Ibu dihukum rejam mohon peluk anak
 Seorang ibu Iran yang dihukum rejam sehingga mati kerana kesalahan  berzina di Iran merayu supaya dibenarkan untuk memeluk anaknya, dalam  surat yang dikeluarkan bagi pihak aktivis hak asasi manusia semalam  (sabtu, 31 Julai). Sakineh Mohammadi-Ashtiani, 43, ibu kepada dua anak  dijatuhi hukuman terbabit selepas didapati bersalah. Hukuman terbabit  mencetuskan kritikan negara Barat dan ditangguhkan buat sementara awal  bulan ini oleh ketua kehakiman Iran, Sadeq Larijani.
Sumber: Berita Minggu 01/08/10
Berita di atas menggambarkan seolah-olah hukuman yang berasal dari  syariat Islam ini amat ngeri dan kejam. Itu baru satu sahaja dari Hukum  Hudud yang kalau dilaksanakan sudah pasti mendapat kecaman daripada para  ‘Pencinta Kedamaian’. Yang amat menyedihkan ialah apabila orang Islam  sendiri yang melaungkan suara Hak Asasi Manusia dan menganggap hukuman  ini berat dan tidak sesuai dengan zaman moden sekarang.  
Setiap masa kita dapati media massa mencanangkan berita dan propaganda  mengenai ‘kekejaman’ hukuman hudud terhadap masyarakat sehingga Islam  itu menjadi sinonim dengan ‘Terrorrism’ dan ‘Extremism’. Dikatakan  sekiranya hudud dijalankan maka akan ramailah ibu-ibu yang direjam,  beribu-ribu orang akan kehilangan tangan, dan macam-macam lagi. Namun,  hudud itu adalah perintah al-Khaliq di dalam al-Quran. Allah berfirman:
“Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka hukumlah  tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan……..” (TMQ  An-Nur [24] : 2)
Hukuman hudud itu bukanlah berasal dari undang-undang ciptaan manusia  bahkan datang dari perintah Allah. Maka layaklah Dia sebagai Pencipta  untuk menetapkan peraturan-Nya atas kita. Bahkan harus difikirkan,  patutkah anda berasa terancam sekiranya anda tidak tergolong dalam  kelompok yang wajib dijatuhi hukuman tersebut? Hakikatnya ‘kekejaman’  hukuman hudud yang terlihat pada mata seluruh manusia akan bertukar  menjadi keindahan seandainya sistem Islam diterapkan secara kaffah di  dalam kehidupan.
Sebagai contoh, bagi hukuman hudud atas penzina, sekurang-kurangnya ada  10 lapisan amalan Islam yang perlu diperhatikan sebelum hukuman ini  layak dijalankan atas seseorang itu. Lapisan pertama ialah keimanan  seseorang. Bagi seseorang yang mempercayai azab api neraka nescaya ia  akan takut untuk melakukan maksiat. Namun, masih lagi ramai orang yang  tetap melakukan maksiat. Nafsu serakah begitu  membara hingga  menenggelamkan keimanan. Lantas perlu ada lapisan kedua iaitu  menundukkan pandangan terutama ketika bertemu dengan lawan sejenis yang  bukan mahramnya. Namun tetap sahaja pandangan lainnya masih menarik  apalagi kalau dikelilingi ramai yang auratnya terdedah.
Oleh itu harus ada lagi lapisan ketiga iaitu menutup aurat. Harapannya  adalah dengan tertutupnya aurat maka tertutuplah pintu zina. Akan tetapi  syaitan tidak pernah berhenti menggoda. Zina masih boleh berlaku. Oleh  itu, lapisan larangan ikhtilat amatlah perlu. Pergaulan lelaki dan  wanita yang tidak syar’ie harus disekat. Negaralah yang paling sesuai  memegang peranan ini. Persoalannya, apakah ini sudah cukup? Bahan lucah  boleh didapati dengan terlalu mudah masa kini sehingga mudah menjadi  punca rangsangan nafsu syahwat yang akhirnya akan dilepaskan dengan cara  yang haram. Jadi, perlulah ada lapisan larangan pornografi. Namun  apakah ini sudah memadai? Masih terlalu ramai yang tidak memahami Islam.  Oleh itu, lapisan ke-enam iaitu sistem pendidikan Islam wajar  dilaksanakan oleh institusi pemerintah. Tidak akan ada lagi yang memberi  alasan tidak tahu atau tidak faham hukum ini selepas melalui sistem  pendidikan Islam yang lengkap.
Apakah zina masih boleh berlaku selepas enam lapisan ini? Mungkin. Oleh  itu, lapisan seterusnya, iaitu kemudahan untuk bernikah perlu  dijalankan. Kalau pernikahan boleh dipermudahkan, dengan mahar yang  murah dan syarat yang  tidak berat sebelah, maka pasti syahwat akan  dapat disalurkan dengan jalan yang halal.
Bagi memastikan zina hampir mustahil berlaku, sistem ekonomi Islam yang  lengkap perlu diterapkan. Mana tidaknya, kemerosotan ekonomi boleh  sahaja menyebabkan ramai wanita menjadi pelacur dengan alasan untuk  menyara hidup yang penuh kemiskinan. InsyaAllah dengan sistem ekonomi  ini, bukan hanya pelacuran dapat dibenteras, malah kehidupan secara  keseluruhannya akan menjadi lebih baik.
Masih belum cukup lagi, Islam menyediakan lapisan ke sembilan yang dapat  membenteras zina -  poligami. Akhirnya, setelah semua sembilan lapisan  ini terpampang di hadapan seseorang yang menghalang mereka dari berzina,  namun mereka tetap berzina, maka Islam menyediakan hukuman hudud ke  atas penzina. Hukuman ini hendaklah dilaksanakan di khalayak ramai  sesuai dengan firman Allah. Allah berfirman lanjutan surah An-Nur ayat  2:
“…dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk  (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari  akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan ) hukuman mereka disaksikan oleh  sekumpulan dari orang-orang yang beriman.”
Adanya perintah untuk mempertontonkan hukuman tersebut di khalayak umum  adalah sebagai pengajaran kepada mereka yang beriman. Sejarah zaman  Khilafah telah membuktikan bahawa kurang dari 200 kes dilaporkan sejak  dari zaman Rasulullah hinggalah zaman Khilafah Uthmaniyyah. Namun harus  diketahui, segala lapisan yang telah disebut tidak akan dapat  dilaksanakan dengan sempurna selagi tidak tertegaknya Daulah Khilafah  sebagai pemelihara aqidah umat Islam.
tentang diriku
 
- Shah Shukri
- Taiping, Perak, Malaysia
- "Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir"
Selamat Datang
Kepada yang sudi melayari blog saya ini,saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih serta pengharapan saya agar anda semua diisi pengetahuan yang bermanfaat dan saya amat berharap agar anda semua dapat berkongsi pengetahuan dengan saya...Insyaallah.
islamic clock
 
switch blog
Blog Archive
- 
▼ 
2010
                                (77)
                              
- 
▼ 
August
                                (25)
                              
- Rakyat Dihimpit Kemiskinan Rayu Simpati, Adakah Pe...
- Ucapan Selamat Berpuasa Obama Itu Hanyalah Satu Pe...
- Indonesia-Malaysia Perlukan Khilafah Bukannya Kerj...
- Sandiwara Tol Di Musim Perayaan
- Puas Mengerah Tenaga, Pemimpin Negara Hanya Pandan...
- Rakyat Diminta Bijak Berbelanja, tapi Penguasa?
- Harta Dunia, Setakat Mana?
- Alangkah Baiknya Jika Tentera Malaysia, bukan Mala...
- Menara Jam Terbesar Didunia kini di MEKAH
- Payahnya Malaikat Meminta Tanah Dari Bumi
- Pentingnya Khilafah Dalam Penentuan Awal Dan Akhir...
- Tindakan Bodoh Menghantar Baulu Ke Ghaza
- Hukum Allah Dipandang Ngeri Oleh Kuffar Barat
- Ramadan Datang Lagi
- Demonstrasi Anti-Yahudi
- Strategi Kuffar Barat Menentang Khilafah
- Bersabarlah Demi Redha-Nya
- HUKUM ZINA YANG SEBENAR
- KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN KHINZIR
- SUSAH SANGATKAH UNTUK BERSATU?
- TUDUNG MUSLIMAH, PERINTAH DARI ILAHI ATAU KEHENDAK...
- Apakah maksud Al-Wahn???
- REMAJA MASJID KUBUR BERKATA-KATA
- Jenayah Perang AS Terbongkar
- Kekayaan Pemimpin Yang Membolot Kekayaan Umat
 
 
- 
▼ 
August
                                (25)
                              
islamic calendar
 
jom chat...!!!
Facebook Badge
my Friends
Labels
- hudud (1)
my Ads
Followers
By ShahShukri. Powered by Blogger.
Posted by
Shah Shukri
Friday, August 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
                          


 
  

