : 107]. Terlampau banyak fakta normatif yang dapat membuktikan bagaimana Islam pernah memberikan keamanan kepada dunia. Lihatlah bagaimana penganut dua agama besar dunia iaitu Yahudi dan Kristian selama hampir 800 tahun lamanya boleh hidup di Andalusia dengan penuh harmoni ketika Islam berkuasa di Andalusia. Di sepanjang sejarah, ketika umat Islam menjadi pemimpin dan syariat Islam diterapkan, Islam adalah agama yang senantiasa menjamin keamanan, keselamatan dan kebebasan kaum minoriti non-muslim dalam beribadah sesuai dengan keyakinan mereka. Ini sudah berlaku semenjak zaman Rasulullah SAW dan ia tetap dilaksanakan oleh para khalifah selepas baginda. Polisi yang begitu baik terhadap non-muslim ini terus berlangsung selama berabad-abad lamanya sepanjang sejarah kekhilafahan Islam. Karen Amstrong dalam bukunya, Holy War, menggambarkan saat-saat penyerahan kunci Baitul Maqdis kepada Khalifah Umar bin al-Khathathab sebagai berikut,

“Pada tahun 637 M, Umar bin Khaththab memasuki Jerusalem dengan dikawal oleh Uskup Yunani Sofronius. Umar meminta agar dia segera dibawa ke Haram asy-Syarif dan di sana dia berlutut untuk berdoa di tempat Nabi Muhammad SAW melakukan perjalanan malamnya. Si Uskup memandang Umar penuh dengan ketakutan. Dia berfikir, ini adalah hari penaklukan yang akan dipenuhi dengan kengerian yang pernah diramalkan oleh Nabi Daniel. Pastilah, Umar adalah seorang yang anti Kristian dan yang akan melakukan pembantaian dan menandai datangnya Hari Kiamat. Namun, kekhawatiran Sofronius sama sekali tidak terbukti.” Setelah itu, penduduk Palestin hidup dengan damai dan tenteram; tidak ada permusuhan dan pertikaian meskipun mereka menganut tiga agama besar yang berbeda iaitu Islam, Kristian, dan Yahudi. Apa yang dilakukan oleh Khalifah Umar ra jauh berbeda dengan apa yang dilakukan oleh tentara Salib pada tahun 1099 M. Ketika mereka berhasil menakluki Palestin, kengerian, keganasan dan pembantaian disebarkan hampir ke seluruh kota. Selama dua hari setelah penaklukkan, 40,000 umat Islam telah dibunuh. Tentera Salib berjalan di jalan-jalan sekitar Palestin dengan menyeberangi lautan darah. Keadilan, persatuan, dan perdamaian tiga penganut agama besar yang diciptakan sejak tahun 637 M oleh Khalifah Umar ra hancur lebur. Meskipun demikian, ketika Shalahuddin al-Ayyubi berhasil membebaskan Kota al-Quds pada tahun 1187 M, beliau tidak melakukan balas dendam dan kebiadaban yang serupa”

Karen Armstrong menggambarkan penaklukan kedua kalinya ke atas Jerusalem ini sebagai berikut,

“Pada tanggal 2 Oktober 1187 M, Salahuddin dan tentaranya memasuki Jerusalem sebagai penakluk dan selama 800 tahun berikutnya Jerusalem tetap menjadi kota Muslim. Salahuddin menepati janjinya. Dia menaklukkan kota tersebut menurut ajaran Islam yang murni dan paling tinggi. Beliau tidak berdendam untuk membalas pembantaian sebagaimana yang berlaku pada tahun 1099 M…”

Perlakuan kekhilafahan terakhir, iaitu Khilafahan Uthmaniyyah, terhadap kaum non-Muslim dilukiskan oleh sejarawan Inggeris, Arnold J. Toynbee, dalam bukunya, Preaching of Islam,

“Perlakuan terhadap warga Kristian oleh pemerintahan Ottoman—selama lebih kurang dua abad setelah penaklukan Yunani—telah memberikan contoh toleransi keyakinan yang sebelumnya tidak dikenal di daratan Eropah…”

Demikianlah, dengan secuil fakta sejarah di atas, adalah tidak wajar bagi orang-orang non-muslim, apalagi umat Islam, tetap mengidap sindrom Islamophobia. Ini kerana, Islam sememangnya datang untuk menebarkan rahmatnya bagi seluruh umat manusia. Tetapi kini kita dapat melihat apabila dunia dikuasai oleh Barat, kerosakan dan kesengsaraan berlaku di sana sini, hasil ulah dan makar yang dilakukan dan yang dimulakan oleh Amerika dan sekutu-sekutunya. Siapa yang telah membunuh umat Islam di Palestin? Siapa yang memulakan peperangan di bumi Iraq? Siapa yang mengganas di bumi Afghanistan sampai saat ini? Siapa yang terus menghancurkan umat Islam di Pakistan ketika ini? Hakikatnya Allah SWT telah mengungkapkan watak dan sifat mereka ini dalam firmanNya:

” Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya”.
[TMQ al-Baqarah (2) : 11-12].

Apa yang pastinya Islam dan umat Islam akan terus menjadi mangsa di sana sini kesan dari Islamophobia yang dicetuskan oleh Barat. Amat jelas, konflik yang tercetus di dunia saat ini adalah hasil kerja jahat kuffar Barat yang diketuai oleh Amerika dan sekutu-sekutunya dan bukannya dimulakan oleh golongan ’ektremis’ sebagaimana yang didakwa oleh Najib. Malangnya label golongan ’ektremis’ itu kebanyakannya ditujukan kepada umat Islam. Nampaknya Najib telah terkena sihir hasil hembusan Amerika dan sekutu-sekutunya.

0 comments: