Kerjasama ekonomi perairan Malaysia-Indonesia diperlukan
 JAKARTA 17 Ogos - Kerjasama ekonomi kawasan perbatasan perairan adalah  perlu bagi membolehkan nelayan Malaysia dan Indonesia menangkap ikan di  kedua-dua kawasan tanpa masalah di masa hadapan, kata Menteri Kelautan  dan Perikanan Indonesia, Fadel Muhammad. Katanya, langkah itu dapat  menyelesaikan masalah-masalah pencerobohan perairan yang dilaporkan  sering dilakukan oleh nelayan.  "Seperti arahan Presiden Susilo Bambang  Yudhoyono, kalau boleh ada kerjasama ekonomi sehingga pada masa yang  tertentu kalau dia ingin memancing di daerah kita, kita kerjasama dengan  mereka, demikian juga nelayan kita.  "Kerjasama ekonomi inilah yang  saya kira perlu kita buat sekarang dan akan datang,” katanya ketika  diwawancara stesen TV swasta TV-One bagi mengulas pembebasan tiga  pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia di  Johor Baharu hari ini. - Bernama 
Sumber: Utusan Malaysia 17/08/10  
Idea Karut! Indonesia-Malaysia Perlukan Khilafah Bukannya Kerjasama Ekonomi     
 Betapa rendah dan jauhnya pemikiran umat Islam hari ini dari fikrah  Islam yang sebenarnya. Dahulu Rasulullah SAW telah mencontohkan kepada  umatnya bahawa negara Islam itu hanyalah satu dan bukannya lebih  daripada 50 buah negeri  sepertimana yang kita dapat saksikan hari ini,  dan di dalam negara itu telah terhimpun warganegara Daulah Islam dari  pelbagai bangsa, warna kulit, wilayah geografi  dan seumpamanya hatta  orang kafir zimmi pun turut menjadi warganegara di dalam Daulah Islam.  Kesemuanya  itu telah disatukan oleh Rasulullah SAW  dengan kesatuan  aqidah dan sistem yang diterapkan oleh negara. Natijahnya Islam dan umat  Islam di saat itu menjadi  “superpower” yang senantiasa dihormati oleh  kuasa-kuasa besar lain seperti Rom dan Parsi. Namun dengan makar dan  rencana jahat yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam tanpa rasa lelah dan  jemu, mereka akhirnya berjaya memecah-belahkan negeri umat Islam  menjadi negara ashobiyyah yang kecil dan lemah sepertimana yang kita  lihat hari ini. Akibat dari ini pelbagai masalah telah berlaku,  antaranya ketegangan dan konflik yang berlaku antara Malaysia dan  Indonesia mengenai  isu sempadan perairan  antara kedua-dua negara  tersebut. Bukankah dengan wujudnya isu di atas telah membuktikan kepada  kita bahawa fahaman ashobiyyah yang dipegang oleh kedua-dua negara ini  merupakan suatu yang amat menijikkan? Kalau dahulu golongan jahiliyyah  Aus dan Khazraj sebelum kedatangan Islam boleh bergaduh disebabkan  seekor unta selama bertahun-tahun lamanya, kini umat Islam nampaknya  telah mengikuti jejak langkah golongan tersebut. Dek kerana isu sempadan  perairan kita boleh saling cabar mencabar dan saling bermusuhan. Apa  yang malangnya lagi ialah kedua-dua pihak cuba mencari penyelesaian  terhadap konflik itu mengikut acuan sekular Kapitalisme.  
 Wahai umat Islam! Ketahuilah selagi wujud sempadan ashobiyyah antara  negeri-negeri umat Islam sepertimana hari ini maka selama itulah konflik  ini akan terus muncul dan pasti akan terus muncul. Hanya dengan  mendirikan Khilafah sahajalah persoalan sempadan ini akan dapat  diselesaikan dengan tuntas. Pastinya, apabila Khilafah berdiri kelak, ia  akan menyatukan seluruh dunia umat Islam yang terpecah-belah di saat  ini di bawah payung kekuasaannya. Sempadan-sempadan negara bangsa  ashobiyyah yang ada pada hari ini akan pasti digantikan dengan negara  besar Khilafah yang disatukan atas dasar aqidah Islam.  
 Wahai umat Islam! Renungilah firman Allah SWT:  “ dan berpeganglah  kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai  berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa  Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu  menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan  kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu  dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar  kamu mendapat petunjuk”. [TMQ Ali- ‘Imraan (3) : 103].
tentang diriku
 
- Shah Shukri
- Taiping, Perak, Malaysia
- "Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir"
Selamat Datang
Kepada yang sudi melayari blog saya ini,saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih serta pengharapan saya agar anda semua diisi pengetahuan yang bermanfaat dan saya amat berharap agar anda semua dapat berkongsi pengetahuan dengan saya...Insyaallah.
islamic clock
 
switch blog
Blog Archive
- 
▼ 
2010
                                (77)
                              
- 
▼ 
August
                                (25)
                              
- Rakyat Dihimpit Kemiskinan Rayu Simpati, Adakah Pe...
- Ucapan Selamat Berpuasa Obama Itu Hanyalah Satu Pe...
- Indonesia-Malaysia Perlukan Khilafah Bukannya Kerj...
- Sandiwara Tol Di Musim Perayaan
- Puas Mengerah Tenaga, Pemimpin Negara Hanya Pandan...
- Rakyat Diminta Bijak Berbelanja, tapi Penguasa?
- Harta Dunia, Setakat Mana?
- Alangkah Baiknya Jika Tentera Malaysia, bukan Mala...
- Menara Jam Terbesar Didunia kini di MEKAH
- Payahnya Malaikat Meminta Tanah Dari Bumi
- Pentingnya Khilafah Dalam Penentuan Awal Dan Akhir...
- Tindakan Bodoh Menghantar Baulu Ke Ghaza
- Hukum Allah Dipandang Ngeri Oleh Kuffar Barat
- Ramadan Datang Lagi
- Demonstrasi Anti-Yahudi
- Strategi Kuffar Barat Menentang Khilafah
- Bersabarlah Demi Redha-Nya
- HUKUM ZINA YANG SEBENAR
- KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN KHINZIR
- SUSAH SANGATKAH UNTUK BERSATU?
- TUDUNG MUSLIMAH, PERINTAH DARI ILAHI ATAU KEHENDAK...
- Apakah maksud Al-Wahn???
- REMAJA MASJID KUBUR BERKATA-KATA
- Jenayah Perang AS Terbongkar
- Kekayaan Pemimpin Yang Membolot Kekayaan Umat
 
 
- 
▼ 
August
                                (25)
                              
islamic calendar
 
jom chat...!!!
Facebook Badge
my Friends
Labels
- hudud (1)
my Ads
Followers
By ShahShukri. Powered by Blogger.
Posted by
Shah Shukri
Tuesday, August 31, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
                          


 
  

