Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual  dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di  sebuah klinik.
“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel . Hancur luluh dibuatnya.  Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak  mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami  masih rasional.”
Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.
“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia  Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu  hadapan. Awak jangan lepas peluang.”
Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun  saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi  pendengar.
“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah  begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan  keperluan. Itu lagi teruk.”
Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “saya sokong tindakan Pak  Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman  Yahudi.”
“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit  sejak akhir ni.”
“Kenapa Pak Cik?”
“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”
“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.
“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”
“Winston from America ?” bisik saya perlahan.
Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.
“Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik  tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.
“ Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya.
“Apa dia?”
“Solat Subuh berjemaah.”
“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pak Cik itu mula  memerah. Tangannya mula digenggam.
“Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan  membangunkan roh jihad yang sejati.”
“Kita mesti sanggup memikul senjata.”
“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur  menjelang Subuh.”
“Saya tak faham.”
“ Pak Cik , Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan  mereka.”
“Apa yang menyakitkan mereka?”
“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh  berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui  oleh cerdik pandai mereka sendiri.”
“Jadi?”
“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara  berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan  Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita.  Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat  akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh,  bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang  lain.”
Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik  nafas panjang. Kembali merenung Pak Cik tersebut dengan senyuman.
“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”
“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar  rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau  sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah  berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi  bantuan kemanusiaan ke Gaza !”
“Awak sindir saya?”
“Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya,  hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”
“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”
Lagi-lagi ke situ fikirnya.
“Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan  redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”
“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”
“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara  hidup Islam?”
“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”
“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara  Islam.”
“Contoh?”
“Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya  hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat  sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi  media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap  dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”
Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “mana Yahudinya. Awak  kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis  dan sosialis?”
“Ketiga-tiga isme itu sama.”
“Sama?”
“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!”
“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”
Saya menggeleng-gelengka n kepala perlahan.
“ Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial.  Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”
“Misalnya?”
“Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga  dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”
“Lagi?”
“Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam  didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam  ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”
“lagi?”
“Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya  satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi.  Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya  kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang  mereka di Holywood.”
“Idola Amerika?”
“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka  berhibur akan mudah dijajah.”
Pak Cik itu batuk-batuk.
Saya urut belakangnya.
“Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya  Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu.
“Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.”
“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh  yang kita benci.”
“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja  kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat  remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi,  arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”
“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan  ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan  Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan  takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan  nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? “
“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”
“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana  ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak  solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan  dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten  menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”
Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan.  Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik.  Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan  para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di  dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi  dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh  qiamulail dan qunut nazilah?
Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan  pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri,  keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian  masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!
Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup  Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman  Allah:
“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut  millah (cara hidup) mereka.”
Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan  penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus  ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur  kehidupan ini?
tentang diriku
 
- Shah Shukri
- Taiping, Perak, Malaysia
- "Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir"
Selamat Datang
Kepada yang sudi melayari blog saya ini,saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih serta pengharapan saya agar anda semua diisi pengetahuan yang bermanfaat dan saya amat berharap agar anda semua dapat berkongsi pengetahuan dengan saya...Insyaallah.
islamic clock
 
switch blog
Blog Archive
- 
▼ 
2010
                                (77)
                              
- 
▼ 
August
                                (25)
                              
- Rakyat Dihimpit Kemiskinan Rayu Simpati, Adakah Pe...
- Ucapan Selamat Berpuasa Obama Itu Hanyalah Satu Pe...
- Indonesia-Malaysia Perlukan Khilafah Bukannya Kerj...
- Sandiwara Tol Di Musim Perayaan
- Puas Mengerah Tenaga, Pemimpin Negara Hanya Pandan...
- Rakyat Diminta Bijak Berbelanja, tapi Penguasa?
- Harta Dunia, Setakat Mana?
- Alangkah Baiknya Jika Tentera Malaysia, bukan Mala...
- Menara Jam Terbesar Didunia kini di MEKAH
- Payahnya Malaikat Meminta Tanah Dari Bumi
- Pentingnya Khilafah Dalam Penentuan Awal Dan Akhir...
- Tindakan Bodoh Menghantar Baulu Ke Ghaza
- Hukum Allah Dipandang Ngeri Oleh Kuffar Barat
- Ramadan Datang Lagi
- Demonstrasi Anti-Yahudi
- Strategi Kuffar Barat Menentang Khilafah
- Bersabarlah Demi Redha-Nya
- HUKUM ZINA YANG SEBENAR
- KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN KHINZIR
- SUSAH SANGATKAH UNTUK BERSATU?
- TUDUNG MUSLIMAH, PERINTAH DARI ILAHI ATAU KEHENDAK...
- Apakah maksud Al-Wahn???
- REMAJA MASJID KUBUR BERKATA-KATA
- Jenayah Perang AS Terbongkar
- Kekayaan Pemimpin Yang Membolot Kekayaan Umat
 
 
- 
▼ 
August
                                (25)
                              
islamic calendar
 
jom chat...!!!
Facebook Badge
my Friends
Labels
- hudud (1)
my Ads
Followers
By ShahShukri. Powered by Blogger.
Posted by
Shah Shukri
Saturday, August 7, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
                          


 
  

