FLAG OF THE TRUTH

1 Khilafah : Hukum Allah didahulukan,Sistem Islam yg sebenar diutamakan. “Menamatkan Kepungan Terhadap Gaza Bukanlah Dengan Kecaman Dan Kunjungan Ke PBB Tetapi Dengan Menggerakkan Tentera Mengelilingi Entiti Yahudi Umpama Gelang Yang Mengelilingi Tangan”


KANGAR 15 Ogos – Dengan tekad mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak, ibu tunggal ini memberanikan diri merantau ke sini dari Kuala Kurau, Perak sebaik sahaja diceraikan suami setahun lalu.

Membawa bersama tujuh daripada sembilan anaknya, Norehan Kamaruddin, 37, mengharapkan penghijrahan itu membawa tuah kepada mereka lapan beranak.

Namun kehidupan tidak semudah yang diimpikan. Setelah hampir setahun berada di sini, dia masih gagal mendapatkan kerja.

Malah tempat keluarganya berteduh daripada panas dan hujan terpaksa didirikan ala kadar. Itupun atas belas ihsan seorang penduduk di Kampung Kurung Tengar di Kuala Perlis.

Rumah yang boleh diibaratkan seperti bangsal bertiangkan kayu bakau itu didirikan berhampiran kuala sungai.
Setiap kali air pasang, dia dan anak-anaknya terpaksa mengumpulkan pakaian dan meletakkan di pintu sebagai penahan bagi menghalang rumah mereka dimasuki air.

Dinding rumah hanyalah tikar-tikar usang yang disangkut di celah-celah atap zink dan setiap kali hujan, mereka anak-beranak terpaksa mencari ruang yang kering untuk berteduh sementara menunggu hujan reda.

Rumah itu hanya sebesar lebih kurang ruang tamu sebuah rumah kos rendah. Ia dibahagi kepada dua ruang iaitu dapur dan sebuah ruang lain yang dijadikan tempat untuk Norehan dan anak-anaknya tidur, belajar dan bermain.

Tiada bekalan api di rumah tersebut. Hanya cahaya lilin menerangi waktu malam apabila anak-anaknya hendak menyudahkan kerja-kerja sekolah manakala bekalan air diambil dari jiran sebelah atas ihsan mereka.
Kini Ramadan tiba, Norehan dan anak-anak tetap menjalani ibadah berpuasa seperti biasa walaupun dengan penuh kepayahan. Cuma Syawal yang bakal menjelang agak merunsingkan ibu tunggal ini.

Walaupun anak-anaknya yang berusia 14 tahun hingga 10 bulan reda dengan kehidupan yang dilalui, dia masih menaruh harapan dapat menyediakan baju raya dan sedikit juadah untuk mereka pada lebaran nanti.

Ketika diminta untuk ditemu bual, Norehan agak keberatan kerana bimbang dan malu ada pihak yang mencemuh. Malah lebih merisaukan wanita ini jika anak-anaknya berasa malu cerita mengenai keluarga mereka terpampang di akhbar.

Katanya, banyak pihak yang menghulurkan bantuan namun dia tidak mahu bergantung kepada bantuan semata-mata kerana memerlukan kerja tetap dan rumah yang sempurna untuk membesarkan anak- anaknya.

Antara yang tampil membantu termasuklah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri cawangan Perlis; Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pernah dilawati oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Mat Hassan.

Saya bukan sombong tidak mahu menerima bantuan tetapi saya mahu bekerja dan kalau boleh mendapatkan bantuan tempat kediaman yang selamat untuk anak-anak apabila saya keluar bekerja,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya, semalam.

Malah katanya, dia tidak berniat untuk menetap di bangsal itu, seolah-olah meraih simpati namun telah berusaha mencari rumah sewa tetapi gagal.

Katanya, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, JPM pernah menjanjikan untuk mendapatkan sebuah rumah kos rendah untuk keluarganya dan kini dia sedang menunggu keputusan daripada pihak berkenaan.

Norehan bukannya tidak mahu pulang ke kampung halaman dan meminta bantuan keluarga namun memandangkan mereka juga bukan orang senang, dia melupakan hasrat tersebut.

Ketika ini Norehan bergantung kepada wang bantuan JKM sebanyak RM450 sebulan namun dia tahu selagi tidak mendapat kerja, dia tidak akan mampu keluar daripada belenggu kemiskinan.

Bila berada dalam keadaan sekarang, macam-macam tuduhan dilemparkan kepada saya dan anak- anak. Sehingga saya tidak berani keluar rumah namun saya perlu lakukan sesuatu kerana niat saya apabila berhijrah ke sini, ia akan membawa sinar baru kepada kami,” katanya.

Anak-anak Norehan boleh digolongkan dalam kalangan kanak-kanak yang bijak apabila Hani Daniel Affandi, 14, mendapat tempat ke-11 pada peperiksaan pertengahan tahun; Hani Syamimi, 12, pula mendapat tempat kelapan; Hani Ellya Izzatie, 10, mendapat nombor 10; Aina Hidayah, 9, mendapat tempat pertama manakala Hidayat Aiman, 8, mendapat tempat ke-10 dalam peperiksaan baru-baru ini.

Namun begitu, proses pembelajaran mereka sering terganggu kerana tidak dapat hadir ke sekolah setiap hari ekoran masalah pengangkutan.

Minggu lepas mereka tidak hadir sekolah selama tiga hari kerana basikal sering rosak dan hujan menyebabkan baju mereka basah sebelum tiba ke sekolah.

Guru dan pihak sekolah memahami masalah yang kami hadapi namun kalau boleh kami tidak mahu terlepas pembelajaran di sekolah terutama Hani Syamimi yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi,” kata Hani Daniel.

Seperti kanak-kanak lain, mereka mempunyai cita-cita yang murni untuk berjasa kepada keluarga. Namun ketika ini apa yang mereka perlukan hanya tempat berlindung yang lebih selesa agar dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran.

Sumber: Utusan Online Ogos 2010



Rakyat Dihimpit Kemiskinan Rayu Simpati, Adakah Pemimpin Peduli??
Meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Begitulah antara elemen Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak sedikit waktu dahulu. Melihatkan keadaan Puan Norehan beserta anak-anaknya yang daif dan amat memerlukan bantuan, terdetik di fikiran, siapakah yang dimaksudkan rakyat yang berpendapatan rendah itu? Sampai bilakah rakyat seperti Puan Norehan sekeluarga harus menunggu dan terus menunggu bagi melayakkan mereka mendapat bantuan?.

Paparan di atas hanyalah cebisan daripada seribu satu realiti yang melanda umat Islam pada hari ini. Kemiskinan Inilah buah pahit yang tumbuh dari pohon kapitalisme. Sistem yang berjaya melebarkan jurang, sekaligus menjadikan mereka yang kaya terus hidup selesa manakala yang miskin semakin melarat. Inilah kesannya jika sistem Islam yang dapat mengeluarkan manusia dari kemelut dan permasalahan hidup tidak digunakan sebagai peraturan hidup. Walhal, jaminan pemenuhan keperluan asas (makanan, pakaian dan tempat tinggal) di samping pendidikan, kesihatan dan keselamatan menjadi tanggungjawab pemerintah agar memenuhinya bagi kesejahteraaan hidup rakyat di bawah pimpinannya.

Allah SWT telah menciptakan manusia sekaligus menyediakan rezeki baginya dan tidak mungkin Allah menciptakan pelbagai makhluk lalu membiarkan begitu saja tanpa menyediakan rezeki buat mereka sebagaimana firmanNya: “Allahlah yang menciptakan kamu, kemudian memberikan rezeki. [TMQ ar-Rum (30):40]. “Tidak ada satu binatang melata pun di bumi melainkan Allah yang memberi rezekinya". [TMQ Hud (11):6]. Namun persoalannya mengapa tetap terjadinya kemiskinan? Seolah-olah sumber alam yang dianugerahkan Allah tidak mencukupi keperluan manusia yang semakin bertambah populasinya?

Sistem ekonomi kapitalisme menjawab persoalan di atas dengan konotasi yang mengelirukan “Ya, sumber alam tidak mencukupi sementara populasi dan keperluan manusia terus bertambah. Akibatnya sebahagian manusia tidak dapat dipenuhi keperluannya sehingga terjadilah kemiskinan”. Jawapan seperti ini adalah jelas bathil dan bertentangan dengan fakta. Ideologi Islam menyatakan secara jelas bahawa masalah kemiskinan adalah semata-mata disebabkan oleh sumber kekayaan ini tidak dikelola dengan benar justeru terjadilah kepincangan dalam pengagihannya. Jadi faktor utama penyebab kemiskinan adalah disebabkan penyimpangan dari segi pengagihan sumber kekayaan. Di sinilah pentingnya keberadaan sebuah sistem hidup yang sahih dengan wujudnya sebuah negara (Khilafah) yang menerapkan sistem tersebut bagi mengatasi permasalahan hidup manusia.

Negara Khilafah yang menjadikan aqidah Islam sebagai asas dalam pemerintahannya ternyata berupaya mengatasi masalah kemiskinan dalam kalangan umatnya. Ianya bukanlah dengan mewar-warkan konsep dan slogan tertentu semata-mata malahan sejarah panjang kaum Muslim membuktikan bahawa penyelesaian tersebut benar-benar dapat direalisasikan iaitu ketika mereka hidup di bawah naungan Negara Khilafah yang menerapkan Islam secara kaffah. Dalam Kitab Al-Amwaal karangan Abu Ubaidah, diceritakan bahawa Khalifah Umar bin Khathab pernah berkata kepada pegawainya yang bertugas membahagikan sedekah “Jika kamu memberikan sedekah maka cukupkanlah” dan selanjutnya berkata lagi “Berilah mereka itu sedekah sekalipun salah seorang dari mereka memiliki seratus unta. Beliau juga mengahwinkan kaum Muslim yang tidak mampu; membayar hutang-hutang mereka dan memberikan modal kepada petani agar mereka mengerjakan tanahnya”. Ternyata Umar menerapkan politik ekonomi yang memberikan jaminan pemenuhan keperluan asas rakyatnya. Keadaan seperti ini berterusan hinggalah masa Daulah Umayah di bawah pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Pada saat itu rakyat sudah sampai pada taraf hidup di mana mereka tidak memerlukan bantuan harta lagi. Malah ketika pegawainya menyeru siapa dalam kalangan rakyat yang hidup miskin atau anak-anak yatim yang memerlukan bantuan hatta pemuda-pemuda yang ingin berkahwin dan perlu dibantu, ternyata tidak seorang datang memenuhi seruan tersebut kerana setiap dari mereka telah sejahtera dan mencukupi keperluannya.

Wahai kaum Muslimin, sedarlah, sekaya manapun sesebuah negara dengan sumber alam dan harta yang melimpah ruah, namun jika sistem yang diterapkan tidak bertunjangkan aqidah Islam, selagi itulah masalah kemiskinan dan pelbagai masalah lagi tidak berkesudahan. Sistem Kapitalisme yang diterapkan saat inilah yang mesti dilupuskan sepenuhnya dari sistem kehidupan yang mengatur manusia kerana meskipun kekayaan negara itu melimpah, tetap sahaja mereka yang hidup di dalamnya terus-menerus dibelenggu kemiskinan dan kesempitan. Firman Allah SWT:
Barangsiapa berpaling dari peringatanKu, maka baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta”. [TMQ Thaha (20):124]

Obama ucap selamat berpuasa kepada umat Islam

WASHINGTON 13 Ogos – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengucapkan selamat berpuasa kepada penduduk Islam di AS dan di seluruh dunia sempena bulan Ramadan. Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton turut memberi ucapan sama kepada penduduk Islam AS dan di seluruh dunia dengan ucapan `Ramadan Kareem’. “Kita semua harus ingat dunia bagaimana yang kita mahu wujudkan dan perubahan yang ingin kita lakukan harus bermula daripada dalam hati dan juga pada masyarakat kita sendiri,” kata Obama dalam kenyataan yang dikeluarkan, semalam. Sementara itu, Hillary pula dalam kenyataannya berkata: “Ramadan adalah masa yang sesuai untuk memeriksa diri serta berkongsi sumbangan yang diberikan oleh penduduk Islam AS untuk negara ini dan berjuta-juta yang lain menyambut bulan ini (Ramadan) dengan melakukan perkara baik kepada masyarakat Islam”. Clinton akan menganjurkan majlis berbuka puasa secara bersama dengan berpuluh-puluh kedutaan di Washington, manakala Obama akan mengadakan majlis itu di White House. – AFP


Sumber: Utusan Malaysia 13/08/10


Ucapan Selamat Berpuasa Obama Itu Hanyalah Satu Penipuan


”Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya”.
[TMQ Ali-’Imraan (3) :118].

Cukuplah apa yang dilakukan oleh Obama terhadap umat Islam saat ini untuk membuktikan kepada kita siapakah sebenarnya beliau. Dikala ”si laknat” Obama mengucapkan kata-kata manis selamat berpuasa kepada umat Islam di seluruh dunia, kita dapat menyaksikan dalam masa yang sama tentera-tentera laknatullah Amerika terus menjadikan umat Islam di Iraq, Afghanistan dan di tempat-tempat lain sebagai sasaran dan santapan senjata-senjata canggih yang mereka milik. Bukankah kebiadaban tentera-tentera Amerika itu mencerminkan sikap sebenar Obama sekaligus Amerika itu sendiri?


Wahai seluruh umat Islam! Ketahuilah bahawa Obama merupakan personifikasi Amerika sebagai musuh utama umat Islam. Ketahuilah bahawa Obama adalah syaitan manusia yang akan terus berusaha untuk menyesatkan umat Islam sehinggalah ke hari kiamat. Sebagai umat Islam yang menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup, sudah semestinya mereka menyedari bahawa kata-kata Obama itu hanyalah sihir dan penipuan yang diucapkan oleh beliau semata-mata. Oleh itu janganlah kita sekali-kali tertipu dengannya. Firman Allah SWT: ” Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka).


Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.


"Orang-orang yang kafir, bagi mereka azab yang berat; dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, bagi mereka keampunan dan pahala yang besar."
[TMQ Al-Faatir (35) : 5-7].

Kerjasama ekonomi perairan Malaysia-Indonesia diperlukan

JAKARTA 17 Ogos - Kerjasama ekonomi kawasan perbatasan perairan adalah perlu bagi membolehkan nelayan Malaysia dan Indonesia menangkap ikan di kedua-dua kawasan tanpa masalah di masa hadapan, kata Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia, Fadel Muhammad. Katanya, langkah itu dapat menyelesaikan masalah-masalah pencerobohan perairan yang dilaporkan sering dilakukan oleh nelayan. "Seperti arahan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, kalau boleh ada kerjasama ekonomi sehingga pada masa yang tertentu kalau dia ingin memancing di daerah kita, kita kerjasama dengan mereka, demikian juga nelayan kita. "Kerjasama ekonomi inilah yang saya kira perlu kita buat sekarang dan akan datang,” katanya ketika diwawancara stesen TV swasta TV-One bagi mengulas pembebasan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia di Johor Baharu hari ini. - Bernama


Sumber: Utusan Malaysia 17/08/10


Idea Karut! Indonesia-Malaysia Perlukan Khilafah Bukannya Kerjasama Ekonomi


Betapa rendah dan jauhnya pemikiran umat Islam hari ini dari fikrah Islam yang sebenarnya. Dahulu Rasulullah SAW telah mencontohkan kepada umatnya bahawa negara Islam itu hanyalah satu dan bukannya lebih daripada 50 buah negeri sepertimana yang kita dapat saksikan hari ini, dan di dalam negara itu telah terhimpun warganegara Daulah Islam dari pelbagai bangsa, warna kulit, wilayah geografi dan seumpamanya hatta orang kafir zimmi pun turut menjadi warganegara di dalam Daulah Islam. Kesemuanya itu telah disatukan oleh Rasulullah SAW dengan kesatuan aqidah dan sistem yang diterapkan oleh negara. Natijahnya Islam dan umat Islam di saat itu menjadi “superpower” yang senantiasa dihormati oleh kuasa-kuasa besar lain seperti Rom dan Parsi. Namun dengan makar dan rencana jahat yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam tanpa rasa lelah dan jemu, mereka akhirnya berjaya memecah-belahkan negeri umat Islam menjadi negara ashobiyyah yang kecil dan lemah sepertimana yang kita lihat hari ini. Akibat dari ini pelbagai masalah telah berlaku, antaranya ketegangan dan konflik yang berlaku antara Malaysia dan Indonesia mengenai isu sempadan perairan antara kedua-dua negara tersebut. Bukankah dengan wujudnya isu di atas telah membuktikan kepada kita bahawa fahaman ashobiyyah yang dipegang oleh kedua-dua negara ini merupakan suatu yang amat menijikkan? Kalau dahulu golongan jahiliyyah Aus dan Khazraj sebelum kedatangan Islam boleh bergaduh disebabkan seekor unta selama bertahun-tahun lamanya, kini umat Islam nampaknya telah mengikuti jejak langkah golongan tersebut. Dek kerana isu sempadan perairan kita boleh saling cabar mencabar dan saling bermusuhan. Apa yang malangnya lagi ialah kedua-dua pihak cuba mencari penyelesaian terhadap konflik itu mengikut acuan sekular Kapitalisme.


Wahai umat Islam! Ketahuilah selagi wujud sempadan ashobiyyah antara negeri-negeri umat Islam sepertimana hari ini maka selama itulah konflik ini akan terus muncul dan pasti akan terus muncul. Hanya dengan mendirikan Khilafah sahajalah persoalan sempadan ini akan dapat diselesaikan dengan tuntas. Pastinya, apabila Khilafah berdiri kelak, ia akan menyatukan seluruh dunia umat Islam yang terpecah-belah di saat ini di bawah payung kekuasaannya. Sempadan-sempadan negara bangsa ashobiyyah yang ada pada hari ini akan pasti digantikan dengan negara besar Khilafah yang disatukan atas dasar aqidah Islam.


Wahai umat Islam! Renungilah firman Allah SWT:
“ dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk”. [TMQ Ali- ‘Imraan (3) : 103].

Diskaun tol raya ditentukan 2 Sept.

PETALING JAYA 20 Ogos - Penetapan diskaun kadar tol sempena Hari Raya Adilfitri bulan depan akan ditentukan pada satu mesyuarat dengan syarikat-syarikat konsesi pada 2 Sept. ini, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor. Beliau berkata, mesyuarat Majlis Keselamatan Jalan Raya itu akan digunakan untuk mendapatkan maklumat balas daripada semua syarikat konsesi tol berhubung bayaran tol. "Tengoklah syarikat mana yang bermurah hati beri (diskaun) lebih sikit. Saya rasa Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pun tak mahu ketinggalan memberi diskaun. Jangan takutlah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Galeri MUFORS (Malaysians Unite For Road Safety) di Restoran Jejantas USJ, Kawasan Rehat dan Rawat USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) di sini, hari ini. – Bernama


Sumber: Utusan Malaysia 20/08/10


Sandiwara tol ...

Sandiwara lagi. Di antara konsep pengswastaan yang juarai oleh bapa Kapitalisme negara, Tun Mahathir, adalah pengenalan lebuhraya bertol melalui kewujudan syarikat-syarikat konsesi yang diberikan lesen untuk merompak jutaan wang rakyat. Dan setiap kali musim perayaan, rakyat akan digula-gulakan dengan pelbagai ’tawaran hebat’ dalam bentuk diskaun tol, sebagai usaha untuk menutup kudis dan nanah sistem Kapitalisme yang diterapkan selama ini. Kini, Aidil fitri menjelang tiba dan idea yang sama diusulkan - diskaun tol raya kepada para pengguna sempena Hari Raya. Sekali lagi pemerintah sekular kita berpura-pura bersikap prihatin terhadap rakyat. Sedangkan hakikatnya, sudah sekian selama sebenarnya ”perompak-perompak moden” ini merompak dan menjarah dengan rakusnya harta milik umum ini secara berterusan. Lihatlah bagaimana dengan tanpa rasa tanpa bersalah dan berdosa, Datuk Shaziman Abu Mansur masih lagi boleh berseloroh dengan kata-katanya "Tengoklah syarikat mana yang bermurah hati beri (diskaun) lebih sikit. Saya rasa Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pun tak mahu ketinggalan memberi diskaun. Jangan takutlah,”.


Wahai Shaziman! Ketahuilah bahawa tol adalah salah satu bentuk cukai dan secara jelas Islam telah mengharamkannya. Sabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya tidak akan masuk syurga orang yang memungut cukai” [HR Ahmad, Abu Daud & Hakim]. Rasulullah SAW juga bersabda,“Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka” [HR Ahmad].

Kerjasama semua pihak penting bantu atasi masalah sosial
http://www.bharian.com.my/


2010/07/27

GEORGETOWN:
Kerjasama ibu bapa, anggota masyarakat, pihak sekolah dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) amat penting dalam membantu menurunkan kadar masalah sosial khususnya di kalangan golongan remaja di negara ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Beliau berkata kerjasama itu perlu dititik beratkan oleh semua golongan ekoran kes seperti pembuangan bayi, penderaan, ketagihan dadah dan mat rempit semakin menular pada masa ini.


"
Ini adalah berdasarkan perangkaan-perangkaan statistik yang banyak menunjukkan betapa seriusnya krisis akhlak yang melanda remaja di negara kita ketika ini," katanya di sini malam tadi.

Musa berkata pelbagai pihak perlu memupuk kesedaran bahawa jenayah seperti itu tidak boleh dianggap sebagai remeh oleh masyarakat.


Beliau juga berkata hubungan antara komuniti dan polis amat penting bagi mendidik masyarakat bahawa pencegahan jenayah adalah tanggungjawab bersama dan ia satu perkara yang perlu dititik beratkan dalam apa juga aktiviti.


Timbalan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye pula mencadangkan supaya satu perlaksanaan diwujudkan sebagai inisiatif memerangi jenayah serta mencipta persekitaran hidup yang lebih selamat.


Beliau berkata `
inisiatif bandar raya selamat atau kejiranan selamat'' yang merupakan suatu projek yayasan tersebut merupakan contoh kerjasama antara kerajaan dan NGO terhadap pencegahan jenayah melalui perancangan persekitaran dan pendidikan. - BERNAMA

Puas Mengerah Tenaga, Pemimpin Negara Hanya Pandang Sebelah Mata

Dewasa ini mata kita sering dijolok dengan berita-berita kes pembuangan bayi di dada-dada akhbar, bibir kita tak lekang dari membicarakan pelbagai masalah atau kes-kes gejala sosial yang berlaku di dalam masyarakat terutamanya pada golongan remaja dan telinga kita selalu ditusuk dengan laungan seruan untuk membantu menyelesaikan gejala sosial. Namun akal kita terlalu sukar untuk menjawab satu persoalan. Mengapa masalah gejala sosial masih berterusan walau pelbagai kaedah telah dilaksanakan dan ramai pihak telah mengambil bahagian dalam pelaksanaannya?


Masalah berkaitan gejala sosial terutamanya yang melibatkan remaja sering menjadi fokus utama pelbagai pihak. Ada umat Islam yang mula sedar bahawa Islam mampu mencegah kemungkaran ini dan langkah yang perlu diambil adalah pelaksanaan hukum Islam. Contohnya, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berpendapat selain peranan ibu bapa memastikan pendidikan agama yang berterusan untuk anak-anak, masyarakat perlu mula memikirkan bagaimana proses perkahwinan boleh dipermudah bagi menggalakkan ikatan yang sah antara seorang lelaki dengan seorang perempuan. Mereka menganggap jumlah 17,303 anak luar nikah Melayu yang didaftarkan sepanjang tahun 2009 seperti mana yang didedahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebagai angka yang menggerunkan. Justeru, bagi menyokong hasrat tersebut, ABIM bercadang untuk membudayakan trend 'perkahwinan beramai-ramai' sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini (
http://www.abim.org.my).

Usaha ini didasarkan pada prinsip bahawa remaja dipandang sebagai aset penting bagi negara kerana mereka. merupakan golongan yang akan menjadi pelapis negara. Pelbagai masalah sosial yang dilakukan oleh golongan ini seperti buli, gangsterisme, vandalisme, mencuri, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, dadah, ganja, menghidu gam, lepak dan bermacam-macam lagi memberikan impak yang negatif kepada negara kita. Jika masalah ini semakin melarat maka ia akan memberikan satu implikasi yang negatif kepada negara dan bangsa kita.


Ironinya, pemimpin negara tidak pernah memandang bahawa aset penting negara ini wajib diatur dengan hukum yang telah diwahyukan oleh pencipta mereka. Inilah akibatnya apabila undang-undang utama negara bukannya bersumber dan Kalamullah dan Sunnah Rasulullah. Perlembagaan kufur yang dilahirkan dan ditatang oleh pemimpin negara yang beragama Islam inilah yang menjadi pencetus kepada mutasi virus-virus penyakit sosial dalam badan masyarakat. Implikasinya, seluruh tubuh masyarakat menjadi rosak binasa. Aspek sosial mengalami keruntuhan akhlaq dan hancurnya institusi rumah tangga. Aspek budaya diracuni dengan kemabukan pada arus budaya Barat. Aspek pengadilan terjerumus dalam konflik ketidakpastian hukum dan keadilan antara Syariah dengan sivil. Aspek pendidikan pula ternoda dengan lahirnya generasi yang materialistik dan hedonistic.


Maha Suci Allah. Benarlah seperti apa yang difirmankan Allah dalam Kitab-Nya:

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”. [TMQ Ar-Ruum (30) : 41].

Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan”. [TMQ Al- Baqarah (2) : 85].

Wahai pemimpin umat Islam!

Dengarkanlah kalian detik ini… Saksikanlah kalian saat ini… Setelah sekian lama kalian menuding jari menyalahkan ibu bapa, sekolah dan masyarakat sebagai penyebab runtuhnya sistem sosial, sekarang adalah giliran kami untuk menyeru dan mendesak kalian untuk melakukan perubahan dalam sistem pemerintahan kalian. Laksanakanlah perubahan secara taghyir iaitu perubahan mendasar yang mengubah sendi-sendi dasar masyarakat dan negara, yakni pemahaman-pemahaman (mafahim) yang dominan di dalam masyarakat, tolok ukur-tolok ukur (maqayis) yang dipergunakan, mahupun keyakinan-keyakinan (qanaat) yang dianut. Kembalilah kepada sistem Islam secara syumul. Takutlah pada ancaman Rasulullah saw dalam sabdanya:

ما من وال يلي رعية من المسلمين فيموت وهو غاش لهم إلاحرم الله عليه الجنة

Seseorang yang memimpin kaum muslimin dan dia mati, sedangkan dia menipu mereka (umat) maka Allah akan mengharamkan dia masuk ke dalam syurga. [HR Bukhari dan Muslim]

Wallahu alam

Rakyat diminta bijak berbelanja

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak menasihatkan rakyat berbelanja dengan bijak sepanjang Ramadan ini dan tidak melampaui kemampuan.


Perdana Menteri berkata, dengan tidak boros berbelanja akan dapat mengelakkan daripada menyusahkan diri sendiri pada bulan yang lain.


Beliau yang meluangkan kira-kira setengah jam bagi melawat dan beramah mesra dengan pengunjung serta bertanya khabar kepada peniaga di Bazar Ramadan Presint 2 di sini, berkata orang ramai juga harus mengelak daripada membeli melebihi keperluan.


“Yalah, apabila kita berbuka (puasa), semua (yang) kita pandang kita rasa hendak (beli). Jadi, itu mungkin menyebabkan kita beli lebih daripada keperluan.


“Justeru, lebih baik kalau kita beli secara berhemah dan berpada-pada supaya apa juga pendapatan kita itu boleh menampung segala keperluan kita dalam bulan Ramadan dan pada bulan-bulan lain,” katanya kepada pemberita selepas mengakhiri lawatannya kira-kira jam 6.40 petang, semalam.


Sumber: Utusan Malaysia 17/08/10


Rakyat Diminta Bijak Berbelanja, Penguasa?


Inilah kata-kata ‘bijak’ pemimpin Malaysia dari dahulu sehingga sekarang. Apabila tiba musim perayaan, maka seringkali rakyat akan dinasihati agar bijak berbelanja. Dengarnya agak baik. Mereka berharap agar rakyat tidak berbelanja secara boros dan membabi buta, mungkin itulah objektif saranan tersebut.


Di sebalik nasihat yang baik ini kepada rakyat, pernahkah terlintas di dalam benak fikiran kita (sebagai rakyat), bagaimanakah para pemimpin (penguasa) selama ini membelanjakan harta kekayaan Negara? Adakah mereka boleh diklasifikasikan sebagai manusia yang bijak atau sebaliknya tatkala membuat sesuatu keputusan dalam menentukan hala tuju ekonomi Negara yang sedang mereka terajui? Lebih tepat lagi (sebagai seorang muslim), adakah mereka membelanjakan harta dan amanah Allah SWT di muka bumi ini berdasarkan apa yang diperintah dan ditegah olehNya?


Realiti yang ada di hadapan kita dapat memberikan jawapannya. Saban hari yang kaya semakin kaya, manakala yang miskin semakin miskin. Inilah hasil penerapan sistem kapitalisme yang pincang. Kita dapat lihat misalnya, tatkala harga minyak dinaikkan oleh kerajaan, rakyat diminta untuk memahami pengorbanan Negara yang telah memberikan subsidi dalam satu tempoh yang lama, walhal minyak itu sendiri adalah hak milik rakyat yang sedang mereka niagakan. Ketika harga gula dinaikkan, dan gula entah hilang ke mana, ketika itulah keluar kenyataan dari pak-pak Menteri agar rakyat diminta untuk bijak menggunakan gula dan tidak membazir! Itulah yang berlaku berulang-ulang, jika ada kenaikan harga dan penarikan subsidi oleh kerajaan, maka hal yang samalah keluar dari mulut-mulut pemimpin yang ‘bijak pandai’ ini di Malaysia! Mereka seakan-akan hendak mengatakan bahawa rakyat di Malaysia kurang bijak dalam berbelanja, sehingga perlu diingatkan berkali-kali tentang penjimatan dan pengurangan kadar konsumsi setiap barang yang sedang meningkat naik harganya. Jika kelak berlaku kenaikan kadar bayaran bagi tandas-tandas awam di Malaysia sehingga mencecah RM2, mungkin ketika itu jugalah para menteri yang alim lagi bijaksana ini akan meminta agar rakyat tidak kerap keluar rumah, dan menggunakan tandas peribadi di rumah!

Alhamdulillah atas nikmat kehidupan dalam Islam yang Allah kurniakan. Saya mengingatkan diri agar terus-terusan berdoa supaya kekal dalam Islam dan mati di dalamnya. Beruntunglah bagi orang yang hatinya tetap di jalan yang Allah redhai. Saya mulakan perkongsian ini dengan firman Allah dalam Surah Al-Hadid:

" Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa Yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan Akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (57:20)

Ayat ini menyatakan nikmat dunia yang sering dikejar manusia termasuklah kekayaan dan anak keturunan. Ya, kedua-dua nikmat inilah yang akan menguji manusia di dunia ini. Andai tiada benteng pertahanan yang kukuh, maka kita akan lalai dan berasa asyik untuk mengejarnya. Betapa banyak kita melihat kini ramai manusia yang meletakkan nilai material sebagai ukuran kejayaan hidup. Tidak dinafikan harta itu penting dalam memastikan kelangsungan hidup. Namun, apabila ia menjadi matlamat hidup dan diusahakan siang dan malam, maka tersasarlah manusia dari tujuan utama kehidupan iaitu untuk mencari redha-Nya.

Sahabat-sahabat sekalian,

Allah telah mengingatkan manusia tentang ujian harta dunia ini sepertimana firmanNya dalam Surah At-Taubah:

" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." (9:24)


Ayat ini menunjukkan keluarga dan kekayaan mampu menghalang kita dari berjihad ke jalan Allah. Kadangkala urusan mencari harta menyebabkan kita kurang menekankan kepentingan untuk menuntut ilmu. Sedangkan menuntut ilmu itu kewajipan. Ilmulah dapat membantu kita memperbaiki amalan harian kita. Usaha menambahbaik amalan juga kadangakala dilupakan akibat terlalu fokus dalam mencari harta dunia.

Sahabat-sahabat sekalian,

Satu perkara yang perlu kita fikirkan ialah, harta dunia ini hanya sementara, kelak ia akan ditinggalkan. Hanya amalan kita yang menjadi bekal untuk dibawa menghadapNya. Tanpa sedikit pun diabaikan, setiap butir bicara, amalan dan gerak hati kita akan dihitung. Takut. Itu pasti, risau, dan mencemaskan. Itu perasaan yang sepatutnya hadir dalam jiwa bila mengingatkan mati dan mengenangkan amalan kita selama ini. Setiap detik kita semakin hampir dengan kematian.

Akhirnya, saya menyeru diri dan sahabat-sahabat sekalian untuk kita sama-sama menyeimbangkan urusan mencari harta dengan menambahbaik amalan kita. Alangkah baiknya jika ia seiring, bergandingan dan saling memanfaatkan. Gunakan harta yang diperoleh ke jalan kebaikan, zakat dan sedekah. Moga harta kita sentiasa dibersihkan dengan amalan-amalan tersebut. Ingatlah harta dunia hanya alat bukan matlamat hidup kita. Wahai diri, ingat harta hanya sementara, dunia bakal ditinggalkan, amalan itu bekal dan kekal dalam pemerhatianNya.

Malaysia diabadi pada jalan, taman permainan kanak-kanak di Gaza

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Nama Malaysia akan diabadikan pada sebatang jalan sepanjang tujuh kilometer dan sebuah taman permainan kanak-kanak di Gaza. Menurut laporan Koresponden Bernama Radio24, Nizal Mohamad dalam siaran langsung stesen itu hari ini, jalan itu akan dinamakan Jalan Persahabatan Palestin-Malaysia manakala taman berkenaan dinamakan Taman Permainan Kanak-Kanak Malaysia. Ketika mengumumkan hasrat itu kepada anggota misi Ramadan March for Freedom di Gaza, Datuk Bandar Khan Yunis, Mohd. Abdul Khalek El-Farra berkata, keputusan itu sebagai inisiatif Gaza bagi menghargai keprihatinan Malaysia terhadap penduduk di kawasan berkenaan. Beliau menghadiri majlis peletakan batu asas Hospital Pediatrik yang disempurnakan oleh Pemimpin Kanan Hamas yang bertanggungjawab mengenai kesihatan di Gaza, Dr. Basem N. Naim. Misi itu yang diterajui Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia akan berada di Gaza sehingga Rabu depan.


Sumber: Utusan Malaysia 14/08/10


Alangkah baiknya jika nama tentera Malaysia tercatat sebagai negara pertama yang menghantar tentera untuk mengganyang Israel.


Apabila fikrah umat Islam hari ini dipenuhi dengan pemikiran sekular kita akan melihat mereka merasa bangga dengan sesuatu yang sebenarnya tidak dapat mengubah apapun. Apalah yang hendak kita banggakan sangat jika hanya sekadar nama Malaysia yang diabadi pada jalan dan taman permainan kanak-kanak di Gaza dan selepas itu Israel laknatullah membedil jalan dan taman permainan tersebut? Israel akan terus bersemangat untuk mengganas dan melakukan pembantaian terhadap umat Islam kerana mereka melihat setiap kali mereka melakukan operasi pembunuhan terhadap umat Islam, umat Islam tidak menentang mereka dengan kekuatan tentera. Hakikatnya umat Islam telah mencampakkan dan terus melupakan thariqah Islam dalam usaha mereka untuk menyelesaikan persoalan di Palestin sedangkan satu-satunya penyelesaian di Palestin adalah jihad. Kewajiban jihad seolah-olah sudah hilang di dalam diri umat Islam terutamanya dari kalangan para pemimpin umat Islam hari ini. Lihatlah betapa berjayanya Barat melakukan penyesatan pemikiran di kalangan umat Islam dari memahami Islam yang sebenarnya sehingga mereka melupakan langsung kewajiban jihad fisabilillah yang sepatutnya dilancarkan di bumi Palestin saat ini. Apakah kita hanya berbangga dengan terpahatnya nama Malaysia di Palestin tetapi dalam masa yang sama negeri-negeri umat Islam termasuk Malaysia telah mengkhianati dan membiarkan umat Islam di Palestin terus dibunuh oleh Israel laknatullah tanpa adanya pembelaan dan tentangan dari tentera-tentera umat Islam yang jumlahnya berlipat kali ganda dari jumlah tentera Israel. Amat malang nasib umat Islam di saat ini yang tidak dilindungi dan dipimpin oleh seorang Khalifah kerana para pemimpin sekular yang memimpin umat Islam di saat ini lebih mencintai kehidupan dunia dari akhirat.


Jam terbesar di dunia akan mula berdetik di menara pencakar langit Makkah dan Umat Islam seluruh dunia boleh merujuk waktu di negara masing-masing. Menara jam yang Makkah akan menjadi sebagai rujukan waktu standard duniaberbanding waktu median Greenwich dan juga dibina dibangunan kedua tertinggi di dunia.Jam itu dijangka mampu menggantikan waktu standard Greenwich Mean Time(GMT) digunakan semenjak 126 tahun.

Waktu di Makkah adalah waktu sebenar meridan dunia kerana kedudukan Makkahdi tengah-tengah dunia menurut ulama dan cendikiawan Islam.Arab Saudi akan melakukan ujian terhadap apa yang disifatkannya sebagai menara jam terbesar di dunia di Tanah Suci Makkah sepanjang bulan Ramadan ini.Menara jam empat muka berkenaan akan menjadi pencakar langit tertinggi di negara itu apabila siap dengan ketinggian kira-kira 600 meter, menjadikan ia sebagai bangunan kedua tertinggi dunia selepas Burj Khalifa di Dubai.

Jam berkenaan juga bakal menenggelamkan Big Ben di London yang pernah menjadi menara jam empat muka terbesar dunia, dengan jarumnya dikatakan lima kali lebih besar. Dan ditulis dengan kalimah ALLAH di atasnya akan diterangi dua juta cahaya LED.

Dengan garis pusatnya berukuran 40 meter, jam Arab Saudi itu juga adalah lebih besar berbanding jam di Cevahir Mall di Istanbul yang mempunyai ukuran muka 36 meter pada bumbung telus cahaya di kompleks beli-belah Turki berkenaan.Turut dilengkapi 21,000 cahaya putih dan hijua yang akan berkilauan sejauh 30 kilometer sebagai pemberitahuan bagi lima waktu solat fardu.

Kompleks jam di Makkah yang direka jurutera Jerman dan Swiss membabitkan projek bernilai $800 juta (RM2.56 bilion) akan menghadap Kaabah yang menjadi tumpuan seluruh umat Islam di seluruh dunia ketika mereka mengerjakan solat lima waktu setiap hari dan menjadi sebahagian usaha Arab Saudi membangunkan bandar raya yang dilawati berjuta jemaah haji setiap tahun.Tempoh ujian selama tiga bulan menara jam itu akan bermula pada minggu pertama Ramadan.Hanya satu daripada empat muka jam berkenaan setakat ini siap dan diliputi 98 juta keping kaca jubin.

Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu?

Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?

Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama. Berpesan- pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS (ABUL BASYAR / Bapa segala manusia)

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi
apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.

Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.Akhirnya, Allah menyuruh
malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:
" Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa
kerjamu atas perintah dan atas namaKu."

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil
tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut
roh manusia."

Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah( Babylon )
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if

Menurut Ibnu Abbas:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon . Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.

11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.

13.Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

PROSESNYA KEJADIANNYA:

1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya
hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna
kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah di:

1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan
sebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :
Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.

Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu
bahagian badannya masih merupakan tanah keras.

Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.

Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan

Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :"Yarhamukallah"
yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika
orang bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan "Yarhamukallah" .

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:
"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap
sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

(Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh
Muhammad Isa Selamat)

RENUNGAN
Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha pencipta sekian alam
dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada
AllahLah kita akan
dikembalikan.

Persoalan :
Ustaz, apakah peranan Khilafah kelak dalam menentukan awal Ramadhan dan akhir Ramadhan ('Idul Fitri)?

Jawapan :

Khalifah mempunyai hak dalam melakukan penerapan ketetapan (tabanni) hukum syariah Islam dan melegalisasikannya menjadi undang-undang yang berjalan ke atas umat dan bersifat mengikat. Penerapan ketetapan hukum ini dilakukan oleh Khalifah jika berlakunya khilafiyah (perselisihan pendapat) dalam hukum syariah hasil ijtihad beberapa mujtahid. Maka apabila Khalifah memilih dan menetapkan sesuatu pendapat, rakyat wajib mentaatinya supaya perbezaan pendapat dalam masalah tersebut tidak timbul lagi. Dalam kaedah fiqh ada menyatakan : Amru al-imam yarfa’u al-khilaf fi al-masa`il al-ijtihadiyah (Perintah Imam/Khalifah dapat menghilangkan perbezaan pendapat dalam masalah-masalah hasil ijtihad/khilafiyah). (M. Khair Haikal, Al-Jihad wa al-Qital fi as-Siyasah al-Syar’iyah, III/1797; M. Shidqi al-Burnu, Mausu’ah al-Qawa’id al-Fiqhiyah, I/268).

Namun, jika khilafiyah itu timbul dalam masalah-masalah ibadah yang lain seperti sama ada solat tarawih itu perlu 8 rakaat atau 20 rakaat, solat Subuh itu perlu dengan qunut ataupun tidak, hukum dasar dalam hal ini Khalifah tidak akan menerapkan ketetapannya. Maka di sini kaum Muslimin tidak diwajibkan untuk solat dengan cara yang sama dengan mazhab yang Khalifah tersebut ikuti dalam hal seperti jumlah rakaat solat tarawih, atau dalam pengamalan qunut dalam solat Subuh atau sebagainya.


Terdapat dua hujah mengapa Khalifah tidak melakukan penerapan ketetapan dalam hukum ibadah yang berbentuk khilafiyah. Pertama, kerana ia tidak bersesuaian dengan realiti penerapan ketetapan hukum memandangkan penerapan ketetapan hukum tersebut hanya berlaku terhadap interaksi antara manusia dengan manusia yang lain, misalnya dalam hukum muamalah dan uqubat, bukan terhadap interaksi antara manusia dengan Allah SWT. Kedua, kerana penerapan ketetapan dalam masalah ibadah akan menimbulkan rasa sempit (haraj) di kalangan umat.
(Mahmud al-Khalidi, Qawa’id Nizham al-Hukm fi al-Islam, hal. 357)

Ini bukan bererti bahawa Khalifah haram untuk menerapkan ketetapan hukum-hukum ibadah. Apa yang dimaksudkan di sini adalah lebih baik Khalifah untuk tidak menerapkan ketetapannya. Jika sekiranya Khalifah ingin menerapkan sesuatu hukum ibadah, hukumnya adalah boleh (mubah), tidak haram. Imam Nawawi berpendapat bahawa adalah boleh (mubah) hukumnya untuk Khalifah menerapkan hukum ibadah tertentu. Sepertimana yang dipetik daripada Imam Suyuthi, Imam Nawawi menyatakan bahawa,"Jika Khalifah memerintahkan umat untuk berpuasa sunat tiga hari untuk istisqa (meminta turunnya hujan), umat wajib untuk mentaati perintahnya." (Imam Suyuthi, Al-Asybah wa An-Nazha`ir, hal. 527).

Sebaliknya, penerapan ketetapan hukum ibadah menjadi wajib bagi Khalifah jika ia berkaitan dengan penyatuan umat dan kesatuan negara yang wajib dijaga oleh Khalifah. Oleh itu, walaupun hukum dasarnya Khalifah tidak menerapkan ketetapan hukum ibadah, tetapi demi kesatuan umat dan kesatuan negara, Khalifah akan menerapkan beberapa hukum ibadah tertentu seperti penentuan waktu ibadah haji, penentuan awal Ramadhan, dan penentuan 'Idul Fitri dan 'Idul Adha.
(Taqiyuddin an-Nabhani, Muqaddimah ad-Dustur, hal.21).

Oleh yang demikian, walaupun penentuan awal dan akhir Ramadhan merupakan masalah khilafiyah, Khalifah kelak akan menerapkan penetapan hukum dalam masalah ini. Pendapat yang akan dipilih dan yang akan diterapkan adalah pendapat yang paling kuat (rajih) yang selari dengan penyatuan umat dan kesatuan negara, iaitu pendapat jumhur ulama yang mewajibkan penggunaan rukyatul hilal (bukan hisab) yang akan dilaksanakan di seluruh dunia. Menurut ahli tafsir Wahbah Az-Zuhaili, "Pendapat jumhur inilah yang rajih menurut saya, untuk menyatukan ibadah kaum Muslimin dan mencegah perbezaan pendapat yang masih belum dapat diterima lagi di masa sekarang."
(Wahbah Az-Zuhaili, Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, II/610, Ahmad bin Muhammad Siddiq al-Ghumari, Taujih al-Anzhar li Tauhid al-Muslimin fi al-Shaum wa al-Ifthar, hal.19).

Jadi apabila Khalifah melakukan rukyah kelak (melihat anak bulan), hasil rukyahnya akan dilaksanakan secara global ke atas seluruh umat Islam. Hal ini ditegaskan oleh Imam Al-Maziri ketika mensyarahkan hadis-hadis Sahih Muslim tentang rukyatul hilal. "Jika hilal telah dilihat oleh Khalifah maka seluruh negeri-negeri Islam wajib merujuk hasil rukyah tersebut…sebab rukyah Khalifah adalah berbeza dengan rukyah selain daripada Khalifah. Kerana seluruh negeri-negeri yang berada di bawah pemerintahannya dianggap sebagai satu negeri."
(Imam al-Maziri, Al-Mu’allim bi Fawa`id Muslim, Tunis : Ad-Dar At-Tunisiyah, II/44-45). Wallahu a’lam.

Muhammad Siddiq al-Jawi

Kuih bakar, baulu ke Gaza

BALING 31 Julai - Kuih bakar dan baulu yang popular di kalangan masyarakat Melayu di negara ini adalah antara juadah berbuka puasa keluarga miskin di Gaza, Palestin pada Ramadan ini. Kuih tradisional itu yang akan diagihkan kepada 2,000 keluarga miskin adalah antara barangan makanan dan pakaian yang dibawa ke Gaza oleh pasukan Misi Bantuan Kemanusiaan anjuran Kelab Putera 1Malaysia pada 8 Ogos ini. Presiden kelab berkenaan, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, kuih tradisional buatan pengusaha kuih dari Baling itu antara 300,000 kuih yang akan disumbangkan kepada penduduk Gaza. "Kita juga membawa keperluan lain termasuk pakaian kanak-kanak dan orang tua serta ubat-ubatan yang akan diberikan kepada golongan memerlukan," katanya. Beliau ditemui selepas merasmikan Seminar Ekonomi dan Keusahawanan sempena program Juara Rakyat Baling di Dewan Masjid Ridzwaniah, Pekan Baling di sini hari ini.


Penaung misi tersebut ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) dan Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa. Abdul Azeez berkata, pihaknya juga akan membawa telekung dan selendang untuk diberikan kepada golongan wanita miskin di Gaza. Tambahnya, 30 doktor pakar meliputi bidang pediatrik, paramedik, sakit puan, jantung dan darah akan ditempatkan di lima hospital di Gaza yang telah dikenal pasti untuk dibantu. Beliau berkata, misi tersebut turut disertai 10 wakil media.

Sumber: Utusan Malaysia 01/08/10


Wahai Abdul Azeez ! Gaza: Hantar Tentera Bukannya Kuih Bakar


Satu lagi tindakan ”bodoh” yang memualkan. Itulah yang boleh kita katakan. Walaupun mungkin ianya agak pedas tetapi itulah hakikatnya. Manusia itu kadang-kadang perlu dikejutkan dengan kata-kata yang sedemikian rupa agar mereka sedar bahawa apa yang mereka buat itu adalah sesuatu yang salah dan tidak akan menyelesaikan masalah Palestin. Hakikatnya, mereka sebenarnya mampu dan berupaya untuk mengambil tindakan yang betul untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi jika mereka menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai sumber rujukan. Sememangnya Abdul Azeez adalah individu yang terkenal dengan kerja-kerja ”hebatnya”. Jika dulu pada tahun 2007 beliau telah mengetuai ekspedisi pasukan terjunan bebas Putera Umno ke Kutub Utara yang begitu ’gah’ dihebohkan ke seluruh dunia kini beliau berusaha pula menghantar kuih bakar dan baulu ke Gaza dengan tujuan ”murni” membantu keluarga miskin di sana.


Apakah beliau sedar keluarga miskin di Gaza itu muncul hasil dari kerja jahat Israel laknatullah yang menjarah dan menghabisi bumi Palestin milik umat Islam itu? Inilah akibatnya apabila umat Islam tidak memahami thariqah Islam dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pemikiran rasional akan menjelaskan bahawa permasalahan di Gaza itu adalah berpunca dari kebiadaban Israel laknatullah yang terus menunjukkan keangkuhannya kepada dunia Islam khususnya kepada umat Islam di sana, di mana mereka tahu tidak ada sesiapa pun disaat ini yang akan berani bertindak memberhentikan kebiadaban mereka. Israel laknatullah mengetahui bahawa para pemimpin dunia umat Islam saat ini tidak akan berbuat apa-apa melainkan akan hanya mengadakan sidang tergempar, resolusi ataupun kutukan dan kecaman semata-mata. Semuanya itu akan sejuk selepas panas buat seketika. Apa ertinya perut penduduk di Gaza kenyang berisi dengan kuih bakar dan baulu kiriman Azeez jika selepas itu perut-perut itu jugalah yang akan terburai dek muntahan peluru kejam zionis Israel laknatullah yang terus mengganas tanpa rasa belas kesian? Tidak kira lelaki, wanita, dewasa, kanak-kanak, muda mahupun tua, semuanya akan dihabisi.


Wahai umat Islam! Selagi ada Israel maka selagi itulah umat Islam di Gaza akan terus menjadi mangsa. Untuk itu, satu-satu penyelesaian kepada isu di Gaza, dan inilah thariqah yang telah ditetapkan oleh Islam dan inilah yang pernah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan juga para khalifah selepasnya, adalah jihad yang wajib dilakukan oleh para tentera umat Islam. Tetapi hakikatnya hari ini dan disaat ini para tentera umat Islam itu telah dipasung dan dirantai oleh rantai-rantai nationalisme yang dipaksakan oleh para pemimpin sekular umat Islam atas kaki-kaki mereka. Amat buruk sebenarnya apa yang dilakukan oleh para pemimpin thagut itu! Yakinlah bahawa jika Khilafah berdiri maka Khalifah akan menghantar bala tenteranya untuk membela dan membebaskan umat Islam di Palestin. Ayuh! Marilah kita berusaha untuk menegakkan kembali perisai pelindung umat ini! Tepuk dada tanyalah iman!

Ibu dihukum rejam mohon peluk anak

Seorang ibu Iran yang dihukum rejam sehingga mati kerana kesalahan berzina di Iran merayu supaya dibenarkan untuk memeluk anaknya, dalam surat yang dikeluarkan bagi pihak aktivis hak asasi manusia semalam (sabtu, 31 Julai). Sakineh Mohammadi-Ashtiani, 43, ibu kepada dua anak dijatuhi hukuman terbabit selepas didapati bersalah. Hukuman terbabit mencetuskan kritikan negara Barat dan ditangguhkan buat sementara awal bulan ini oleh ketua kehakiman Iran, Sadeq Larijani.

Sumber: Berita Minggu 01/08/10

Berita di atas menggambarkan seolah-olah hukuman yang berasal dari syariat Islam ini amat ngeri dan kejam. Itu baru satu sahaja dari Hukum Hudud yang kalau dilaksanakan sudah pasti mendapat kecaman daripada para ‘Pencinta Kedamaian’. Yang amat menyedihkan ialah apabila orang Islam sendiri yang melaungkan suara Hak Asasi Manusia dan menganggap hukuman ini berat dan tidak sesuai dengan zaman moden sekarang.

Setiap masa kita dapati media massa mencanangkan berita dan propaganda mengenai ‘kekejaman’ hukuman hudud terhadap masyarakat sehingga Islam itu menjadi sinonim dengan ‘Terrorrism’ dan ‘Extremism’. Dikatakan sekiranya hudud dijalankan maka akan ramailah ibu-ibu yang direjam, beribu-ribu orang akan kehilangan tangan, dan macam-macam lagi. Namun, hudud itu adalah perintah al-Khaliq di dalam al-Quran. Allah berfirman:

“Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka hukumlah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan……..” (TMQ An-Nur [24] : 2)

Hukuman hudud itu bukanlah berasal dari undang-undang ciptaan manusia bahkan datang dari perintah Allah. Maka layaklah Dia sebagai Pencipta untuk menetapkan peraturan-Nya atas kita. Bahkan harus difikirkan, patutkah anda berasa terancam sekiranya anda tidak tergolong dalam kelompok yang wajib dijatuhi hukuman tersebut? Hakikatnya ‘kekejaman’ hukuman hudud yang terlihat pada mata seluruh manusia akan bertukar menjadi keindahan seandainya sistem Islam diterapkan secara kaffah di dalam kehidupan.

Sebagai contoh, bagi hukuman hudud atas penzina, sekurang-kurangnya ada 10 lapisan amalan Islam yang perlu diperhatikan sebelum hukuman ini layak dijalankan atas seseorang itu. Lapisan pertama ialah keimanan seseorang. Bagi seseorang yang mempercayai azab api neraka nescaya ia akan takut untuk melakukan maksiat. Namun, masih lagi ramai orang yang tetap melakukan maksiat. Nafsu serakah begitu membara hingga menenggelamkan keimanan. Lantas perlu ada lapisan kedua iaitu menundukkan pandangan terutama ketika bertemu dengan lawan sejenis yang bukan mahramnya. Namun tetap sahaja pandangan lainnya masih menarik apalagi kalau dikelilingi ramai yang auratnya terdedah.

Oleh itu harus ada lagi lapisan ketiga iaitu menutup aurat. Harapannya adalah dengan tertutupnya aurat maka tertutuplah pintu zina. Akan tetapi syaitan tidak pernah berhenti menggoda. Zina masih boleh berlaku. Oleh itu, lapisan larangan ikhtilat amatlah perlu. Pergaulan lelaki dan wanita yang tidak syar’ie harus disekat. Negaralah yang paling sesuai memegang peranan ini. Persoalannya, apakah ini sudah cukup? Bahan lucah boleh didapati dengan terlalu mudah masa kini sehingga mudah menjadi punca rangsangan nafsu syahwat yang akhirnya akan dilepaskan dengan cara yang haram. Jadi, perlulah ada lapisan larangan pornografi. Namun apakah ini sudah memadai? Masih terlalu ramai yang tidak memahami Islam. Oleh itu, lapisan ke-enam iaitu sistem pendidikan Islam wajar dilaksanakan oleh institusi pemerintah. Tidak akan ada lagi yang memberi alasan tidak tahu atau tidak faham hukum ini selepas melalui sistem pendidikan Islam yang lengkap.

Apakah zina masih boleh berlaku selepas enam lapisan ini? Mungkin. Oleh itu, lapisan seterusnya, iaitu kemudahan untuk bernikah perlu dijalankan. Kalau pernikahan boleh dipermudahkan, dengan mahar yang murah dan syarat yang tidak berat sebelah, maka pasti syahwat akan dapat disalurkan dengan jalan yang halal.

Bagi memastikan zina hampir mustahil berlaku, sistem ekonomi Islam yang lengkap perlu diterapkan. Mana tidaknya, kemerosotan ekonomi boleh sahaja menyebabkan ramai wanita menjadi pelacur dengan alasan untuk menyara hidup yang penuh kemiskinan. InsyaAllah dengan sistem ekonomi ini, bukan hanya pelacuran dapat dibenteras, malah kehidupan secara keseluruhannya akan menjadi lebih baik.

Masih belum cukup lagi, Islam menyediakan lapisan ke sembilan yang dapat membenteras zina - poligami. Akhirnya, setelah semua sembilan lapisan ini terpampang di hadapan seseorang yang menghalang mereka dari berzina, namun mereka tetap berzina, maka Islam menyediakan hukuman hudud ke atas penzina. Hukuman ini hendaklah dilaksanakan di khalayak ramai sesuai dengan firman Allah. Allah berfirman lanjutan surah An-Nur ayat 2:

“…dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan ) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.”

Adanya perintah untuk mempertontonkan hukuman tersebut di khalayak umum adalah sebagai pengajaran kepada mereka yang beriman. Sejarah zaman Khilafah telah membuktikan bahawa kurang dari 200 kes dilaporkan sejak dari zaman Rasulullah hinggalah zaman Khilafah Uthmaniyyah. Namun harus diketahui, segala lapisan yang telah disebut tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna selagi tidak tertegaknya Daulah Khilafah sebagai pemelihara aqidah umat Islam.


“Ramadan kali ini aku nak cuba baiki diri। Lama dah rasanya tak buat amalan sunat. Rasa diri ini tak pandai menyambut Ramadan. Tapi kali ini aku nak cuba agar sejarah silam tak kembali lagi…”

Mungkin itulah kata hati kita apabila tibanya malam pertama Ramadan kali ini memandangkan Ramadan yang lepas disia-siakan. Adakalanya terasa juga ruginya umur remaja dijadikan masa untuk bersuka-ria sahaja. Sibuk dengan kawan-kawan, enjoy sana, enjoy sini hingga syariat Tuhan diabaikan. Tuhan semakin ditinggalkan apatah lagi nak dicintai. Huh… sibuk benar mengejar dunia yang sementara saja.

Ramadan yang sarat dengan janji pahala dan keampunan tidak layak untuk kita sia-siakan. Sesungguhnya puasa zahir ditandai dengan berakhirnya siang, iaitu ketika mulai tenggelamnya matahari di tempat istirehatnya. Semasa berbuka lupa Ramadan sekejap, rasa dunia ini dia yang punya, pelbagai jenis air, bermacam-macam warna dan rasa, kuih tak tau la berapa jenis, belum lagi lauk pauk. Pendek kata tak ada ruang lagi la atas meja tu. Akhirnya semua itu akan dimasukkan ke dalam tong sampah kerana perut tak dapat menampung beban makanan yang masuk…membazir bukan.

Akan tetapi puasa orang-orang yang dekat dengan Tuhan, tidak berpenghujung. Tidak dimulai dengan syuruk dan tidak diakhiri dengan ghurub. Tidak dapat dihitung dengan bilangan jam dan batasan waktu. Malah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan mengharap reda Allah. PUASA MEREKA DIIRINGI DENGAN RASA BERTUHAN YANG MENDALAM DAN RASA HAMBA YANG MEKAR MEMBUNGA. Dirasakan Ramadan inilah rahmat dan kasih sayang Tuhan itu melimpah-ruah.

Pernah Rasulullah SAW, manusia yang agung bersabda: “Ada orang yang berpuasa tapi tiada baginya pahala, yang dapat hanyalah lapar dan dahaga”.


Ingatan ini mesti dijaga agar ibadah puasa kita tidak rosak dan sia-sia walaupun tepat syarat dan rukunnya.

Selanjutnya Rasulullah SAW memberitahu kita supaya banyakkan ibadah di bulan puasa kerana balasannya sungguh istimewa. Ia bulan pengampunan dosa juga bulan dikabulkan doa. Terhimpun kebaikan padanya. Syurga rindu orang yang memuliakannya.

Bagi orang yang menghayati Ramadhan yang diberkati, puasanya akan berkesan dihati hingga membina peribadi.

Nabi SAW bersabda: “Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan reda Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian”

Inilah puasa yang hakiki..

Oh Ramadhan…kedatanganmu kurindu..kehadiranmu menggamit ketenanganku.

Glosari:

1) syuruk: waktu terbit matahari

2) ghurub: waktu terbenam matahari

Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.
“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel . Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”
Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.
“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”
Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.
“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”
Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.”
“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.”
“Kenapa Pak Cik?”
“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”
“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.
“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”
“Winston from America ?” bisik saya perlahan.
Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.
“Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.
“ Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya.
“Apa dia?”
“Solat Subuh berjemaah.”
“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.
“Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”
“Kita mesti sanggup memikul senjata.”
“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”
“Saya tak faham.”
“ Pak Cik , Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.”
“Apa yang menyakitkan mereka?”
“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”
“Jadi?”
“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”
Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cik tersebut dengan senyuman.
“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”
“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza !”
“Awak sindir saya?”
“Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”
“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”
Lagi-lagi ke situ fikirnya.
“Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”
“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”
“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?”
“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”
“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”
“Contoh?”
“Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”
Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”
“Ketiga-tiga isme itu sama.”
“Sama?”
“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!”
“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”
Saya menggeleng-gelengka n kepala perlahan.
“ Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”
“Misalnya?”
“Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”
“Lagi?”
“Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”
“lagi?”
“Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.”
“Idola Amerika?”
“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”
Pak Cik itu batuk-batuk.
Saya urut belakangnya.
“Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu.
“Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.”
“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”
“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”
“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? “
“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”
“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”
Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?
Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!
Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:
“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.”
Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?


Bagaimana usaha-usaha kufar barat dalam melabelkan pecahan dalam umat Islam dan mengkategorikan, untuk membandingkan yang mana bagus dari pandangannya, dan yang melampau juga dari pandangannya, sehingga berjaya membentuk pemikiran umat islam bersetuju serta mengikut telunjuknya. Yang paling mengecewakan adalah apabila Pemimpin umat Islam itu sendiri yang menjadi ejen untuk melaksanakan agenda kufar mereka, dan bagaimana bersungguh-sungguhnya barat melaksanakan agenda tersebut dari setiap sudut, pada masa yang sama umat islam hanya memikirkan soal Ibadah ruhiyah semata-mata,

Jadi marilah kita sama-sama bangkit, dengan kebangkitan yang sebenar, yang akan membawa suatu perubahan yang hakiki, yang mana sehingga setiap umat islam dimuka bumi ini telah jelas dan faham tentang pentingnya menegakkan Institusi Khilafah yang akan menyinari serta menaungi seluruh alam ini dengan melaksanakan hukum syarak, sekaligus menghantar pasukannya untuk mengajar kebiadaban kufar barat.


Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba. Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak. Kadang kala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan. Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.

Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa. Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah sedang menduga. Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya. Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.

Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadang membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadang kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis olehNya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuanNya? Kadang kala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapanNya.

'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '

Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?

Subhanallah. Maha suci Allah... !
Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna.. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayatNya.

Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.


Ya Allah... kenapa semua ini terjadi padaku?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah : 216)

Ya Allah.. kenapa terlalu berat ujian ini?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Ya Allah.... terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 12)

Ya Allah... bagaimana harus kuhadapi semua ini?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Al-Baqarah : 45)

Ya Allah... apa yang akan kudapat daripada semua ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..(At-Taubah : 111)

Ya Allah.... kepada siapa harus ku berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah : 129)

Ya Allah...berimankah aku?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta? (Al-Ankabut : 2-3)

Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang Redha dan diredhai-Nya.