Nabi Musa adalah  satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah
S.W.T Setiap  kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit
Tursina. Di  atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa
sering  bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah
kelebihannya  yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah  bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang
di syurga nanti yang  akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan
mengatakan  nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah
mendapat  jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan
mengikut  tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan
akhirnya  sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan  beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya
bertemu dengan orang  tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan
masuk dan duduk  di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk  ke dalam bilik dan
melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia  keluar sambil membawa
seekor babi betina yang besar. Babi itu  didukungnya dengan cermat. Nabi
Musa terkejut melihatnya. "Apa hal  ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam
hatinya penuh kehairanan.
Babi  itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap
sampai  kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik.
Tidak  lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor
babi  jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan.
Kemudian  dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih
sayang.  Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya  barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa
agama kamu?". "Aku  agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
"Habis, mengapa  kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata
Nabi Musa.
"Wahai  tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah
ibubapa  kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar,
Allah  telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal
dosa  mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku
sebagai  anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari
aku  berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat
tadi.  Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan
tugasku.",  sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka  diampunkan. Aku
bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi  manusia yang
sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.",  tambah pemuda itu
lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan  wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai
Musa, inilah orang yang akan  berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil
baktinya yang sangat  tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang
sudah buruk dengan  rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan
maqamnya  sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang  bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di
maqam anak yang soleh  disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat
kedua ibubapanya yang  Kami sediakan di dalam neraka telah Kami
pindahkan ke dalam syurga."  Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang
soleh dapat menebus dosa  ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka
pindah ke syurga. Ini juga  hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada
ibubapanya. Walaupun  hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti
babi. Mudah-mudahan  ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat
kelak.
Walau  bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan
urusan  kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang
sebagaimana  mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau
banyak mana  sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan
kita,  urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua
ibubapa  kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua  ibubapanya mendapat tempat
yang baik di akhirat, inilah yang  dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam
kubur.
Erti sayang  seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran
wang  ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah
dengan  doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di
sisi  Allah.
tentang diriku
 
- Shah Shukri
- Taiping, Perak, Malaysia
- "Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir"
Selamat Datang
Kepada yang sudi melayari blog saya ini,saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih serta pengharapan saya agar anda semua diisi pengetahuan yang bermanfaat dan saya amat berharap agar anda semua dapat berkongsi pengetahuan dengan saya...Insyaallah.
islamic clock
 
switch blog
Blog Archive
- 
▼ 
2010
                                (77)
                              
- 
▼ 
August
                                (25)
                              
- Rakyat Dihimpit Kemiskinan Rayu Simpati, Adakah Pe...
- Ucapan Selamat Berpuasa Obama Itu Hanyalah Satu Pe...
- Indonesia-Malaysia Perlukan Khilafah Bukannya Kerj...
- Sandiwara Tol Di Musim Perayaan
- Puas Mengerah Tenaga, Pemimpin Negara Hanya Pandan...
- Rakyat Diminta Bijak Berbelanja, tapi Penguasa?
- Harta Dunia, Setakat Mana?
- Alangkah Baiknya Jika Tentera Malaysia, bukan Mala...
- Menara Jam Terbesar Didunia kini di MEKAH
- Payahnya Malaikat Meminta Tanah Dari Bumi
- Pentingnya Khilafah Dalam Penentuan Awal Dan Akhir...
- Tindakan Bodoh Menghantar Baulu Ke Ghaza
- Hukum Allah Dipandang Ngeri Oleh Kuffar Barat
- Ramadan Datang Lagi
- Demonstrasi Anti-Yahudi
- Strategi Kuffar Barat Menentang Khilafah
- Bersabarlah Demi Redha-Nya
- HUKUM ZINA YANG SEBENAR
- KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN KHINZIR
- SUSAH SANGATKAH UNTUK BERSATU?
- TUDUNG MUSLIMAH, PERINTAH DARI ILAHI ATAU KEHENDAK...
- Apakah maksud Al-Wahn???
- REMAJA MASJID KUBUR BERKATA-KATA
- Jenayah Perang AS Terbongkar
- Kekayaan Pemimpin Yang Membolot Kekayaan Umat
 
 
- 
▼ 
August
                                (25)
                              
islamic calendar
 
jom chat...!!!
Facebook Badge
my Friends
Labels
- hudud (1)
my Ads
Followers
By ShahShukri. Powered by Blogger.
Posted by
Shah Shukri
Thursday, August 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
                          


 
  

