Diskaun tol raya ditentukan 2 Sept.
 PETALING JAYA 20 Ogos - Penetapan diskaun kadar tol sempena Hari Raya  Adilfitri bulan depan akan ditentukan pada satu mesyuarat dengan  syarikat-syarikat konsesi pada 2 Sept. ini, kata Menteri Kerja Raya,  Datuk Shaziman Abu Mansor.  Beliau berkata, mesyuarat Majlis Keselamatan  Jalan Raya itu akan digunakan untuk mendapatkan maklumat balas daripada  semua syarikat konsesi tol berhubung bayaran tol.  "Tengoklah syarikat  mana yang bermurah hati beri (diskaun) lebih sikit. Saya rasa Lebuhraya  Utara-Selatan (PLUS) pun tak mahu ketinggalan memberi diskaun. Jangan  takutlah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Galeri MUFORS  (Malaysians Unite For Road Safety) di Restoran Jejantas USJ, Kawasan  Rehat dan Rawat USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) di  sini, hari ini. – Bernama 
Sumber: Utusan Malaysia 20/08/10  
     
Sandiwara tol ...  
 Sandiwara lagi.  Di antara konsep pengswastaan yang juarai oleh bapa  Kapitalisme negara, Tun Mahathir, adalah pengenalan lebuhraya bertol  melalui kewujudan syarikat-syarikat konsesi yang diberikan lesen untuk  merompak jutaan wang rakyat. Dan setiap kali musim perayaan, rakyat akan  digula-gulakan dengan pelbagai ’tawaran hebat’ dalam bentuk diskaun  tol, sebagai usaha untuk menutup kudis dan nanah sistem Kapitalisme yang  diterapkan selama ini. Kini, Aidil fitri menjelang tiba dan idea yang  sama diusulkan - diskaun tol raya kepada para pengguna sempena  Hari  Raya. Sekali lagi pemerintah sekular kita berpura-pura bersikap prihatin  terhadap rakyat.  Sedangkan hakikatnya, sudah sekian selama sebenarnya  ”perompak-perompak moden” ini merompak dan menjarah dengan rakusnya  harta milik umum ini secara berterusan. Lihatlah bagaimana dengan tanpa  rasa tanpa bersalah dan berdosa, Datuk Shaziman Abu Mansur masih lagi  boleh berseloroh dengan kata-katanya "Tengoklah syarikat mana yang  bermurah hati beri (diskaun) lebih sikit. Saya rasa Lebuhraya  Utara-Selatan (PLUS) pun tak mahu ketinggalan memberi diskaun. Jangan  takutlah,”.  
 Wahai Shaziman! Ketahuilah bahawa tol adalah salah satu bentuk cukai dan  secara jelas Islam telah mengharamkannya. Sabda Rasulullah SAW :  “Sesungguhnya tidak akan masuk syurga orang yang memungut cukai” [HR  Ahmad, Abu Daud & Hakim]. Rasulullah SAW juga bersabda,“Sesungguhnya  pemungut cukai itu berada dalam neraka” [HR Ahmad].
tentang diriku
 
- Shah Shukri
- Taiping, Perak, Malaysia
- "Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir"
Selamat Datang
Kepada yang sudi melayari blog saya ini,saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih serta pengharapan saya agar anda semua diisi pengetahuan yang bermanfaat dan saya amat berharap agar anda semua dapat berkongsi pengetahuan dengan saya...Insyaallah.
islamic clock
 
switch blog
Blog Archive
- 
▼ 
2010
                                (77)
                              
- 
▼ 
August
                                (25)
                              
- Rakyat Dihimpit Kemiskinan Rayu Simpati, Adakah Pe...
- Ucapan Selamat Berpuasa Obama Itu Hanyalah Satu Pe...
- Indonesia-Malaysia Perlukan Khilafah Bukannya Kerj...
- Sandiwara Tol Di Musim Perayaan
- Puas Mengerah Tenaga, Pemimpin Negara Hanya Pandan...
- Rakyat Diminta Bijak Berbelanja, tapi Penguasa?
- Harta Dunia, Setakat Mana?
- Alangkah Baiknya Jika Tentera Malaysia, bukan Mala...
- Menara Jam Terbesar Didunia kini di MEKAH
- Payahnya Malaikat Meminta Tanah Dari Bumi
- Pentingnya Khilafah Dalam Penentuan Awal Dan Akhir...
- Tindakan Bodoh Menghantar Baulu Ke Ghaza
- Hukum Allah Dipandang Ngeri Oleh Kuffar Barat
- Ramadan Datang Lagi
- Demonstrasi Anti-Yahudi
- Strategi Kuffar Barat Menentang Khilafah
- Bersabarlah Demi Redha-Nya
- HUKUM ZINA YANG SEBENAR
- KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN KHINZIR
- SUSAH SANGATKAH UNTUK BERSATU?
- TUDUNG MUSLIMAH, PERINTAH DARI ILAHI ATAU KEHENDAK...
- Apakah maksud Al-Wahn???
- REMAJA MASJID KUBUR BERKATA-KATA
- Jenayah Perang AS Terbongkar
- Kekayaan Pemimpin Yang Membolot Kekayaan Umat
 
 
- 
▼ 
August
                                (25)
                              
islamic calendar
 
jom chat...!!!
Facebook Badge
my Friends
Labels
- hudud (1)
my Ads
Followers
By ShahShukri. Powered by Blogger.
Posted by
Shah Shukri
Tuesday, August 31, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
                          


 
  

