Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya  telah diusung oleh 4 orang, antara :-
1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)  
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a
Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin  Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah  siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini  adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w."  
Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau  orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang  banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu  tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku  layan dia dengan seburuk-buruknya) ."
Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari  siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-  
1. Hendaklah ia menjaga solatnya  
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan  memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan  melapangkannya.
Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-  
1. Jangan berdusta  
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri
Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua  dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca  dari kencing."  
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan  dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang  bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak  memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan  tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal  soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.
Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap  soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara  kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita  yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada  soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan  Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh  menghafal untuk menjawabnya. "  
Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak  akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak  mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya  dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan  begitu juga seterusnya.
tentang diriku
 
- Shah Shukri
- Taiping, Perak, Malaysia
- "Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir"
Selamat Datang
Kepada yang sudi melayari blog saya ini,saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih serta pengharapan saya agar anda semua diisi pengetahuan yang bermanfaat dan saya amat berharap agar anda semua dapat berkongsi pengetahuan dengan saya...Insyaallah.
islamic clock
 
switch blog
Blog Archive
- 
▼ 
2010
                                (77)
                              
- 
▼ 
August
                                (25)
                              
- Rakyat Dihimpit Kemiskinan Rayu Simpati, Adakah Pe...
- Ucapan Selamat Berpuasa Obama Itu Hanyalah Satu Pe...
- Indonesia-Malaysia Perlukan Khilafah Bukannya Kerj...
- Sandiwara Tol Di Musim Perayaan
- Puas Mengerah Tenaga, Pemimpin Negara Hanya Pandan...
- Rakyat Diminta Bijak Berbelanja, tapi Penguasa?
- Harta Dunia, Setakat Mana?
- Alangkah Baiknya Jika Tentera Malaysia, bukan Mala...
- Menara Jam Terbesar Didunia kini di MEKAH
- Payahnya Malaikat Meminta Tanah Dari Bumi
- Pentingnya Khilafah Dalam Penentuan Awal Dan Akhir...
- Tindakan Bodoh Menghantar Baulu Ke Ghaza
- Hukum Allah Dipandang Ngeri Oleh Kuffar Barat
- Ramadan Datang Lagi
- Demonstrasi Anti-Yahudi
- Strategi Kuffar Barat Menentang Khilafah
- Bersabarlah Demi Redha-Nya
- HUKUM ZINA YANG SEBENAR
- KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN KHINZIR
- SUSAH SANGATKAH UNTUK BERSATU?
- TUDUNG MUSLIMAH, PERINTAH DARI ILAHI ATAU KEHENDAK...
- Apakah maksud Al-Wahn???
- REMAJA MASJID KUBUR BERKATA-KATA
- Jenayah Perang AS Terbongkar
- Kekayaan Pemimpin Yang Membolot Kekayaan Umat
 
 
- 
▼ 
August
                                (25)
                              
islamic calendar
 
jom chat...!!!
Facebook Badge
my Friends
Labels
- hudud (1)
my Ads
Followers
By ShahShukri. Powered by Blogger.
Posted by
Shah Shukri
Monday, August 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
                          


 
  

