Malaysia diabadi pada jalan, taman permainan kanak-kanak di Gaza  
 KUALA LUMPUR 13 Ogos - Nama Malaysia akan diabadikan pada sebatang jalan  sepanjang tujuh kilometer dan sebuah taman permainan kanak-kanak di  Gaza.  Menurut laporan Koresponden Bernama Radio24, Nizal Mohamad dalam  siaran langsung stesen itu hari ini, jalan itu akan dinamakan Jalan  Persahabatan Palestin-Malaysia manakala taman berkenaan dinamakan Taman  Permainan Kanak-Kanak Malaysia.  Ketika mengumumkan hasrat itu kepada  anggota misi Ramadan March for Freedom di Gaza, Datuk Bandar Khan Yunis,  Mohd. Abdul Khalek El-Farra berkata, keputusan itu sebagai inisiatif  Gaza bagi menghargai keprihatinan Malaysia terhadap penduduk di kawasan  berkenaan.  Beliau menghadiri majlis peletakan batu asas Hospital  Pediatrik yang disempurnakan oleh Pemimpin Kanan Hamas yang  bertanggungjawab mengenai kesihatan di Gaza, Dr. Basem N. Naim.   Misi  itu yang diterajui Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia akan  berada di Gaza sehingga Rabu depan. 
Sumber: Utusan Malaysia 14/08/10  
 Alangkah baiknya jika nama tentera Malaysia tercatat sebagai negara  pertama yang menghantar tentera untuk mengganyang Israel.    
 Apabila fikrah umat Islam hari ini dipenuhi dengan pemikiran sekular  kita akan melihat mereka merasa bangga dengan sesuatu yang sebenarnya  tidak dapat mengubah apapun. Apalah yang hendak kita banggakan sangat  jika hanya sekadar nama Malaysia yang diabadi pada jalan dan taman  permainan kanak-kanak di Gaza dan selepas itu Israel laknatullah  membedil jalan dan taman permainan tersebut? Israel akan terus  bersemangat untuk mengganas dan melakukan pembantaian terhadap umat  Islam kerana mereka melihat setiap kali mereka melakukan operasi  pembunuhan terhadap umat Islam, umat Islam tidak menentang mereka dengan  kekuatan tentera. Hakikatnya umat Islam telah mencampakkan dan terus  melupakan thariqah Islam dalam usaha mereka untuk menyelesaikan  persoalan di Palestin sedangkan satu-satunya penyelesaian di Palestin  adalah jihad. Kewajiban jihad seolah-olah sudah hilang di dalam diri  umat Islam terutamanya dari kalangan para pemimpin umat Islam hari ini.  Lihatlah betapa berjayanya Barat melakukan penyesatan pemikiran di  kalangan umat Islam dari memahami Islam yang sebenarnya sehingga mereka  melupakan langsung kewajiban  jihad fisabilillah yang sepatutnya  dilancarkan di bumi Palestin saat ini. Apakah kita hanya berbangga  dengan terpahatnya nama Malaysia di Palestin tetapi dalam masa yang sama  negeri-negeri umat Islam termasuk Malaysia telah mengkhianati dan  membiarkan umat Islam di Palestin terus dibunuh oleh Israel laknatullah  tanpa adanya pembelaan dan tentangan dari tentera-tentera umat Islam  yang jumlahnya berlipat kali ganda dari jumlah tentera Israel. Amat  malang nasib umat Islam di saat ini yang tidak dilindungi dan dipimpin  oleh seorang Khalifah kerana para pemimpin sekular yang memimpin umat  Islam  di saat ini lebih mencintai kehidupan dunia dari akhirat.
tentang diriku
 
- Shah Shukri
- Taiping, Perak, Malaysia
- "Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir"
Selamat Datang
Kepada yang sudi melayari blog saya ini,saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih serta pengharapan saya agar anda semua diisi pengetahuan yang bermanfaat dan saya amat berharap agar anda semua dapat berkongsi pengetahuan dengan saya...Insyaallah.
islamic clock
 
switch blog
Blog Archive
- 
▼ 
2010
                                (77)
                              
- 
▼ 
August
                                (25)
                              
- Rakyat Dihimpit Kemiskinan Rayu Simpati, Adakah Pe...
- Ucapan Selamat Berpuasa Obama Itu Hanyalah Satu Pe...
- Indonesia-Malaysia Perlukan Khilafah Bukannya Kerj...
- Sandiwara Tol Di Musim Perayaan
- Puas Mengerah Tenaga, Pemimpin Negara Hanya Pandan...
- Rakyat Diminta Bijak Berbelanja, tapi Penguasa?
- Harta Dunia, Setakat Mana?
- Alangkah Baiknya Jika Tentera Malaysia, bukan Mala...
- Menara Jam Terbesar Didunia kini di MEKAH
- Payahnya Malaikat Meminta Tanah Dari Bumi
- Pentingnya Khilafah Dalam Penentuan Awal Dan Akhir...
- Tindakan Bodoh Menghantar Baulu Ke Ghaza
- Hukum Allah Dipandang Ngeri Oleh Kuffar Barat
- Ramadan Datang Lagi
- Demonstrasi Anti-Yahudi
- Strategi Kuffar Barat Menentang Khilafah
- Bersabarlah Demi Redha-Nya
- HUKUM ZINA YANG SEBENAR
- KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN KHINZIR
- SUSAH SANGATKAH UNTUK BERSATU?
- TUDUNG MUSLIMAH, PERINTAH DARI ILAHI ATAU KEHENDAK...
- Apakah maksud Al-Wahn???
- REMAJA MASJID KUBUR BERKATA-KATA
- Jenayah Perang AS Terbongkar
- Kekayaan Pemimpin Yang Membolot Kekayaan Umat
 
 
- 
▼ 
August
                                (25)
                              
islamic calendar
 
jom chat...!!!
Facebook Badge
my Friends
Labels
- hudud (1)
my Ads
Followers
By ShahShukri. Powered by Blogger.
Posted by
Shah Shukri
Thursday, August 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
                          


 
  

